SJ-14-0117 : Tafsir ayat 33 surah al-ahzab??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0117 : Tafsir ayat 33 surah al-ahzab??

salam kpd ahli2 panelis fiqh yg amat ana hormati.
diharap soalan ni dijawab oleh semua panelis di AAN.
baru meriah. hehehe [rasanya soalan ni punya jawapan yg pelbagai]

32. Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan).

33. Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah zaman dahulu dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu wahai "AhlulBait" dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).

diatas adalah terjemahan ayat 32-33 surah ahzab.
1]ayat2 tu khas utk famili nabi ke?
2]dlm ayat 32,kata2 manja tu ditafsirkan sbg berkata2 yg meransangkan nafsu ke?
3]ape tafsiran ahli mufassirin terhadap ayat32-33 al-ahzab ni?ada tafsiran
mengikut manhaj mutaqaddimun dan mutakhirun utk ayat quran sebegini ke[macam tafsir hadis]?
4]dlm ayat 33,apa yg dimaksudkan wanita tetap di rumah?adakah maknanya tak boleh kluar rumah dan berkerja?atau ayat ni mmg khas utk isteri2 nabi je?
5]banyakkah fatwa2 ulamak ttg ayat32-33 al-ahzab?

SJ-14-0117 : Tafsir ayat 33 surah al-ahzab??

:wassalam

al-Jawab:

Minta ma'af sdr Isle4all kerana kelewatan melayani permintaan anda.

1) ayat-ayat tersebut memang khusus ditujukan kepada isteri-isteri Nabi SAW , namun pengajarannya juga diterapkan juga kepada seluruh wanita beriman (Tafsir Ibn Kathir)

2) maksud kata-kata manja itu ialah kata-kata yang dimerdukan yang lazimnya diucapkan kepada suami mereka (tafsir Ibn kathir)

3) Tafsiran ada sekurang-kurangnya 7 jenis, yg popular ialah bil makthur dan bil rakyi. Yang lain ialah tafsir sufi, fiqhi atau ahkami, dll. yang kita kena dahulukan dan paling selamat ialah tafsir bil makthur (tafsir yang diterima dari salaf melalui periwayatan).
Dua ayat ini ditafsirkan oleh Ibn Kathir:
a). ayat ini khusus diturunkan kepada isteri2 Nabi saw kerana keunggulan dan status mereka dan akhirnya perintah ini dapat diamalkan oleh seluruh wanita Islam sebagai galakan.
b) tunduk dalam berbicara adalah bermaksud tidak manja sebagaimana kemanjaan terhadap suami mereka
c) Isteri2 Nabi juga ditegah dari bekerja dan mereka keluar rumah bila ada keperluan syara'iy sahaja
d) Mereka juga ditegah dari bertabarruj yakni berhias spt perempuan jahiliyah
e) ayat ini menjelaskan ruanglingkup istilah Ahlil Bayt yang disempitkan oleh syi'ah rafidhah. Skop ahlil bayt juga merangkumi semua isteri2 Nabi saw. (tafsir Ibn kathir)

4) Maksud menetap dirumah itu khusus buat isteri-isteri Nabi saw dan galakan buat para wanita Islam yang lain. mereka keluar bekerja kerana desakan dan keperluan hidup dan sepanjang sejarah umat Islam, memang terbukti wanita Islam keluar bekerja dengn syarat mereka mematuhi etika keluar dari rumah. (Prof Abu Syuqqah, Tahrir alMar'ah, jld 3)

5) Fatwa-fatwa ulamak seputar dua ayat ini agak banyak dan meluas. Kerana ia mengenai isu perhubungan antara jantina, isu wanita bekerjaya, isu perhiasan dan penampilan wanita ketika di luar rumah (tabarruj) dan isu ahlil bayt. Ulama-ulamak tekstual spt dari Biladil Haram (KSA) mengeluarkan hukum yang agak ketat dan mempersulit, manakala ulama-ulamak fiqh almaqosyid spt al-Azhar dan al-Qardhawi memberi kelonggaran dan mengenakan syarat-syarat. sekian