Alhamdulillah, simpanan di Tabung Haji telah cukup untuk saya dan isteri mengerjakan Haji. Wbmp kedua mertua saya belum lagi menunaikan fardu Haji kerana belum cukup belanja. Manakah yang lebih afdal - untuk saya mendahulukan mereka (memberikan mereka simpanan saya), atau saya dan isteri pergi dahulu
Sumber Rujukan Islam Anda..
Jawab:
Anda dan isterilah yg lebih afdhal sebab Haji terikat dengan (salah satu) syarat Wajib Haji: sanggup atau mampu. Anda dan isteri sudah memenuhi syarat Kesanggupan sedangkan mertua anda belum memenuhi syarat 'sanggup'. Dalil:
AQ 3: 97 (..iaitu bagi yg sanggup mengadakan perjalanan ke BaituLlah...) AQ 65: 7 (Allah tidak memikulkan beban kpd seseorang melainkan sekadar apa yg Allah berikan kepadanya)
Yang lebih afdhal: Tunaikan Haji anda berdua terlebih dahulu dan kemudian sekembali dari Haji, barulah difikirkan pakej bantuan Haji untuk mertua anda pula. (Ibn Qudamah, alMughny; Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah)