SJ-14-0138 : hanya pendapat..umur-e-Aisyah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-14-0138 : hanya pendapat..umur-e-Aisyah

hanya pendapat...mengapa tidak mahu sebarkan mengenai umur sebenar nabi kahwin dgn siti khadijah dgn umur nabi kawin dgn aisyah...d surat khabar atau media tv ke. nabi kawin dgn siti khadijah umur sama iaitu 25 tahun, manakala nabi kahwin dgn aisyah pula masa umurnya 16 dan menetap dgn aisyah semasa 19thn.. kalau silap fakta tolong betulkan.. saya lihat fakta ini d darulkautsar bahagian pemurniaan sejarah..hanya cadangan

SJ-14-0138 : hanya pendapat..umur-e-Aisyah

al-Jawab:

Kita tidak boleh menyibarkan sesuatu maklumat baru sehingga ia telah melalui siri perbahasan ulama' mujtahidin untuk membuka semula kitab hadith dan sejarah. Ini kerana hadith dan sejarah lama adalah sesuatu yang sudah didokumen dan untuk merubahnya memerlukan suatu qarar (keputusan) yang majoriti.

Setakat ini kitab2 hadith yg sahih dan kitab2 seerah yang autentik masih mengekalkan umur Khadija bte Khuwaylid ra jauh lebih tua dari Nabi saw dan umur 'Aisyah ra adalah sebaliknya, yakni jauh lebih muda dari Nabi saw ketika mereka dinikahi oleh Nabi saw.

Penyeleras Jabatan Hadith AAN kami sudah memiliki buku2 terbaru dari benua arab yang menyanggah kajian-kajian yang dilapurkan oleh Darul Kautsar yang dikatakan berasal dari research dari India dan Pakistan.

Alangkah baiknya kita tunggu dan lihat apa yang akan dirumuskan oleh Jabatan Hadith AAN berhubung isu umur Aisyah dan Khadeeja. Setakat yang saya dapat gambaran awal, jabatan Hadith AAN masih mempertahankan apa yang sedia ada dalam kitab hadith dan sejarah, yakni lapuran umur Khadijah dan Aisyah adalah seperti mana yang dilapurkan oleh ulama' mutaqaddimin (ulama' di era klasik)

WA