SJ-05-0313 : Cara2 Solat bg OKU

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0313 : Cara2 Solat bg OKU

:salam

Saudara sy mengalami accident. Kaki kiri terpaksa dipotong diatas paras lutut. Oleh yg demikian beliau mengerjakan solat dgn cara duduk.

Disini sy pohon penjelasan dari ahli panel tentang;

i. cara menunaikan solat secara duduk,
ii. bagaimana cara yg betul dlm membezakan ruku' dan sujud,
iii. berdasarkan pandangan syara', adakah sah solat jika beliau memakai kaki palsu ketika mengerjakan solat?

Sekian, terima kasih

:wassalam

SJ-05-0313 : Cara2 Solat bg OKU

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Berdiri (Qiam) merupakan rukun solat sebagaimana firman Allah swt :-

æóÞõæãõæÇ áöáøóåö ÞóÇäöÊöíäó
"....dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. " [Surah al-Baqarah : 238]

Õá ÞÇÆãÇð
"Solatlah secara berdiri" [Hadith Riwayat al-Bukhari #1066]

Walaubagaimanapun, berdiri, rukuk, sujud etc yang sempurna, dilakukan oleh mereka yang mempunyai kemampuan dan keupayaan. Bagi golongan yang kurang upaya (OKU), mereka boleh bersolat ikut kadar mana yang mereka mampu. Tidak ada pergerakkan spesifik yang dinyatakan. Golongan OKU terdapat pelbagai; ada yang buta penglihatan, cacat anggota, atau ada yang sakit terlantar di katil. Oleh itu, mereka akan bersolat menurut kemampuan masing2. Berikut kami papar-paparkan beberapa hadithnya :-

Imran bin Husain berkata :

ßÇäÊ Èí ÈæÇÓíÑ ÝÓÃáÊ ÇáÑÓæá Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝÞÇá : Õáøö ÞÇÆãÇð ÝÅä áã ÊÓÊØíÚ ÝÞÇÚÏÇð ÝÅä áã ÊÓÊØíÚ ÝÚáì ÌäÈ
dir="ltr">"Aku mempunyai bawasir dan aku bertanya kepada Rasulullah mengenainya dan baginda bersabda : Solatlah berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solat duduk, jika tidak mampu, maka solat mengiring" [Hadith Riwayat Bukhari #1066]

Didalam hadith lain, Imran bin Husain berkata : Rasulullah :saw bersabda :-

Õáøö ÞÇÆãÇð ÝÅä áã ÊÓÊØÚ ÝÞÇÚÏÇð ¡ ÝÅä áã ÊÓÊØÚ ÝÚáì ÌäÈ
dir="ltr">"Solatlah berdiri, jika kamu tidak mampu, maka solat duduk, jika tidak mampu, maka solat mengiring [Hadith Riwayat al-Bukhari #1117]

Diriwayatkan dari Jabir ra. bahawa Nabi :saw bersabda kepada serang yang sedang sakit yang bersolat menggunakan bantal untuk melakukan ruku' dan sujud :

Õáøö Úáì ÇáÃÑÖ Åä ÇÓÊØÚÊ ¡ æÅáÇ ÝÃæãö ÅíãÇÁð ¡ æÇÌÚá ÓÌæÏß ÃÎÝÖ ãä ÑßæÚß
dir="ltr">"Bersolatlah diatas bumi jika kamu mampu, jika tidak mampu, gerakkan kepala kamu (atau guna isyarat), dan jadikan sujud kamu lebih rendah dari ruku" [Hadith Riwayat al-Baihaqi #4359]
---------

Hadith diatas menjelaskan bagaimana seorang yang sakit menunaikan solat; samada berdiri, duduk ataupun baring. Untuk membezakan antara sujud dan ruku', bezakan sahaja kadar tunduk kepala, dimana sujud lebih rendah dari ruku'. Kadarnya ; ikut kemampuan masing-masing.

Seseorang itu boleh bersolat menggunakan kaki palsu. Malahan, kerusi roda atau kerusi biasa juga boleh digunakan didalam solat. WA.

sekian, wassalam

خيرالأمين