SJ-13-0153 : Teori Darwin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0153 : Teori Darwin

Assalamua'laikum syeikh-syeikh sekalian

Saya ingin bertanya:

Apakah pandangan agama terhadap pendapat yang menyatakan telah wujud manusia sebelum Nabi Adam?

Pendapat itu adalah daripada buku ini:
"dari buku keluaran dewan bahasa dan pustaka yang bertajuk 'surat anbiyak'

diceritakan bahawa sbelum kejadian adam telah dijadikan makhluk2 daripada iblis, malaikat dan manusia bagi menghuni bumi Allah.masing2 ditugaskan oleh Allah supaya mengabdikan diri kepadanya..
Allah menjadikan 70 orang laki2 yang mana tidak dijadikan secara serentak..selepas mati seorang dijadikan seorang lagi sehingga 70 orang"

:wassalam

SJ-13-0153 : Teori Darwin

:wassalam

alJawab:

Pandangan agama terhadap kewujudan makhluk sebelum Adam diserahkan kepada sains. Sebab agama hanya fokus kepada Adam dan keturunannya sahaja. Umat Muhammad pula hanya fokus kepada syari'at selepas perutusan Muhammad saw sahaja. Ini kerana isu2 makhkuk sebelum Adam tidak termasuk dalam dasar2 akidah kita.

Jadi tidakada halangan bagi manusia mengkaji lifeform (makhluk) sebelum Adam, spt Dainasor, kehidupan di planet lain, dsbnya.

Ayat yg menjadi petunjuk adanya kehidupan sebelum Adam ialah AQT 2 (alBaqarah):30. Dalam Tafsir Tabari dan Ibn Kathier diriwayatkan pendapat Ibn Abbas, Qatadah dan Ibn Umar bahawa memang sebelum Adam sudah ada kehidupan yg lain dan pernah berlaku peperangan dan pembunuhan serta kerusakan, maka sebab itu para Malaikat protes akan perlantikan Adam sebagai khalifah Allah di bumi.

(Fatwa Syaikh Salleh alMunajjid, Islam qa)

sekian