SJ-13-0141 : emas, perak dan waktu haram

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0141 : emas, perak dan waktu haram

Assalamualaikum Wmt Wkt

Semoga Allah merahmati ahli-ahli panel al-ahkam dan kita semua,
1.Adakah haram memakai medal emas atau perak tulen ketika majlis penyampaian hadiah sukan?
2.Bilakah dianggap seseorang itu mendapat pahala kerana meninggalkan perkara haram, adakah ketika perkara haram menghampirinya lalu ia menjauhinya atau selama mana perkara haram belum lagi menghampirinya maka selagi itu ia mendapat pahala.

Jzkmllh, Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-13-0141 : emas, perak dan waktu haram

wa'alaikumussalam
Kami akan cuba menjawab soalan cikgu73 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

1. Yang diharamkan keatas lelaki adalah emas tulin, baik dalam bentuk apa sekalipun. Sabda Nabi :saw :

ãóäú áóÈöÓó ÇáÐøóåóÈó ãöäú ÃõãøóÊöí ÝóãóÇÊó æóåõæó íóáúÈóÓõåõ ÍóÑøóãó Çááøóåõ Úóáóíúåö ÐóåóÈó ÇáúÌóäøóÉö æóãóäú áóÈöÓó ÇáúÍóÑöíÑó ãöäú ÃõãøóÊöí ÝóãóÇÊó æóåõæó íóáúÈóÓõåõ ÍóÑøóãó Çááøóåõ Úóáóíúåö ÍóÑöíÑó ÇáúÌóäøóÉö
"Barangsiaoa yang memakai emas dan dia mati memakainya, Allah akan mengharamkan emas untuknya di Syurga. Barangsiapa yang memakai sutera dan mati memakainya, Allah akan mengharamkan sutera baginya di syurga" [Hadith Riwayat Imam Ahmad].

Berikut saya petik fatwa Islam Online yang dijawab oleh Syiekh Abdul Khaliq al-Syarif mengenai pemakaian medal emas :-

ÇáãíÏÇáíÉ ÇáÐåÈíÉ ãä ÇáÃãæÑ ÇáÊí äõåí Úä ÇÓÊÎÏÇã ÇáÐåÈ ÝíåÇ ááÑÌÇẠáÃä ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃãÓß ÈÇáÐåÈ æÇáÍÑíÑ¡ æÞÇá: "åÐÇä ÍáÇá áäÓÇÁ ÃãÊí ÍÑÇã Úáì ÑÌÇáåÇ"¡ æÌÇÁ ÇáÈíÇä ãØáÞðÇ ÝíÔãá ãÇ ÞÏ íáÈÓå ÈÚÖ ÇáÑÌÇá Ãæ íÊÒíäæä Èå Ýí ãíÏÇáíÉ Ãæ ÛíÑåÇ.
"Medal emas merupakan perkara yang dilarang penggunaan (dalam bab) emas bagi kaum lelaki! Kerana sesungguhnya Nabi :saw melarang dari emas dan sutera, sabdanya :'Ini kepada umatku adalah halal bagi wanita dan haram keatas lelaki', dan kenyataan ini datang secara mutlak keatas semua benda termasuklah ada kedapatan dikalangan lelaki memakai atau berhias dengan medal atau selainnya"

sumber : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528612458

Cuma terdapat beberapa perbahasan oleh ulama mengenai benda2 yang disalut emas/gold plated (Mawsoo’ah al-Fiqhiyyah, 1/119) :

a. Ada dikalangan ulama' yang membenarkan jika emas bersalut itu tidak boleh dipisahkan/tanggalkan melalui kikisan dsb. Jika boleh dipisahkan emas tersebut, maka haramlah hukum memakainya.

b. Ada dikalangan ulama' membenarkan jika sedikit sahaja yang bersalut emas. Jika penuh atau hampir sepenuhnya salutan emas, maka hukumnya haram dipakai.

--------------------------
2. Pahala dikaitkan dengan amal ma'ruf dan mencegah kemungkaran. Amal Ma'ruf, adalah mengerjakan amalan yang soleh. Jika tidak melakukan amal soleh, maka tiadalah seseorang itu memperolehi pahala; samalah juga dengan contoh yang anda berikan iaitu 'selama mana dia tidak melakukan perkara mungkar tersebut', dia didalam status : tidak melakukan dosa, dan tidak pula melakukan perkara soleh (dapat ganjaran pahala).

Akan tetapi, bagi mereka yang hampir melakukan dosa, akan tetapi dia insaf dan sedar akan niat yang tidak baik, Allah swt akan memberi pahala kepadanya. Seperti juga orang2 yang bertaubat kepada Allah swt, ganjaran akan diberikan kepadanya. Ini juga termasuk salah satu amalan 'mencegah kemungkaran' . Sabda Nabi :saw :-

ãÇ ãä ÔíÁ íÕíÈ ÇáãÄãä ÍÊì ÇáÔæßÉ ÊÕíÈå ÅáÇ ßÊÈ Çááå áå ÈåÇ ÍÓäÉ ¡ Ãæ ÍØøÊ Úäå ÈåÇ ÎØíÆÉ
"Tidaklah seseorang yang menimpa musibah, walaupun [sekecil] duri yang mencucuknya, maka Allah akan merekodkan satu kebaikkan, atau akan menghapuskan satu keburukan darinya" [Hadith Riwayat Muslim #2572].

Abu Hurairah ra. telah berkata : Rasulullah :saw berkata :-

ãóÇ íóÒóÇáõ ÇáúÈóáóÇÁõ ÈöÇáúãõÄúãöäö æóÇáúãõÄúãöäóÉö Ýöí äóÝúÓöåö æóæóáóÏöåö æóãóÇáöåö ÍóÊøóì íóáúÞóì Çááøóåó æóãóÇ Úóáóíúåö ÎóØöíÆóÉñ
"Bala' akan sentiasa menimpa orang mukmin dan mukminah keatas diri masing2, anak mereka dan hartanya, sehinggalah mereka akan bertemu Allah dengan tiada dosa keatas mereka" [hadith Rwiayat al-Tirmudzi #2399].

WA. wassalam

خيرالأمين