:salam
Saya seorg mualaf,dah 2 tahun saya masuk Islam... dari dulu sehingga sekarang,saya ada beberapa masalah yg agak membingungkan.
Salah satunya,adalah anjing. Utk makluman ahli panel,di kawasan perumahan saya,ada begitu banyak anjing peliharaan mahupun anjing liar. Anjing2 di sini,ada yg dikurung tapi ada yg dilepaskan. Sebelum ini,saya ingatkan anjing ini seluruhnya najis berat. Jadi,saya begitu bimbang dan sentiasa ada was-was dlm hal najis berat,apakah ia terkena pada saya ke atau tidak. Saya ni memang jenis berhati-hati. Sehingga kan berkali-kali saya menyamak,walaupun tak jelas ada najis berat. dlm situasi macam ini,saya rasa tersempit dgn najis berat.
sebab kadang2 saya terfikir dan terbayang,apakah rumput itu ada kencing anjing atau tahi anjing. lagipun,ada byk juga tahi anjing di jalan raya kawasan perumahan kami. saya pejalan kaki,jadi kadang2 itu nak jalan pun kena tengok baik2 apakah terpijak bekas tahi anjing atau tidak. 1 lagi yg agak serius,kadang2 jika kasut ibu/bapa saya terpijak pada kaki/selipar saya,saya akan menyamak. sebab saya bimbang kasut mereka ada najis berat. jika dah menyamak itu,saya akan menyamak lagi berkali-kali sampai yakin tiada najis berat. tapi nampaknya membebankan.
1 lagi yg memeningkan,pernah 1 kali itu,di kawasan perumahan saya,semasa saya berjalan kaki,ada anjing menuju dan menyalak ke arah saya. em,walaupun beberapa saat berlaku dan jauh saya dgn anjing itu kira2 1 meter,tapi saya begitu risau dan tension apakah ada najis berat itu pada saya. akhirnya,saya hanya menyamak seluar saya itu mengikut nasihat2 kawan. tapi saya masih bimbang salakan anjing mahupun gigitan anjing itu. mmg byk anjing lah di sini. saya ni blh dikatakan fobia-anjing disebabkan najis beratnya.
saya dah mencari byk maklumat dan ilmu mengenai hukum anjing ini,saya dapati mazhab Malik,yg rasa sesuai diamalkan dlm situasi saya ini. apa yg saya tau,jilatan/air liur anjing itu yg najis berat berdasarkan hadis Rasulullah SAW. tapi saya ni masih sgt berhati-hati,kadang2 itu blh terbayang ada jilatan/air liur terkena pada saya. jujur kata,saya ni mmg dah melampau berhati-hati dlm hal ini. tapi saya bimbang jika ada najis berat pada saya,maka solat saya tak sah. itu lah yg saya pertimbangkan. pada masa yg sama,saya tak ingin meremehkan hal agama.
utk makluman ahli panel,saya tinggal bersama ibu bapa. jadi jika saya nak menyamak itu,saya tak dpt nak menyamak serta merta sebab pernah dulu itu mereka marah. terpaksa lah saya menyamak pada waktu tertentu je.
jadi,nak tanya,apakah salakan anjing itu najis berat? sebab saya berasa salakan anjing itu mungkin ada air liurnya kan. sampai sekarang,saya tak dpt tau apakah hukum mengenai salakan anjing ini.
jika anjing itu menggigit,apakah kita kena menyamak juga? yg bingungnya,selain luka digigit,mana lagi yg kena samak supaya bersih daripada najis berat.
mengikut Al-Quran dan As-Sunnah,macam mana cara yg sebetulnya utk saya menghadapi situasi ini?
akhir kata,saya ingin memohon maaf jika panjang lebar soalan saya. sebab saya dapati Al-Ahkam adalah tempat yg lebih sesuai utk saya bertanyakan soalan2 feqh... Jazaka Allahu Khairan...
:wassalam
alhamdulillah kerana anda diberi hidayah utk menerima Islam dan kami mendoakan anda terus istiqamah di atas jalan ini memandangkan cabaran getir yg dihadapi Islam dan umatnya di akhir zaman ini dan t/kasih kerana memilih laman web al-Ahkam sebagai tempat anda mengajukan permasalahan fiqih anda. Kami juga meminta ma'af kerana tidak segera melayani soalan anda kerana terlepas pandang.
Anjing sebenarnya makhluk Allah jua. Ia banyak kelebihan dan keistimewaannya, cuma ia adalah ujian utk orang Islam. pendapat yang rajih ialah pada madzhab Malik, yakni anjing spt binatang hidup yang lain adalah suci (bersih), hatta anjing boleh digunakan utk berburu binatang dalam sukan berburu (alMaidah ayat 4), juga kepolisian untuk mengesan bom, dadah dan cakra VCD dan DVD haram.
Cuma yang najis nya (selain tahi dan kencing anjing) ialah apa jua yang dijilat oleh anjing. Maka syara' memerintahkan kita samak sebanyak 7 atau 8 kali dan salah satunya ialah dgn air tanah (muttahaq alaih dari Abu Huraira ra)
Maka selain itu tidak perlu dirisaukan baik salakan anjing atau jika digesel oleh anjing. ia tidak najis.
begitu juga jika anda terpijak najis di jalanan, maka tidak perlu disiasat dan diujikaji apakah jenis najis itu dan tapak selipar/kasut menjadi suci jika digosok najis di tapaknya dgn tanah.
Rumusan: sikap terlalu was-was dan fobia dgn anjing ialah kesilapan dari memahami kerasnya sikap madzhab syafi'iy dalam isu anjing, Sedangkan kekerasan madzhab ini adalah tidak disandarkan kepada dalil yang kuat, semuanya berdasarkan andaian dan qias. Hinggakan Imam alGhazali seorang ahli fiqih terkemukan madzhab Syafi'iy sebagaimana kata Syaikh sayyid sabiq, berkata, "aku lebih suka kalau madzhab Syafi'iy mendekati madzhab Malik dalam bab taharah."
Sikap was-was dan fobia ini sebenarnya adalah kerana kita tidak ada ilmu dan juga akibat serangan gejala syaitan yang membisikkan was-was dalam minda kita. Bacalah siri Fiqh Sunnah dan syarahnya yang berada di paparan al-Ahkam, InsyaAllah ia akan meluaskan paradigma fiqih anda dan menjadikan Ilmu Fiqh sesuatu yang memudahkan anda kerana itulah tujuan fiqh. iaitu memberi kemudahan dan keanjalan. WA