SJ-11-0221 : Bersubahat Perjelaskan Hutang Riba?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0221 : Bersubahat Perjelaskan Hutang Riba?

:salam

Ada kawan saya sedang berhutang sejumlah besar dgn sebuah bank konvensional. Dia meminta saya tolong langsaikan sekali gus supaya dia boleh bayar secara beransur-ansur kpd saya. Saya sudi tolong, sebab tak sanggup tengok dia tanggung lebih banyak hutang+riba bank, dan saya pun takkan kenakan apa-apa bunga atas hutang dia pd saya.

Masalahnya, sebahagian kecil drpd jumlah tersebut merupakan interest bank yang dah lama compounded sebelum ini. Jika saya tolong bayarkan dahulu kesemuanya,

(i) adakah saya kemudian berhak tuntut drpd dia jumlah yang sama, yakni termasuk bahagian interest semasa dia berhutang dgn bank dahulu? Maksudnya, saya dikira menuntut duit riba juga; atau

(ii) adakah saya mesti tuntut exactly jumlah loan sahaja, dan tolak baki interest tu? Maksudnya, jumlah dia perlu bayar pd saya akhirnya hanya merugikan saya..

jzk, :wassalam

SJ-11-0221 : Bersubahat Perjelaskan Hutang Riba?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Berdasarkan keterangan saudara, muamalah antara saudara dengan kawan saudara ialah: Qardh iaitu dia berhutang dengan saudara sejumlah wang untuk menjelaskan hutangnya dengan bank.

Jika kawan saudara memerlukan daripada saudara sebanyak RM40,000 (contohnya), maka sejumlah itulah dia perlu bayarkan kepada saudara nanti. Sekalipun, hutang asalnya dengan bank tidak sampai sebanyak itu. Saudara tidak dikira bermualah secara riba dengannya.

Jadi, jawapan ringkasnya:

(i) ya, kerana qardh (hutang) beliau dengan saudara ialah kadar tersebut. Maka kadar itulah yang mesti dibayar.
(ii) tidak.

Wallahu A'lam.