SJ-13-0214 : Allah Adil tak Zalim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0214 : Allah Adil tak Zalim

Menonton program Bersamamu TV3 kdg2 terdetik juga di hati, dah lah miskin banyak anak banyak penyakit pulak!!

Kalu kita belajar tauhid, sifat Allah itu Maha Adil. Adil yg kita faham bukanlah sama rata ttp meletakkan sesuatu perkara itu kena pada tempatnya. Maknanya memang kenalah Allah takdirkan seseorang itu dilahirkan dalam keadaan miskin, kesusahan sepanjang hayat serta banyak pula penyakitnya? Bagaimana pula halnya dgn org yg ditakdirkan lahir dlm kalangan org2 senang dan hidup sihat?

Malah dr segi perubatan pula, ada penyakit2 yg kononnya adalah berpunca drp keturunan. Maknanya beruntunglah bg sesiapa yg takdirnya tak ada penyakit keturunan?

Ramai org yg saya jumpa kan terjerat dgn permasalahan begini. Malah ramai yg tak boleh terima bahawa itu adalah di antara rahsia/hikmah Allah. Kalau tonton filem P. Ramlee "Sumpah Org Minyak" mungkin boleh faham kot. Apa pendapat kalian?

SJ-13-0214 : Allah Adil tak Zalim

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan menjawab soalan judyn sekadar yang kami mampu, Insya-Allah.

Setiap yang berlaku dalam dunia ini disebabnya, cuma manusia sahaja yang tidak mahu berfikir akan pemberian Allah swt. Bala' dan musibah sebenarnya adalah ubat yang bisa menyembuh penyakit yang kronik, walaupun ia pahit. Malahan, mereka yang kelihatan secara kasarnya serba kekurangan, ketahuilah bahawa dia telah dipilih oleh Allah untuk menerima ganjarannya di akhirat kelak. Sabda Nabi :saw :-

Åäøó ÚöÙã ÇáÌÒÇÁ ãÚ ÚÙã ÇáÈáÇÁ ¡ æÅäøó Çááå ÚÒ æÌá ÅÐÇ ÃÍÈ ÞæãÇð ÇÈÊáÇåã ¡ Ýãä ÑÖí Ýáå ÇáÑÖÇ ¡ æãä ÓÎØ Ýáå ÇáÓÎØ
dir="ltr">"Ganjaran yang tinggi datang bersama bala', kerana sesungguhnya Allah swt apabila mencintai seseorang dia akan mengujinya, barangsiapa yang redha akan mendapat keredhaannya, barangsiapa yang tidak redha akan menerima balasannya" [Hadith sahih riwayat al-Tirmudzi #2396 dan Ibn Majah #4031].

Ujian ini sebenarnya akan menaikkan martabat seseorang hamba Allah swt. Barangsiapa yang lulus ujiannya, Allah menjanjikan syurga. Sabda Nabi :saw :-

ÅÐÇ ÃÑÇÏ Çááå ÈÚÈÏå ÇáÎíÑ ÚÌøóá áå ÇáÚÞæÈÉ Ýí ÇáÏäíÇ ¡ æÅÐÇ ÃÑÇÏ ÈÚÈÏå ÇáÔÑ ÃãÓß Úäå ÈÐäÈÜÜÜå ÍÊì íæÇÝíå Èå íæã ÇáÞíÇãÉ
dir="ltr">Apabila Allah berkehendakkan kebaikkan kepada hambanya, dia akan mengujinya didunia ini, dan apabila Allah inginkan keburukkan kepada hambanya, dia akan menangguhkan azab perbuatan dosanya, sehinggalah dia akan datang bersama dosanya di hari kiamat" [Hadith Riwayat Tirmudzi #2396]

Ini juga menunjukkan, azab dan ujian didunia ini akan menghapuskan dosa-dosa seseorang. Mana lebih baik; diazab di dunia yang sementara, atau di azab di akhirat ynag kekal abadi?

Didalam Kitab Zaad al-Ma'ad (4/189-195) ada menyatakan beberapa perkara yang kami cuba ringkaskan :-

1. Jika dia mendapati dirinya kekurangan, sebenarnya dia akan mendapati bahawa Allah telah meninggalkan sesuatu yang lebih baik kepadanya.

2. Kepahitan dan kesukaran akan terpadam apabila memikirkan bahawa ada orang yang menghadapi perkara yang lebih teruk daripada dia. Lihat disekeliling, nescaya kita akan melihat semua orang di uji dengan pelbagai cara. Sakit didunia hanya bersifat sementara dibandingkan dengan sakit diakhirat yang kekal selama-lamanya.

3. Perasaan panik dan gusar, biasanya tidak menyebabkan musibah itu pergi, akan tetapi menerukkan lagi keadaan. Ubatnya adalah sabar dan redha dengan ketentuan Allah.

4. Ketahuilah bahawa perasaan gusar akan menyebabkan musuh orang mukmin, iaitu Syaitan ketawa; dan menyebabkan Allah marah. Ia akan memusnahkan pahala dan melemahkan penyelesaian.

5. Nikmat redha atas ujian adalah kegembiraan yang besar dari apa yang dia kehilangan.

6. Ujian dan musibah yang Allah turunkan akan menghancurkan sikap sifat ego, tamak. bangga dan takkabur.

Sabda Nabi :saw :-

ÍõÝÊ ÇáÌäÉ ÈÇáãßÇÑå ¡ æÍÝÊ ÇáäÇÑ ÈÇáÔåæÇÊ
dir="ltr">"Syurga dipenuhi dengan kesukaran, dan neraka dikelilingi oleh syahwat/keinginan"

Syiekh Ibn Taimyah rh. semasa di penjarakan apabila beliau sujud, dia akan membaca :-

Çááåã ÇÚäí Úáì ÐßÑß æÔßÑß æÍÓä ÚÈÇÏÊß
dir="ltr">"Ya Allah, bantulah daku untuk mengingatiMu dan bersyukur kepadaMu, dan memperbaiki ibadat kepadaMu"

Bagi mereka yang sedar bahawa semua ini adalah ujian Allah swt, mereka itulah sebenar2 orang yang beruntung. Mereka yang tidak menerima musibah, sebenarnya sedang diuji dengan nikmat kesenangan. Kelak mereka akan sedar bahawa nikmat kesenangan itu hanyalah sementara waktu sahaja. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين