SJ – 2179 : ADAKAH SCAN & ULTRASOUND TERMASUK DI DALAM I

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2179 : ADAKAH SCAN & ULTRASOUND TERMASUK DI DALAM I

Assalamualaikum...ust..

Apakah rosak aqidah kita sekiranya kita meyakini jantina bayi dalam rahim kerana dalam surah Luqman (ayat akhir) kata hanya Allah saja yang tahu...

wassalam :svet

Re: SJ – 2179 : ADAKAH SCAN & ULTRASOUND TERMASUK DI DAL


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2179 : ADAKAH SCAN & ULTRASOUND TERMASUK DI DALAM ILMU GHAIB DAN RAMALAN YANG DILARANG ?


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan Saudara Sirap yang agak menarik itu. Untuk lebih memudahkan kita memahami permasalahan tersebut menurut perspektif agama kita yang tercinta , marilah kita memerhatikannya berdasarkan susunan-susunan dan butiran-butiran berikut :

A : APAKAH YANG DIKATAKAN “ GHAIB “ ITU ? :

Perkataan “ Ghaib “ itu asalnya daripada B . Arab . Dan ianya adalah lawan ( antonim ) kepada “ zahir “ . Ertinya : Ghaib itu adalah lawan kepada alam syahadah ( yang boleh diketahui hakikatnya oleh panca indera ) .

Ghaib itu sendiri terbahagi kepada 2 bahagian :

1 – Ghaib Yang Sebenar : Dinamakan sebagai “ Ghaib Haqiqi “ ataupun “ Ghaib Mutlaq “ . Contoh perkara-perkara yang ghaib daripada jenis ini ialah Alam Akhirat ( seperti berapakah keluasan sebenar syurga , neraka dan padang mahsyar secara detail . Seperti : Apakah jenis permata dan mutiara yang digunakan sebagai bahan-binaan syuga ) . Begitulah juga , ‘arasy , kursi , loh mahfudz , bagaimana rupa-sebenarnya , berapakah panjang dan lebarnya ?, semuanya itu termasuk di dalam erti-kata “ Ghaib Yang Sebenar “ , yang hanya diketahui secara terperinci oleh Allah Ta’ala Yang Maha Menciptanya ataupun yang tidak dapat diketahui oleh makhluk melainkan dengan adanya keterangan daripada-Nya Yang Maha Mengetahui segala-galanya.

2 – Ghaib Yang Masih Boleh Diketahui Hakikatnya : Ianya dinamakan sebagai “ Ghaib Idhafi “ ataupun “ Ghaib Muqayyad “ .

Contoh perkara-perkara daripada ghaib jenis ini ialah barang yang dicuri, yang mana ianya dapat dikenal-pasti oleh mereka yang mempunyai pengetahuan mengenainya seperti pasukan Polis , dan ianya tidak pula diketahui dan dikenal-pasti oleh masyarakat awam .

Keputusan peperiksaan ( exam result ) juga termasuk di dalam kategori ini , contohnya : Jika anda telah melalui peperiksaan SPM dan anda sedang menanti-nanti keputusannya , maka perkara ini bukanlah perkara yang ghaib ( bukannya ghaib yang haqiqi / mutlaq ) sebab walaupun anda tidak mengetahuinya akan tetapi mereka yang berada di lujnah peperiksaan ( exam syndicate ) di Kementerian Pendidikan itu mengetahuinya .

Pencuri juga bukanlah termasuk di dalam “ Alam Ghaib Yang Haqiqi / Mutlaq “ kerana walaupun kita tidak mengenal siapakah yang mencuri sesuatu barang itu , akan tetapi ianya sudah tentu dikenal oleh mereka yang sama-sama mencuri , ataupun paling kurang pencuri itu sendiri dikenali oleh si empunya diri itu sendiri .

Begitulah juga dengan eletrik dan kuman-kuman bakteria – virus , yang mana semuanya itu bukanlah termasuk di dalam pengertian ghaib yang sebenar ( haqiqi / mutlaq ) kerana kedua-duanya itu masih boleh diketahui kewujudan dan hakikatnya dengan alat-alat moden .

Begitulah juga jika seseorang itu boleh melakukan ramalan kaji-cuaca , maka orang itu tidak boleh dianggap sebagai orang yang tahu mengenai alam ghaib . Kerana cuaca bukanlah sesuatu yang ghaib daripada panca-indera kita . Dan ramalan cuaca itu sendiri boleh dilakukan oleh orang yang mempunyai pengetahuan mengenainya dengan melihat pergerakan angin , turunnya hujan , darjah kepanasan – kesejukan – kering – lembap , dan apa sahaja yang berkaitan dengannya . Semuanya itu tidaklah termasuk di dalam kategori ghaib pertama ( haqiqi / mutlaq ) kerana asas-asas keilmuan mengenainya diasaskan berdasarkan ilmu-ilmu yang boleh diketahui oleh panca-indera seperti dengan adanya tekanan udara yang rendah ataupun kuat daripada bahagian utara , timur , selatan dan barat dan sebagainya .

B : SCAN , ULTRA-SOUND DAN PENEMUAN-PENEMUAN SAINS MODEN :

Dunia Sains dan Perubatan Moden telah melahirkan berbagai-bagai penemuan baru , termasuklah apa yang dikenal sekarang sebagai “ Scan “ ( MRI dan PET Scan ) dan Ultrasound .

Penemuan-penemuan moden hasil kemajuan fikiran dan ilmu manusia , dan hasil penyeledikan dan latihan serta pengalaman-pengalaman uji-kaji ( eksperimen ) , semuanya itu telah ada petunjuk dan pedomannya di dalam Al-Quranul Karim .

Al-Quranul Karim sendiri menyebut mengenai penemuan-penemuan Sains Moden yang akan diketahui oleh manusia daripada satu generasi ke satu generasi , contohnya Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Fussilat , ayat 53 :


ÓóäõÑöíåöãú ÂíóÇÊöäóÇ Ýöí ÇáúÂÝóÇÞö æóÝöí ÃóäÝõÓöåöãú ÍóÊøóì íóÊóÈóíøóäó áóåõãú Ãóäøóåõ ÇáúÍóÞøõ Ãóæóáóãú íóßúÝö ÈöÑóÈøößó Ãóäøóåõ Úóáóì ßõáøö ÔóíúÁò ÔóåöíÏñ

Ertinya : “ Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segala wilayah bumi dan pada diri mereka sendiri, hingga jelas bagi mereka bahwa Al Quraan itu adalah benar. Tiadakah cukup bahwa sesungguhnya Tuhanmu menjadi saksi atas segala sesuatu ? “ .

Al-Imam Qatadah ( r.a ) dan al-Imam ad-Dohak ( r.a ) daripada generasi Tabi’en sendiri menafsirkan
{ Ýöí ÇáúÂÝóÇÞö }

: Iaitu wilayah-wilayah langit dan bumi , seperti matahari, bulan , bintang-bintang , siang-malam , angin, petir, guruh , kilat, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau, lautan-lautan dan sebagainya .

Tidak syak lagi segala penemuan Sains Moden , hatta pengembaraan ke bulan dan Planet Marikh itu sendiri termasuk di dalam pengertian ayat di atas . Akan tetapi kebanyakan manusia itu angkuh dan merasa “ ghurur “ ( tertipu ) dengan kepandaian sendiri sehingga melupai siapakah yang menganugerahkan kesemua ilmu dan kepandaian itu !!!.

Maka begitulah juga dengan Scan dan Ultrasound yang digunakan di dalam dunia perubatan moden untuk mengesan dan mengenal-pasti keadaan janin di dalam kandungan , semuanya itu samalah dengan penemuan-penemuan lain di Alam Sains Moden . Agama Islam itu sendiri tidak pernah menghalang sebarang kemajuan ilmu dan fikiran manusia bahkan Al-Quranul Karim itu sendiri yang paling kuat menggesa manusia untuk lebih mengenal akan alam kehidupan dan alam dunia ini .

C : TIDAKKAN SCAN DAN ULTRASOUND ITU SENDIRI TERMASUK DI DALAM “ RAMALAN-RAMALAN “ YANG DITEGAH DI DALAM AGAMA KITA ? :

Ada orang mengatakan bahawa scan dan ultrasound itu sendiri termasuk di dalam ramalan , maka setiap ramalan sudah pastilah haram bahkan boleh membawa kepada syirik . Bukan itu sahaja , di dalam Al-Quranul Karim ( ayat 34 , Surah Luqman ) sendiri menyatakan bahawa hanya Allah Ta’ala sahajalah yang mengetahui mengenai kandungan rahim . Maka jika ada yang mengatakan dia boleh mengetahui kandungan janin , maka tidakkah ini bermakna dia telah mendakwa dirinya seolah-olah Tuhan yang Maha Mengetahui akan alam ghaib ? .

Jawapan : Ayat yang menjadi persoalan di atas ialah ayat 34 , surah Luqman :


Åöäøó Çááøóåó ÚöäÏóåõ Úöáúãõ ÇáÓøóÇÚóÉö æóíõäóÒøöáõ ÇáúÛóíúËó æóíóÚúáóãõ ãóÇ Ýöí ÇáúÃóÑúÍóÇãö æóãóÇ ÊóÏúÑöí äóÝúÓñ ãøóÇÐóÇ ÊóßúÓöÈõ ÛóÏðÇ æóãóÇ ÊóÏúÑöí äóÝúÓñ ÈöÃóíøö ÃóÑúÖò ÊóãõæÊõ Åöäøó Çááøóåó Úóáöíãñ ÎóÈöíÑñ

Ertinya : “ Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok . Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. “ .

Ayat ini sekali-kali tidak bertentangan dengan penggunaan Scan dan Ultrasound di dalam mengenal-pasti keadaan sesuatu janin di dalam kandungan .

Perkataan { ãóÇ Ýöí ÇáúÃóÑúÍóÇãö }

: “ Apa yang ada di dalam rahim “ kerap-kali DIFAHAMI SECARA SALAH oleh beberapa orang ahli-ahli tafsir terdahulu dan generasi sebelum ini .Dan ianya juga disalah-fahami oleh beberapa umat Islam di hari ini sehingga mereka menyangka bahawa scan dan ultrasound ini adalah termasuk di dalam ramalan yang haram serta boleh mengundang syirik !? .

Scan dan ultrasound hanyalah digunakan untuk mengetahui kedudukan janin di dalam kandungan ( rahim ) , sama ada dia di dalam keadaan stabil ataupun songsang . Dan ia juga digunakan untuk mengetahui jantinanya . Akan tetapi Scan dan Ultrasound ini sekali-kali TIDAK BOLEH memberitahu kepada kita adakah bayi itu sihat ataupun tidak , akan terus sihat ataupun sebaliknya . Ia juga tidak berupaya memberitahu kita akan nasib janin itu , adakah ia akan dilahirkan di dalam keadaan selamat ? . Adakah dia akan lahir ke dunia sebagai seorang yang bahagia ataupun sebaliknya ? . Adakah janin itu bakal menjadi seorang insan yang pandai ataupun tidak ? . Bilakah dan dimanakah ajal bagi insan yang akan dilahirkan itu kelak ? . Semuanya itu tidak boleh dan tidak berupaya dinyatakan oleh scan dan ultrasound.

Bukan itu sahaja , scan dan ultrasound sendiri kadang-kadang tidak dapat memberikan jawapan yang tepat . Ada janin yang dilihat melaluinya sebagai lelaki tetapi apabila lahir , sebaliknya pula . Ini semua menunjukkan TERBATASNYA ilmu manusia . Dan scan dan ultrasound itu sendiri adalah “ tajribah “ ( eksperimen dan perubaan ) yang mana manusia akan cuba memperbaiki kelemahan dan memajukan lagi dunia perubatan moden dengan melalui beberapa tahap . Daripada kelemahan dan kegagalanlah manusia itu belajar memajukan dirinya .

Maka , daripada gambaran ini marilah kita bertanya kembali : “ ADAKAH DOKTOR YANG MELAKUKAN SCAN DAN ULTRASOUND KE ATAS SESUATU JANIN ITU MEMAHAMI ILMU GHAIB ? “.

Sudah tentu TIDAK SAMA-SEKALI . Isi kandungan ( janin ) itu sendiri bukanlah ghaib kerana ia sendiri boleh diketahui oleh panca-indera .

Hatta , kalau ada di kalangan kita yang tetap mahu “ berkeras “ mengatakan bahawa itu adalah GHAIB maka adakah ini bermakna pengetahuan mengenai alam ghaib di sisi doktor dengan apa yang diketahui oleh Allah Ta’ala itu sama sahaja ??? .

Sudah tentu TIDAK SAMA SEKALI !!! . Pengetahuan seseorang doktor itu sendiri terbatas , dan ianya melalui berbagai tempoh latihan dan percubaan . Dan ada kalanya keputusan sesuatu uji-kaji itu sendiri tersilap .

Manakala Ilmu Pengetahuan Allah Ta’ala itu sendiri tidak sama sekali seperti itu !!!.

Kita sendiri sebagai manusia mempunyai pengetahuan yang berbeza di antara satu sama lain , ada yang kurang ilmunya , ada yang mempunyai ilmu yang lebih , dan ada pula yang “ super-genius “ . Maka kalau begitulah hal manusia , apatah lagi dengan Allah Ta’ala sebagai TUHAN YANG MAHA MENGETAHUI SEGALA-GALANYA !? .

Ilmu pengetahuan Allah Ta’ala adalah bersifat yakin , tidak pernah melalui sebarang proses latihan dan eksperimen dan tidak pernah Allah Ta’ala itu tersilap ( sebagai mana gambaran karut daripada Aqidah Yahudi , Kristian dan Syiah Ar-Rafidhah ) !!!.

Ilmu pengetahuan Allah Ta’ala mengenai sesuatu janin itu bukanlah seperti scan dan ultrasound ciptaan manusia itu , bahkan ianya meliputi segala-galanya , hatta apakah janin itu akan selamat di”tabalkan “ sebagai manusia yang sempurna. Apakah jantina sebenar janin itu. Berapakah jangkamasa hayat bagi janin yang seterusnya akan bergelar insan itu. Di manakah dia akan belajar , berkahwin , berkerja , mati dan sebagainya . Semuanya itu hanya diketahui oleh Allah Ta’ala dan scan & ultrasound itu sendiri tidak dpaat memberitahu kita akan hal-hal tersebut !!!.

Jadi , scan dan ultrasoun sama-sekali tidak dianggap Ilmu Ghaib dan sama-sekali tidak boleh dianggap sebagai “ merampas “ kekuasaan Allah sebagai Tuhan Yang Maha Mengetahui segala yang zahir dan ghaib !!! .

Begitulah juga , scan dan ultrasound sama-sekali TIDAK BOLEH DIANGGAP SEBAGAI MERAMAL ALAM GHAIB . Lagipun , bukan semua ramalan itu tertegah dan dilarang di dalam agama kita . Kalau semua jenis ramalan itu tertegah , maka sudah pastilah kita tidak boleh meramalkan keadaan cuaca , dan sudah pastilah soalan-soalan ramalan ( spot ) PMR, SPM dan STPM haram dilakukan . Apakah ini logik dan munasabah di dalam agama Islam yang suci-murni ini !!?? . :bash

Maha Suci Allah Ta’ala daripada menganugerahkan kita agama dan fikiran kolot seperti itu !!!.

Semoga ada manfaatnya daripada jawapan ini . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

**************************************

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘allamah Syeikh Atiah Saqr ( h.a ) ~ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar
Jilid 2 , ms 38
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah

2 – MAUQIFUL ISLAM MINAL ILHAM WAL KASHF WAR RUA WA MINAT TAMAIM WAL KIHANAH WAR RUQA
Oleh : Al-‘allamah Syeikh Prof. Dr Yusuf al-Qaradhawi ( h.a )
Halaman : 185 – 199
Terbitan : Maktabah Wahbah , Kaherah.

3 – AL-FATAWA
Oleh : Almarhum al-Imam asy-Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’arawi ( rh )
Halaman : 36
Terbitan : Maktabah Wahbah , Kaherah

4 – AL-FATAWA al-KUBRA
Oleh : Almarhum al-Imam asy-Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’arawi ( rh )
Bahagian Pertama , Halaman : 215 – 220

5 – YAS ALUNAKA ‘ANID DIN WAL HAYAH
Oleh : Al-‘allamah Dr. Ahmad asy-Syarbasi ( ha ) ~ Pensyarah di Universiti Al-Azhar asy-Syarif
Jilid ke-III , ms 426
Jilid ke-IV , ms : 300 / 306
Jilid ke-VI , ms : 480
Jilid ke-VII , ms : 271 / 639
Terbitan : Darul Jail , Beirut


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
13 / Dzulqa’edah / 1423 H
15 / Januari / 2003 M

RABU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Re: SJ-2179: Meyakini jantina bayi dalam rahim.

:wassalam
Jawab:
Luqman: 34 (terjemahnya)
"Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Qiamat, Dia-lah yg menurunkan Hujan, dan mengetahui apa yg ada dalam rahim. Tiada seorang pun yg dapat mengetahui (dgn pasti) apa yg akan diusahakannya besok. Dan tiada seorangpun yg dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal."

Apa yg diketemukan oleh Sains perubatan yg dinamakan Ultrasound itu sejak 1950'an adalah untuk melihat perkembangan bayi di dalam rahim. Kemudian salah satu kegunaan ultra sound itu diperluaskan di mana doktor membuat tekaan berdasarkan imej scan ultrasound itu kemungkinan jantina bayi itu (dalam lingkungan 95% ketepatan bergantung pada umur janin) Ultrasound generasi baru adalah lebih sofisticated dgn imej 3-D yg mana ketepatan melihat jantina janin boleh mencapai 99%-100%.
Apa yg dimaksudkan dalam ayat di atas ialah aspek ghaibiyat. Maksudnya bagaimana ruh itu dimasukkan ke dalam janin. apakah bayi itu akan membawa tuah atau sial. Rahsia Allah menentukan samada ia lelaki atau perempuan, semuanya adalah ghaib
Peranan sains terhenti bila ia cuba campur tangan dalam menentukan jantina, atau manipulasi bentuk dan rupa janin itu tapi setakat mengetahui jantina dgn bantuan sains tidaklah mengganggu proses kejadian manusia yg sepenuhnya dalam genggaman Allah SWT. Tema ayat di atas ialah mencela aktiviti tukang sihir, tukang ramal, para normal dan dukun yg berleluasa di zaman silam (khususnya) dalam mencampuri urusan keTuhanan). Umat zaman dulu sangat supersititious mengenai janin, mereka mengadakan upacara-upacara khas supaya janin itu selamat dan mereka sangat benci kepada anak perempuan. Inilah jawapan Prof Dr Ahmad Syurbasyi dalam Yas-aluunak di bawah soal-jawab apakah sains bercanggah dgn Qur'an (suntingan Hussien Bahreisy)
Kalau kita tengok adat Melayu pun mereka amat supersititious misalnya mereka kaitkan besetubuh di malam bulan gelap, anak menjadi gelap, jika bayi cacat dikaitkan dgn kenan, ada upacara melenggang perut, budaya Arab pula jika bersetubuh dari posisi belakang, anak akan juling, dsbnya. Itulah maksud ayat itu, Allah mengetahui apa yg ada dalam rahim perempuan. bahawa manusia ni menduga-duga dan tahyul. WA