SJ-06-0095 : sampai di sesuatu destinasi, boleh qasar saja?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0095 : sampai di sesuatu destinasi, boleh qasar saja?

:salam

saya agak confuse, since ada teman bagitau, kita boleh jamak+qasar SEMASA dalam perjalanan dan hanya boleh QASAR apabila dah sampai di sesuatu tempat tu,tanpa had.

macam mana pendapat yg 3 hari 3 malam boleh jamak+qasar tu?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: bila dah sampai di sesuatu destinasi, boleh qasar saja?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jumhur ulama' bersetuju bahawa solat Qasar dituntut semasa seseorang itu bermusafir. Mazhab Hanafi mengatakan hukumnya wajib, akan tetapi mazhab lain mengatakan sunat mu'akkad.

Persoalannya adalah, apakah tidak boleh jama' dan Qasar semasa tiba ditempat permusafiran? Solat mana yang lebih utama, Qasar atau Jama' & Qasar? Disini kami petik jawapan arkib mengenai keutamaan solat Qasar.

Quote:
Kenapa dikatakan pemilihan solat Qasar merupakan pilihan terbaik?

a. Jumhur ulama membenarkan melakukan Solat Jama' Takdim dan Jama' Takhir kecuali Mazhab Hanafi. Didalam Mazhab Hanafi dibolehkan Jama' hanya pada hari Arafah bagi orang-orang yang ihram haji, iaitu menjama'kan solat Zohor dan Asar didalam waktu Zohor. Hujah mereka ialah waktu Solat telah thabit secara mutawatir (didalam hadith bertaraf mutawatir) maka tidak boleh digantikan dengan hadith ahad (Al-Fiqh Al-Islami, 2/349-350). Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah menyatakan bahawa adalah lebih baik ditunaikan setiap solat pada waktunya, jika benar-benar tidak ada hajat untuk melakukan jama'. Kerana menurut beliau, Nabi saw sentiasa melakukan solat Qasar pada masa musafir apabila masuk waktu solat tersebut (Majmu' Fatawa, 24/19).

b. Diriwayatkan bahawa Nabi saw tidaklah berterusan melakukan jama' semasa musafir akan tetapi berterusan melakukan qasar, maka menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily disebabkan khilaf ulama' mengenainya, adalah afdal tidak melakukan Solat Jama' (Al-Fiqh Al-Islami, 2/350).

Kesimpulannya, solat Qasar boleh dilakukan tanpa menjama'kan solat, dilakukan oleh seseorang yang mempunyai status musafir apabila masuk waktu solat tersebut (pada waktunya) keatas solat yang mempunyai 4 rakaat. Kebiasaan yang dilakukan oleh orang ramai iaitu melakukan Solat Jama' dan Qasar juga merupakan sunnah Nabi saw bagi memberi kemudahan kepada umatnya. Ada dikalangan ulama' yang lebih menyukai solat pada waktu yang ditetapkan, maka mereka melakukan solat Qasar tanpa Jama apabila masuk waktu solat tersebut. WA.

sumber : SJ-06-0004 : Solat Qasar tanpa Jama'
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=96&t=26776

Kecuali Mazhab Hanafi (hanya membenarkan Qasar sahaja), Mazhab lain membenarkan solat dilakukan secara Jama' dan Qasar semasa bermusafiran tidak lebih dari 4 hari. Menurut Mazhab Syafie, sesorang yang berniat tinggal disitu selama 4 hari atau lebih, hendaklah dia melakukan solat secara penuh/tamam, tidak termasuk perjalanan pergi dan perjalanan pulang. Ini menjadikan semuanya 6 hari (1 hari pergi, 1 hari balik + 4 hari diantaranya) (al-Sharh al-Mumthi, 1/206).

Imam Ibn Taimiyah mempunyai pandangan yang tersendiri mengenai tiada had bersolat secara Qasar. Akan tetapi, pendapat jumhur, solat Qasar ada hadnya. Mazhab Hanbali dan Syafie menetapkan sesiapa yang bermusafiran lebih dari 4 hari, terputus ruhsah solat Qasarnya. Ada pandangan dari Mazhab Hanafi mengatakan 15 hari dan Mazhab Ibnu Abbas menghadkan 19 hari. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين