assalamualaikum wrt wbt
saya ingin mohon bantuan pihak ahkam untuk check darjat hadis2 dibawah ini.
_____________________________________________________________
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda
yang bermaksud:
"Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt
tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang
lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi,
bukan malaikat dan sebagainya".
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui
bahawa Al-Quran adalah pemberi syafaat yang mana
syafaatnya akan diterima Allah.
Terdapat satu riwayat menyatakan
bahawa "Apabila seseorang itu meninggal dunia
dan keluarganya sibuk melakukan upacara
pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di
bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan
datang mendiami antara dadanya dan kain kafan
itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai
termasuklah ahli-ahli keluarga dan kekasih kita
akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat;
Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang
yang kacak itu supaya mereka dapat membuat
pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal
dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan
berkata : "Dia adalah kawanku. Aku tidak akan
meninggalkannya berseorangan walau dalam
keadaan apa sekalipun. Jalankanlah tugas kamu
tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga
aku membawanya masuk ke syurga!"
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat
sahabatnya dan berkata: "Akulah Al-Quran yang
mana engkau telah membacanya kadang kala dengan
suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang
kuat."
"Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan
Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa
dukacita lagi" Bila pertanyaan selesai, orang
yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu
hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari
malaikat - malaikat dari syurga"
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya
orang itu adalah kita. Kita tahu tentang
tingginya syafaat Al-Quran tetapi dengan
mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk
mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah
orang-orang yang rugi. Cuba kita renungkan
sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah
ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak
akan mampu memperlambatkan atau
mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat.
Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi
yang akan menemani kita jauh sekali memberi
bantuan kecuali amalan - amalan kita sewaktu di
dunia. Allah telah menjanjikan Al-Quran sebagai
pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu
adalah benar.
Wallahua'lam......
:salam
di sana terdapat hadith2 sahih tentang syafaat al-quran. namun demikian, tidaklah dapat dipastikan kesahihan riwayat yg saudara serta melainkan saudara menyertakan siapa yg mentakhrij (mengeluarkan hadith spt imam bukhari, muslim, abu daud, at-tirmidzi dsb) dan juga perawinya sekali.
walau bagaimanapun, saya sertakan beberapa hadith sahih tentang syafaat al-quran utk tatapan saudara.
Dari Abu Umamah, dia berkata, “aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: Bacalah al-quran kerana ia akan datang pada hari kiamat sbg pemberi syafaat bagi para pembacanya.” (Hadith riwayat muslim)
Dari Abdullah bin `Amr bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“Puasa dan alquran meminta syafaat bagi hamba pada hari kiamat. Puasa berkata, “Ya Rabbi, aku mencegahnya makanan dan syahwat, maka berilah aku syafaat baginya.” Sedangkan alquran berkata, “Ya Rabbi, aku mencegahnya tidur pada malam hari, maka berilah aku syafaat baginya.” Baginda s.a.w bersabda: “maka keduanya diberi syafaat.”
(Menurut al-hafiz al-mundziri, hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dan At-tabarani di dlm Al-Kabir, rijalnya dijadikan hujjah di dlm As-Sahih dan Al-Hakim mengsahihkannya menurut syarat Muslim, Al-Muntaqa, no. 509, yg disepakati Imam Az-zahabi, 1/554, Majma’ Az-zawaid 3/181. Menurutnya, rijal at-tabarani sahih)
Riwayat Muhammad bin yahya al-maruuzi menerusi Muhammad bin Sa’daan, al-hussain b. Muhammad, hafs, kathiir bin Zaadaat, `Aasim bin Dhamurah melalui Ali bin Abi Taalib memberitakan bahawa rasulullah S.A.W bersabda:
“Sesiapa yg membaca al-quran dan membacanya serta menghafalnya, nescaya Allah akan memasukkannya ke syurga dan akan dapat memberi syafaat bagi 10 orang daripada ahli rumahnya, semuanya itu tetap memasuki syurga.”
:aklam
http://www.zayed.com
Update pernomboran SJ : SJ-13-0094
Assalamu'alaikum
Sebagai penambahan sedikit. Bagi ayat2 al-Quran yang tidak diterangkan fadhilat khusus bagi mereka yang membacanya, ketahuilah bahawa semua bacaan2 didalam al-Quran itu akan diberi ganjaran sebagai riwayat Abdullah ibn Masud berkata: bahawa Rasulullah :saw bersabda :-
Berpegang kepada hadith ini lebih selamat dari mengamalkan sesuatu riwayat yang tidak tentu sanad dan status hadithnya.
Agak sukar juga bagi pihak kami mencari hadith tanpa matan asalnya didalam bahasa arab. Jika disertakan dengan matan arabnya, pencarian menjadi lebih mudah.... :aklam.
wassalam
خيرالأمين