SJ-13-0117 : Berkenaan Faraidh

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0117 : Berkenaan Faraidh

Assalamualaikum WR WB

Saya ingin minta bantuan ahli panel Al-Hakam.
::?:

"Seorang ibu meminjamkan wang kepada seorang anaknya, dengan persetujuan tiap-tiap bulan si anak membayar dengan jumlah yang telah ditetapkan."

1) Apakah wang pinjaman tersebut menjadi harta pusaka setelah si ibu meninggal?

2) Bagaimana jika si ibu tersebut menghadiahkan wang itu sebelum meninggal? Bolehkah beliau berbuat demikian sebelum berbincang dengan anak-anak yang lain?

Wassalaam.

SJ-13-0117 : Berkenaan Faraidh

:wassalam

alJawab:

1. Harta si mati yg diklasifikasi sbg hutang adalah pesaka. ia termasuk definasi alIrts (harta Pesaka)

2. jika arwah ibu melupuskan hutang itu sebelum baliau mati, maka ia adalah hibah (hadiah). Maka ia valid kerana diberi sebelum ia mati dan hutang itu kurang dari 1/3 jumlah pesaka.

Fatwa A Hasan bandung, alFaraidh, Pustaka progresif, bandung, tanpa tarikh

SJ-13-0117 : Berkenaan Faraidh

Assalamualaikum,

satu soalan mengenai faraidh saya terima,saya mohon maaf terlewat membalasnya,sepatutnya sdr postkan disini,ramai panel lain boleh menjawabnya.

Simati ada waris (1) suami (2) Ayah (3) ibu. dan adik beradik..(mahjub)

Kiraanya..suami kerana tiada waris(anak dll) dapalah 1/2 manakala 1/2 lagi dokongsi sama ayah dan ibu.Maka pembahagian anatar ayah dan ibu 2 nisbah 1.so boleh lah dikira begini;

Usul masalah 6

Suami 3/6 Ayah 2/6 dan Ibu 1/6 =6/6

inilah dipanggil masalah Ummariyatain...dan istilah bahagian ibu sepertiga dari baki.WA