Assalamuaalikum wbt.
Saya ade beberapa soalan berkenaan solat jumaat. Saya berharap pihak panel fiqh al-ahkam dptlah kirenye memberikan jawapan dan penerangan dgn terperinci tentang situasi2 berikut :
1- Adakah seseorg lelaki itu perlu mengerjakan 2 rakaat atau 4 rakaat utk solat jumaat apabila dia tiba semasa khatib sedang dlm khutbah yg ke-2??
2- Sekiranya dia tiba setelah khatib telah selesai membaca khutbah ke-2 atau tiba semasa imam dlm rakaat pertama, adakah dia perlu mengerjakan solat 2 rakaat mengikut imam atau perlu menambah 2 lagi rakaat selepas imam memberi salam??
3- Sekiranya seorg lelaki itu tiba semasa imam dlm rakaat ke-2 solat jumaat, adakah lelaki terbabit hanya perlu menambah satu lagi rakaat atau 3 lagi rakaat supaya genap 4 rakaat semuanya??
Saya mohon maaf sekiranya soalan2 di atas pernah ditanye oleh org lain. Ape2 pun kalau ia pernah ditanye, boleh tak pihak al-ahkam listkan link2 utk soalan2 terbabit.
Segala pertolongan drpd panel fiqh al-ahkam saya dahului dgn ucapan jazakalllahu khairan kathira.
Wassalamuaalikum
Wassalamualaikum
:wassalam
ÇáÌæÇÈ:
1. Dia hendaklah solat 2 Raka'at spt sidang Juma'at yg lain. Tidak ada nas yg sahih bahawa dia kena solat 4 Raka'at.
2. Jika dia sempat ruku' bersama Imam pada raka'at pertama, maka dia hendaklah solat 2 Raka'at menurut Imam tanpa tambahan.
Dalil:
Dari Abu Hurairah (lafah dalam Sahih Ibn Khuzaimah):
" B/siapa yg masih mendapat satu raka'at,, mendapatkan solat jama'ah, selama mana Imam belum bangkit dari ruku'." disahihkan oleh alAlbani (al_Irwaa': 3/89)
3. Jika dis sempat mendapatkan Imam pada ruku'nya Imam, maka dia mendapat satu raka'at, dan hendaklah dia tambah satu raka'at lagi.
Dalil: HR anNasa'iy dari Abu Hurayra ra
" B/siapa yg mendapat satu raka'at dari solat Juma'at, maka sungguh dia tekah mendapat Juma'at." disahihkan oleh alAlbani dalam ahkam alJum'ah wa bid'uha (ÂÍßÇã ÇáÌãÚÉ æÈÏÚåÇ )
Dalam redaksi Daruqutni dari Ibn Umar ra
" B/siapa mendapatkan satu raka'at dari solat Juma'at atau selainnya, maka hendaklah ia menambah raka'at berikutnya dan telah sempurnalah solatnya." disahihkan oleh al_Albani dalam al_Irwa alGhaleel: 3/84)
sekian
æÇááå ÂÚáã