SJ-01-0169 : PAS & Ikhwanul Muslimin Bermasalah Aqidah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0169 : PAS & Ikhwanul Muslimin Bermasalah Aqidah

:salam

Sejak keluar mengenai ust azhar idrus - raja sesat dari sebuah blog oleh pengendali bernama abuaqif, saya telah melawat dan menuntun beberapa video lagi. Cuma saya agak musykil ada sebuah video mengenai masalah aqidah Ikhwanul Muslimin dan PAS yg di bawa oleh Ustaz Ahmad Fauzan dari laman yang sama (video di bawah). Saya bukanlah orang yang mengamati isu dalaman PAS, tapi saya pun tidak pasti apa kena mengena PAS dengan pergerakan timur tengah tersebut hingga dikaitkan dan turut terbabit dalam masalah aqidah tersebut. Masalah tersebut pada pemahaman saya adalah agak berat kerana disimpulkan oleh ust tersebut seperti aqidah PAS dan Ikhwanul Muslimin adalah tertolak dari ASWJ.

Antara yang saya sempat saya catat dan berdasar kefahaman saya, isu yang di utarakan hingga menjadikan Ikhwanul Muslimim (IM) bermasalah aqidahnya ialah:

- Manhaj IM adalah berasaskan politik dan kuasa dengan membelakangi akidah
- Ideologi Hasan Al Bana bertoleransi dengan benda khilaf bidaah terutama aqidah
- Kepimpinan seperti mursyidul am IM bnyk menggunakan sumber maudhu dan seluruh ulama membantah
- IM menganjurkan amalan bidaah seperti bertawasul, kuburin, maulud nabi dan sebagainya
- Hasan Al Bana menganjurkan boleh bersatu dengan syiah jika tidak mendatangkan mudharat - toleransi bersama Syiah tertolak dan tidak boleh diterima kerana isu aqidah
- Syed Qutb pernah mencela sahabat seperti Uthman dan Nabi Musa
- Hasan Al-Bana seratai dan promo tarikat
- IM bertoleransi dengan yahudi dan nasrani
- IM mengangkat pemimpin mereka sehingga bertaraf wali.
- IM juga ada menganjurkan amalan yang membawa kepada syirik

Mohon pencerahan dari panel al-ahkam sekalian mengenai isu berat ini. Ini kerana, sejak disekolah saya diajar Ikhwanul Muslimim ini pergerakan membela islam, tp kini diketengahkan seperti pergerakkan merosakkan aqidah. Adakah parti pembangkang PAS yang dikaitkan juga betul mempunyai masalah aqidah seperti yang diutarakan Ust seperti video di atas. Harap panel dapat memberikan penerangan terhadap isu aqidah ini.

Saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih dan moga usaha kalian diberkati oleh Allah InsyaAllah.

Wassalam

berikut adalah link video dari blog saudara abuaqif:
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2011/11/ijtimak-tarbawi-pas-2011-ustaz-ahmad.html

manakala berikut adalah video yang dimaksudkan secara terus dari youtube insyaAllah:

[youtube]http://www.youtube.com/watch?v=yqLU-SLuT-Y[/youtube]

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: PAS & Ikhwanul Muslimin Bermasalah Aqidah

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Sudah menjadi satu kelaziman, pihak-pihak yang mempunyai manhaj seperti ini tidak akan bersetuju dengan parti atau persatuan Islam yang berlainan Manhaj daripada mereka. Perbezaan ini berpuncakan cara mereka mengambil hukum daripada al-Quran dan sunnah Nabi :saw. Golongan-golongan ini apabila berbicara berkenaan dengan bab bid’ah, sangat ketara perbezaannya dengan manhaj-manhaj lain. Disini kita dapat lihat kenapa golongan ini menyesatkan gerakan Islam seperti Ikhwanul Muslimin (IM) atau PAS.

Untuk membicarakan permasalahan ini, ia memakan masa yang panjang dan tidak mampu dilakukan diruangan fiqh ini. Mungkin kami akan cuba membawa beberapa contoh-contoh yang dapat menjelaskan perbezaan ini.

a. Contoh yang masyhur pada masa kini adalah Demonstrasi. Bagi golongan ini, demonstrasi adalah haram kerana ini membawa kepada kemudaratan. Demonstrasi bukan datang dari sunnah. Bagi pihak IM dan juga PAS, demonstrasi merupakan alat menzahirkan perasaan tidak puas hati, dan bukan untuk menimbulkan kacau bilau. Kanak-kanak kecil pun apabila tidak lapar, dsb akan menangis. Menangis adalah cara mereka mendemonstrasikan perasaan mereka.

b. PAS atau IM merupakan parti yang dikatakan telah melakukan bughah atau pengkianatan kepada pemerintah. Akan tetapi pada realitinya, didalam perlembagaan Malaysia, Kerajaan dan Pembangkang akan bersama-sama didalam pemerintahan negara. Parti pembangkang adalah pihak yang sah dari sudut perlembagaan Malaysia. Mereka bukan pemberontak, dan tidak berlaku perbuatan bughah disini. PAS adalah parti yang ‘legal’ disini undang-undang.

c. Satu ketika dahulu, golongan ini mengharamkan pilihanraya, kerana katanya, didalam sunnah tidak adanya pilihanraya. Akan tetapi, bagi pihak PAS atau IM, pilihanraya hanyalah wasilah atau cara untuk mendapat kuasa memerintah. PAS tidak membid’ahkan cara, kerana matlamat PAS ialah ingin menegakkan negara Islam. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi juga mengatakan bahawa pada masa ini, pilihanraya merupakan cara untuk kita melaksanakan amar ma’rif dan nahi mungkar.

d. Bagi kumpulan ini, demokrasi bukan cara Islam. Akan tetapi bagi pihak IM atau PAS, kalaulah demokrasi itu merupakan pilihan untuk menegakkan daulah Islamiyyah,kenapa kita tidak mengambil munafaat darinya. Ia hanyalah alat untuk menuju kepada sesuatu matlamat. Alat atau cara bukanlah sesuatu yang diistilahkan sebagai bi’dah, kerana ia bukan didalam bab Ibadat Khusus.

e. Kumpulan ini juga melihat bahawa tidak boleh menggunakan hadith-hadith dhaif didalam pengamalan. Bagi pihak yang berlainan manhaj pula, hadith dhaif boleh digunakan didalam beberapa keadaan, tidak semuanya ditolak. Mana mungkin kita menolak sesuatu persatuan atau parti itu semata-mata menggunakan isu hadith dhaif? Apakah golongan yang mendakwa tidak boleh menggunakan hadith dhaif itu sendiri pasti yang semua hadith-hadith yang mereka ambil itu benar-benar sahih. Ada kemungkinan juga mereka beramal dengan hadith dhaif tanpa mereka sedari, misalnya perbuatan ibadat solat, letak tangan atas dada, turun sujud tangan dahulu baru lutut, dsb. Kesemua hadith-hadith ambilan mereka itu dhaif disisi Imam-Imam Mazhab! Mana lebih utama, status dhaif dari pandangan ulama' zaman salaf atau status dhaif dari pandangan ulama' selepas zaman salaf??

f. Kumpulan tersebut juga mengaitkan IM dengan aqidah al-Asya'irah yang dikatakan sesat. Namun demikian, metod aqidah al-Asya'irah hanyalah cara atau kaedah bertauhid kepada Allah. Yang takwil berlebihan yang dilarang. Berkata Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi bahawa "mengaitkan Al-Ikhwan Al-Muslimun dengan Al-Asya'irah tidak pernah mengurangkan kedudukannya (IM). Adapun umat Islam itu sendiri, majoritinya adalah Al-Asya'irah dan Al-Maturidiyyah. Dan merekalah dalam kalangan ahli al-sunnah wa al-jamaah yang mana imam-imam mereka adalah Imam Abu Al-Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Para ulama' mazhab As-Syafi'e dan mazhab Al-Maliki adalah bermazhab al-asy'ari (dalam aqidah). Golongan Hanafiyyah pula adalah maturidiyyah.”

Kebanyakkan permasalahan yang wujud adalah berkisar tentangan ambilan hadith dan juga takrif sunnah itu sendiri. Adakalanya perkara yang khilaf juga mereka menganggap sebagai bid’ah. Perkara-perkara yang telah diijtihadkan oleh ulama’-ulama’ muktabar tidak boleh dianggap sebagai bid’ah.

Apakah boleh kita membid’ahkan Tasauf kerana namanya Tasauf. Bukankah ilmu Tasauf itu merupakan ilmu Akhlak? Apakah mempelajarinya juga sesat?? Lainlah kalau pendetailan itu memasukkan elemen-elemen falsafah, Wahdatul Wujud, dsb. yang ternyata agak jauh menyimpang. Apakah dengan mengamalkan Solat Hajat berjemaah dituduh sebagai jemaah yang melakukan bid’ah?

Walau apa pun pegangan seseorang atau sesuatu pihak, yang penting kita tidak boleh menyesatkan sesuatu pandangan hanya disebabkan kaedah yang berbeza memahami sesuatu sunnah. Kita tidak boleh menyesatkan sesuatu golongan jika ia merupakan ijtihad fiqhiyah. Didalam bab-bab aqidah, Tauhid tiga atau sifat 20, hanyalah keadah mentauhidkan diri kepada Allah. Kedua-duanya hanyalah method sahaja, bukan matlamat. Yang penting adalah mencapai matlamatnya, iaitu mengesakan tuhan. Apa yang dilarang adalah sifat berlebih-lebihan didalam memahami sesuatu isu, yang dikenali dengan istilah ghuluw. Masing-masing ada peranan masing-masing didalam menegakkan agama Allah dimuka bumi ini.

Hayati pesanan Imam al-Qatadah al-Sadusi didalam Siyar ‘Alam al-Nubala’ : “Waspadalah dan berhati-hati dari sikap memberat-beratkan diri, berlebih-lebihan, ghuluw dan berasa Ujub (merasa hebat) dalam diri sendiri. Hendaklah kamu bersikap tawadhu’, agar Allah swt meningkat martabat kamu”.

Berikut adalah beberapa tautan yang dapat menjelaskan lagi kedudukan IM dan PAS yang menunjukkan mereka tidak sesat.

Laman web Ikhwanul Muslimin (IM)
http://www.al-ikhwan.net/al-ikhwan/

IM dan al-Banna Sesat?

Apa pilihan anda? Sesatkan al-Banna atau sebaliknya
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5359

Fatwa Ulama Masa Kini Terhadap Gerakkan IM.. Siapakah Ulama Masa kini Itu?
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=6361:fatwa-ulama-masa-kini-terhadap-gerakkan-ikhwanul-muslimin&catid=56:idea

Al-Banna: Ustaz Rasul Dahri kata sesat.. Saya tak fikir begitu
http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=5376:al-banna-ustaz-rasul-dahri-kata-sesat-saya-tak-fikir-begitu&catid=56:idea

AQIDAH

SJ-01-0157 : Khilaf Akidah
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=92&t=38910

SJ-01-0098 : akidah asyairah salah??
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=92&t=33971

AMALAN DO’A dari Hadith Dhaif

Doa dari hadith dhoif??
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=165&t=38094

Bolehkah hadis dhaif diamalkan dalam ahkam?
http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=165&t=3837

خيرالأمين