SJ-13-0481 : Menerima hadiah sempena Halloween

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0481 : Menerima hadiah sempena Halloween

Assalamu'alaykum ahli panel yang ana hormati,

Hari ini ana ada terima beberapa bungkusan berisi coklat di depan rumah dan ana tahu hadiah itu diberi sempena Halloween yg disambut di sini. Ana tak pasti sama ada boleh diterima hadiah itu atau harus dibuang sahaja kerana jelas hadiah itu diberi untuk menyambut satu perayaan yg bertentangan dengan Islam. Harap dapat penjelasan dr ahli panel. Jazakallahukhayran katheera

SJ-13-0481 : Menerima hadiah sempena Halloween

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Halloween adalah tradisi perayaan malam 31 Oktober, yang dikatakan berasal dari orang Celt di Ireland, Britain dan Perancis sebagai tradisi paganisme perayaan musim tuai. Ia biasanya dikaitkan dengan syaitan, ahli sihir, hantu, Goblin dan makhluk-makhluk mitos dan menyeramkan lain dari kebudayaan Barat. Halloween disambut dengan menghiasi rumah dan pusat membeli-belah dengan simbol-simbol Halloween tersebut.

- Oleh kerana dalam Islam, tidak ada perayaan tahunan melainkan Eid Fitri dan Eid Adha, dan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang para sahabat menyambut perayaan selainnya, maka menyambut perayaan Halloween juga adalah tidak dibenarkan. Kerana ia adalah perayaan orang Kristian.

- Memberi hadiah. Memberi hadiah kepada orang kafir sempena dengan hari perayaan mereka juga tidak dibenarkan. Malahan ada ulama menghukum perbuatan itu sebagai kufur. (Tabyin Haqaiq 6/228, Iqtidha Sirat al-Mustaqim 1/227).

- Menerima hadiah. Adapun menerima hadiah mereka pada hari perayaan mereka, maka ia bukan satu kesalahan. Kerana ia tidak menunjukkan kita bersetuju dengan perayaan mereka. Malah menerimanya adalah satu cara berbuat baik dengan non Muslim, dan sebagai satu peluang dakwah kepada mereka.

Allah Taala berfirman:

áÇ íóäúåóÇßõãõ Çááøóåõ Úóäö ÇáøóÐöíäó áóãú íõÞóÇÊöáõæßõãú Ýöí ÇáÏøöíäö æóáóãú íõÎúÑöÌõæßõãú ãöäú ÏöíóÇÑößõãú Ãóäú ÊóÈóÑøõæåõãú æóÊõÞúÓöØõæÇ Åöáóíúåöãú Åöäøó Çááøóåó íõÍöÈøõ ÇáúãõÞúÓöØöíäó

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. (Mumtahinah: 8)

Kata Ibn Taimiyyah, "Manakala menerima hadiah daripada mereka pada hari perayaan mereka, kami telah bawakan atsar daripada Ali bin Abi Talib bahawa beliau diberikan satu hadiah sempena Nairuz, lalu beliau menerimanya".

Wallahu A'lam.