SJ-11-0015 : Sambungan Susulan SJ-U00340

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0015 : Sambungan Susulan SJ-U00340

Assalamualaikum,

Sebagai soalan tambahan jika kita mempunyai RM1 juta dan mendapat interest 20% =200,000 di bank dengan niat untuk hadiahkan untuk umat islam adakah dibolehkan.

JKK

Re: SJ-11-0015 : Sambungan Susulan SJ-U00340

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Zubayr_72 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Sebagaimana yang kita semua tahu, Riba adalah haram disisi Islam. Dengan kata lain, orang Islam tidak boleh memunafaatkan duit riba/interest yang di perolehi untuk kegunaan dirinya. Duit tersebut hendaklah di sedekahkan kepada yang memerlukan dan juga projek-projek kepentingan umum, seperti tandas awam dsb.

Namun demikian, kaedah ini tidak membenarkan kita menggunakan cara ini untuk melakukan kebajikan atau menghalalkan perbuatan menyimpan duit di akaun yang membayar interest bagi tujuan kebajikan. Sengaja mendepositkan duit didalam akaun yang berunsur riba adalah haram (berdosa). Ulama menyebut :"Reda dengan maksiat juga merupakan maksiat", ini kan kita membantu kemaksiatan!. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh. menegaskan bahawa :-

ÝÇáÃÍæØ ÊÑßå ÅáÇ ÚäÏ ÇáÖÑæÑÉ ÅÐÇ ßÇä ÇáÈäß íÚÇãá ÈÇáÑÈÇ áÃä æÖÚ ÇáãÇá ÚäÏå æáæ ÈÏæä ÝÇÆÏÉ Ýíå ÅÚÇäÉ áå Úáì ÃÚãÇáå ÇáÑÈæíÉ ÝíÎÔì Úáì ÕÇÍÈå Ãä íßæä ãä ÌãáÉ ÇáãÚíäíä Úáì ÇáÅËã æÇáÚÏæÇä æÅä áã íÑÏ Ðáß ¡
"Bagi mendepositkan wang didalam bank tanpa interest, melainkan keadaan dalurat adalah lebih baik tidak dilakukan, walaupun anda tidak mengambil interestnya, kerana ia masih lagi membantu bank menjalankan transaksi berunsur riba, maka terdapat kekhuatiran disana bahawa mereka yang melakukannya ditakuti akan jatuh juga kepada subjek yang sama iaitu bekerjasama melakukan dosa dan kezaliman, walaupun itu bukan kehendaknya."- [Fataawa Ibn Baaz, 4/30, 31]

Ulama mengariskan bahawa jika tiada alternatif lain (dalurat), dibolehkan menyimpan duit di akaun yang ada riba dengan syarat :-

a. Tidak mengambil wang interest tersebut. Diberikan sebagai sedekah kepada fakir miskin atau projek umum.
b. Pastikan bahawa bank tersebut tidak terlibat didalam aktiviti-aktiviti haram yang lain.

Disini kami paparkan 2 fatwa yang boleh dijadikan rujukan kita bersama bagi masalah diatas ini.

Didalam fatwa yang telah dikeluarkan oleh Al-Lajnah All-Daaimah Arab Saudi menyatakan :-

ÇáÃÑÈÇÍ ÇáÊí íÏÝÚåÇ ÇáÈäß ááãæÏÚíä Úáì ÇáãÈÇáÛ ÇáÊí ÃæÏÚæåÇ Ýíå ÊÚÊÈÑ ÑÈÇ ¡ æáÇ íÍá áå Ãä íäÊÝÚ ÈåÐå ÇáÃÑÈÇÍ ¡ æÚáíå Ãä íÊæÈ Åáì Çááå ãä ÇáÅíÏÇÚ Ýí ÇáÈäæß ÇáÑÈæíøóÉ ¡ æÃä íÓÍÈ ÇáãÈáÛ ÇáÐí ÃæÏÚå æÑÈÍå ¡ ÝíÍÊÝÙ ÈÃÕá ÇáãÈáÛ æíäÝÞ ãÇ ÒÇÏ Úáíå Ýí æÌæå ÇáÈÑ ãä ÝÞÑÇÁ æãÓÇßíä æÅÕáÇÍ ãÑÇÝÞ æäÍæ Ðáß .
"Interest/bunga yang bank bayar kepada pendepositnya keatas wang yang disimpan dianggap sebagai riba. Tidak halal untuk menggunakan duit bunga, dan pendeposit hendaklah bertaubat kepada Allah kerana mendepositkan duit didalam bank berunsur riba. Dia hendaklah mengeluarkan wang yang dideposit dan juga bunganya, simpan wang yang asal dan dedeqah wang yang lebih itu kepada kebajikan, kepada yang miskin dan yang memerlukan, atau membuat pengubahsuaian kepada kemudahan awam dsb" - [Fataawa Islamiyyah, 2/404]

Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh didalam fatwanya menyebut :-

ÃãÇ ãÇ ÃÚØÇß ÇáÈäß ãä ÇáÑÈÍ : ÝáÇ ÊÑÏå Úáì ÇáÈäß æáÇ ÊÃßáå ¡ Èá ÇÕÑÝå Ýí æÌæå ÇáÈÑ ßÇáÕÏÞÉ Úáì ÇáÝÞÑÇÁ ¡ æÅÕáÇÍ ÏæÑÇÊ ÇáãíÇå ¡ æãÓÇÚÏÉ ÇáÛÑãÇÁ ÇáÚÇÌÒíä Úä ÞÖÇÁ Ïíæäåã ¡ …
"Mengenai interest yang diberikan oleh bank kepada anda, jangan berkan balik kepada bank dan jangan pula menyimpannya, maka belanjalah untuk kebajikan seperti memberi kepada yang miskin, mengubahsuai bilik air, menolong orang yang berhutang membayar pinjamannya, etc." - [Fataawa Islamiyyah, 2/407]

Kesimpulannya, adalah haram dengan sengaja menyimpan duit di akaun membayar bunga/interest walaupun wang tersebut dikeluarkan dan diberikan sebagai sedekah, kerana ini juga dikira membantu pihak bank menjalankan transaksi yang lain menggunakan konsep interest. Hanya didalam situasi yang tiada pilihan atau dalurat, dibolehkan mendeposit kepada akaun yang membayar interest dan mensedekahkan wang bunga tersebut kepada kebajikan dan kepentingan awam. WA

wassalam

خيرالأمين