SJ - 2210 :BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG BUKAN-BUKAN MENURUT P

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2210 :BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG BUKAN-BUKAN MENURUT P

:salam

adakah hadis yg mengatakan kita dilarang menanyakan soalan yg boleh menyusahkan kita. kalau ada boleh nyatakan hadis tersebut serta hikamah disebalik hadis itu.
kalau tak ada saya minta maaf.
:wassalam

Re: SJ - 2205 :BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG BUKAN-BUKAN MENUR


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ - 2205 : BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG BUKAN-BUKAN MENURUT PANDANGAN ISLAM


Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih di atas soalan saudara yang sungguh cantik itu. Saya sebenarnya pernah berniat untuk menulis sebuah artikel yang menyentuh persoalan di atas . Mungkin tajuk yang bakal saya berikan ialah “ ADAB BERTANYA “ ataupun “ LARANGAN BERTANYA SOALAN YANG BUKAN-BUKAN “ . Namun , niat itu nampaknya masih belum dapat dilaksanakan sehinggalah saudara mengemukakan soalan ini.

Anggaplah jawapan yang bakal saya berikan ini sebagai alternatif dan pengganti kepada niat saya yang masih belum terlaksana itu. Berikut adalah jawapannya mengikut sedikit pengetahuan yang Allah Ta’ala berikan kepada saya .

****************************************

Ya , memang ada ayat-ayat Al-Quranul Karim dan Hadist-Hadist sahih yang melarang seseorang itu mengemukakan soalan –soalan yang tidak berfaedah @ soalan-soalan yang bukan-bukan , ataupun larangan terhadap sebarang usaha untuk membangkitkan permasalahan-permasalahan yang sulit yang tidak kepentingannya pada kehidupan duniawi ini ataupun kepentingan ukhrawi .

Permasalahan dan larangan ini biasanya boleh kita temui dengan mempelajari kitab-kitab Tasauf , dan juga kitab-kitab Tauhid dan Fiqh . Para Ulama’ ( rh ) meletakkan soalan jenis “ junk questions “ ini di bawah tajuk “ BAHAYA LISAN “ , “ ADAB BERTANYA “ , “ ADAB DI ANTARA MURID DENGAN GURUNYA “ , “ LARANGAN BERTANYA SOALAN YANG BUKAN-BUKAN “ dan yang seumpama dengannya .

Jadi yang jelas , soalan-soalan yang bukan-bukan itu adalah salah-satu daripada bentuk kegelinciran lisan seseorang itu.

Sehubungan dengan itu , Allah Ta’ala dan juga Rasul-Nya , Nabi Muhammad s.a.w telah memperingatkan kita akan bahayanya lisan seseorang itu . Di antaranya adalah sebagai mana berikut :

( 1 ) - Firman Allah Ta’ala menerusi ayat ke- 18 daripada Surah Qof :

ãóÇ íóáúÝöÙõ ãöä Þóæúáò ÅöáøóÇ áóÏóíúåö ÑóÞöíÈñ ÚóÊöíÏñ

Ertinya : “ Tiada satu ucapanpun yang dilafazkan itu melainkan adanya malaikat yang mencatatnya “ .

( 2 ) - Firman Allah Ta’ala lagi di dalam ayat ke-101 daripada Surah al-Maidah :

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇú áÇó ÊóÓúÃóáõæÇú Úóäú ÃóÔúíóÇÁ Åöä ÊõÈúÏó áóßõãú ÊóÓõÄúßõãú æóÅöä ÊóÓúÃóáõæÇú ÚóäúåóÇ Íöíäó íõäóÒøóáõ ÇáúÞõÑúÂäõ ÊõÈúÏó áóßõãú ÚóÝóÇ Çááøåõ ÚóäúåóÇ æóÇááøåõ ÛóÝõæÑñ Íóáöíãñ

Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu bertanya (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al-Qur'an itu diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu, Allah mema'afkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.

( 3 ) – Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :

ÍóÏöíËõ ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ ÞóÇáó : ÎóØóÈóäóÇ ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÞóÇáó ÃóíøõåóÇ ÇáäøóÇÓõ ÞóÏú ÝóÑóÖó Çááøóåõ Úóáóíúßõãõ ÇáúÍóÌøó ÝóÍõÌøõæÇ ÝóÞóÇáó ÑóÌõáñ Ãóßõáøó ÚóÇãò íóÇ ÑóÓõæáó Çááøóåö ÝóÓóßóÊó ÍóÊøóì ÞóÇáóåóÇ ËóáóÇËðÇ ÝóÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóæú ÞõáúÊõ äóÚóãú áóæóÌóÈóÊú æóáóãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú Ëõãøó ÞóÇáó ÐóÑõæäöí ãóÇ ÊóÑóßúÊõßõãú ÝóÅöäøóãóÇ åóáóßó ãóäú ßóÇäó ÞóÈúáóßõãú ÈößóËúÑóÉö ÓõÄóÇáöåöãú æóÇÎúÊöáóÇÝöåöãú Úóáóì ÃóäúÈöíóÇÆöåöãú ÝóÅöÐóÇ ÃóãóÑúÊõßõãú ÈöÔóíúÁò ÝóÃúÊõæÇ ãöäúåõ ãóÇ ÇÓúÊóØóÚúÊõãú æóÅöÐóÇ äóåóíúÊõßõãú Úóäú ÔóíúÁò ÝóÏóÚõæåõ

Ertinya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami: Wahai manusia! Allah s.w.t telah mewajibkan kepada kamu mengerjakan Haji, maka tunaikanlah Haji. Seorang lelaki bertanya: Adakah setiap tahun, wahai Rasulullah ? . Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali. Rasulullah s.a.w pun menjawab: Jika aku katakan Ya, tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu tidak mungkin mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi: Tinggalkanlah sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana mereka banyak bertanya dan sentiasa menyalahi Nabi mereka. Jadi, apabila aku perintahkan sesuatu kepada kamu, lakukanlah sedaya kamu dan apabila aku melarang dari melakukan sesuatu, tinggalkanlah ! . ~ Hadist Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari ( rh ) dan Al-Imam Muslim ( rh ) .

## Huraian Ringkas :

(( Tinggalkan sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu )) : Ertinya : Mana-mana perkara yang masih belum ku terangkan halal ataupun haramnya , maka janganlah kamu mempersoalkan apakah hukumnya . Ataupun : Jangan sibuk-sibuk nak tahu akan sesuatu perkara yang tidak ku terangkan mengenai halal – haramnya .

((Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana mereka banyak bertanya…. )) : Ertinya : Kaum terdahulu seperti Bani Israel menjadi celaka lantaran banyak sangat “ loyar buruk “ mereka dan banyak “ songel “ . Apabila Nabi Musa a.s meminta mereka agar menyembelih seekor lembu , Bani Israel bertanya : “ Lembu yang bagaimana jenis dan rupanya ? “ , “ Lembu yang berwarna apa yang perlu kami sembelih ? “ , “ Lembu itu sendiri ada banyak jenis dan warna , habis tu kami perlu cari yang bagaimana secara khusus ? “ à Akibat soalan loyar-buruk Bani Israel ini telah “ memakan diri “ mereka sendiri sehingga hampir-hampir sahaja mereka tidak menemui lembu yang boleh disembelih. Jika Bani Israel itu tidak bertanya demikian , sudah tentu mana-mana sahaja lembu boleh disembelih. Untuk mengetahui kisahnya secara detail sila rujuk mana-mana kitab-kitab Tafisr yang muktabar yang membicarakan ayat 67 – 71 daripada Surah al-Baqarah .

Hadist ini diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab Al-‘Ietisom Bil Kitabi Was Sunnah , Bab ke-2 ( 7288 ) dan oleh al-Imam Muslim rh di dalam Kitab al-Hajj ( 412 ) Bab : Furidhol Hajj Marratan Fil ‘Umr .

( 4 ) – Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :

Úóäú ÓóáúãóÇäó ÞóÇáó ÓõÆöáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Úóäö ÇáÓøóãúäö æóÇáúÌõÈúä æóÇáúÝöÑóÇÁö ÝóÞóÇáó ÇáúÍóáóÇáõ ãóÇ ÃóÍóáøó Çááøóåõ Ýöí ßöÊóÇÈöåö æóÇáúÍóÑóÇãõ ãóÇ ÍóÑøóãó Çááøóåõ Ýöí ßöÊóÇÈöåö æóãóÇ ÓóßóÊó Úóäúåõ Ýóåõæó ãöãøóÇ ÚóÝÇ Úóäúå

Ertinya : Daripada Salman ( ra ) dia berkata : “ Baginda Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai hukum minyak sapi , keju dan keldai hutan , maka Baginda s.a.w menjawabnya : Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitab-Nya dan haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitab-Nya , dan apa-apa perkara yang tidak sebut oleh-Nya , maka itu adalah salah-satu daripada apa yang dimaafkan untuk kamu “ ~ Hadis diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzie di dalam Kitab al-Libas dan oleh al-Imam Ibnu Majah rh di dalam Kitab al-At’imah .

## Huraian Ringkas :

(( …. maka itu adalah salah-satu daripada apa yang dimaafkan untuk kamu )) , Ertinya : Ianya diharuskan untuk kamu memakannya ataupun memanfaatkannya .

****************************************

HURAIAN UMUM :

Dengan meneliti beberapa ayat Al-Quranul Karim , Hadist-Hadist Baginda Rasulullah s.a.w dan beberapa pengajaran yang terkandung di dalam kitab-kitab Tauhid , Fiqh dan Tasauf , maka dapatlah kita mengetahui bahawa “BUKAN SEMUA YANG TERLINTAS DI DALAM HATI ITU BOLEH KITA JADIKAN BAHAN PERTANYAAN MELAINKAN SEKIRANYA IANYA BENAR-BENAR BERMANFAAT UNTUK KEPENTINGAN DUNIA DAN AKHIRAT “ .

Ya , memang benar soalan itu adalah ubat membasmi kejahilan , akan tetapi bukan semua soalan itu perlu dilayan , khasnya soalan-soalan yang dikategorikan sebagai “ soalan-soalan yang patut dibakul-sampahkan “ !!.

Di sini saya akan memberikan beberapa contoh soalan-soalan yang dikategorikan sebagai soalan-soalan yang bukan-bukan lagi yang tidak berfaedah , malahan ianya kadang-kadang boleh membawa kepada kufurnya seseorang itu – Wa Na’udzubilLahi Min Dzalik :

“ Apakah nama Allah sebelum Dia itu bernama Allah ? “ .

“ Allah Ta’ala telah menciptakan segala-galanya , maka siapakah pula yang menciptakan Allah ? “

“ Apakah Allah boleh mencipta Tuhan selain-Nya yang mampu mengalahkan Zat-Nya? “.

“ Bolehkah Allah Ta’ala mencipta seketul batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu memikulnya ? “.

“ Bolehkah Allah Ta’ala memasukkan seekor lembu ke dalam lubang jarum ? “

“ Biasanya manusia apabila menggulung tikar, dia akan menyandarkannya ke sebatang tiang ataupun dinding , maka apabila bumi digulung esok-esok pada hari qiamat , di manakah akan disandarkannya ? “.

“ Permata , zamrud , berlian , emas dan batu jenis apakah yang digunakan untuk membina syurga ? “.

“ Boleh tak malaikat yang turun dalam rupa seorang khunsa ? “ .

“ Siapakah nama Ashabul-Kahfi itu dan anjing mereka ? , dan apakah pula jenis anjing dan bakanya itu ? “.

“ Siapakah yang benar dan salah di dalam Perang Siffin dan Perang Jamal ? “ .

“ Air mani tu kan suci , jadi kalau suci , bila cukup 2 kolah , boleh tak digunakan untuk berwudhuk ? “ .

“ Bagaimana dengan seseorang yang berada di Malaysia hendak dilakukan solat maghrib jika matahari pada hari itu tidak terbenam ? “ .

“ Bolehkah dimakan seekor ayam yang dilahirkan oleh seekor babi ? “ .

“ Apakah batal seseorang yang menghisap rokok daripada waktu sahur sambil menyimpan asap rokok tersebut di dalam mulut sampai ke waktu Zohor ? “ .

Itulah di antara beberapa soalan daripada mereka yang konon-kononnya nak tunjuk pandai , yang mana soalan-soalan seperti itu tidak perlu dilayan sama sekali dan sekaligus ianya membodohkan diri-diri mereka sendiri .

Termasuk di dalam kategori yang sia-sia ialah seseorang yang masih belum mempunyai kemampuan ilmu , turut “ masuk campur “ di dalam permasalahan-permasalahan yang menjadi perbincangan hangat di kalangan para ulama’ yang muktabar . Al-Hasil , orang-orang dungu yang menyangka mereka itu sama seperti ulama’ itu , turut sama berfatwa di kedai-kedai kopi dan menjadi “ Mufti Kedai Kopi “ , dan yang paling celaka sekali , ada pula di kalangan mereka berlaku biadap sehingga meremehkan para ulama’ ataupun menghina mereka , hasil kebodohan manusia-manusia yang dungu dan bebal ini terhadap apakah topik perbincangan yang berlegar-legar di kalangan ulama’ muktabar itu !!! .

Lantaran itulah , para ulama’ ( rh ) selalu berpesan kepada para pelajar yang baru mengenal ilmu-ilmu warisan Islam ini agar mengelakkan diri mereka daripada membincangkan ataupun memperdebatkan apa-apa “ topik panas “ yang menjadi bahan polemik di kalangan para ulama’ ( rh ) .

Sehubungan dengan itu , Almarhum Syeikh Muhibbudiin al-Khatib ( rh ) pernah menyatakan bahawa , seseorang yang akan berbicara mengenai hal-ehwal pembinaan , sudah tentulah dia mempunyai keahlian di dalam bidang pembinaan itu. Dan begitulah juga seseorang itu mestilah tahu akan selok-belok ilmu kejuruteraan apabila hendak membincangkan topik tersebut. Namun yang paling malang ialah ramai pula di kalangan umat Islam yang berbicara “ semberono “ mengenai Islam , walhal kebanyakan mereka itu tidak mempunyai keahlian pun untuk membincangkannya .

Tidak syak lagi , soalan yang bukan-bukan lagi yang tidak berfaedah itu termasuk di dalam perkara-perkara yang sia-sia , dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah mengingatkan kita dengan sabdanya :

Úóäú ÃóÈöí åõÑóíúÑóÉó ÞóÇáó ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãöäú ÍõÓúäö ÅöÓúáóÇãö ÇáúãóÑúÁö ÊóÑúßõåõ ãóÇ áóÇ íóÚúäöíåö ö

Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah ( r.a ) , beliau berkata : Telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w : “ Salah-satu daripada ciri-ciri kebaikan pada seseorang itu ialah meninggalkan perkara-perakara yang tidak sia-sia “ ~ Hadis sahih diriwayatkan Oleh Al-Imam at-Tirmidzi rh ( Kitab az-Zuhd : 2317 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 3976 ) dan Muwatta’ al-Imam Malik ( 2/ 903 ) à Lihat juga hadist ke-12 : Kitab Jami’e al-‘Ulum Wal Hikam .

Sila Rujuk Juga : SJ - 2211 : MISTERI ANGKA 12 DI DALAM KALIMAH TAUHID ;) di url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10200
Dan : Diskusi Qadha’ – Qadar di http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=8767

Mudah-mudahan jawapan ini ada manfaatnya untuk kita semua . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .

****************************************

RUJUKAN DAN SARANAN PEMBACAAN :

1 - FATHUL BARI SYARH SAHIH al-IMAM al-BUKHARI ( RH )
Kitab al-‘Ietisom Bil Kitabi Was Sunnah , Bab ke-2 , Hadist ke-7288
Oleh : Syeikhul Islam Al-Imam al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqolani ( rh )
Terbitan : Darul Fikr , Beirut

2 - FATHUL MUN’IM SYARH SAHIH al-IMAM MUSLIM ( RH )
Bab ke – 347 , Jilid ke-5 , halaman 389
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Musa Syahin Lasyin ( ha )
Terbitan : Darul Shurook , Kaherah ( Cetakan tahun 2002 )

3 – TUHFATUL AHWADZI BI SYARH JAMI’E al-IMAM at-TIRMIDZI ( RH )
Jilid ke-7 , Kitab az-Zuhd , Bab ke-11 , Hadist ke-2317 , Halaman 18
Oleh : Al-Imam al-Muhaddist al-Mubarakfuri al-Hindi ( rh )
Terbitan : Darul Fikr , Beirut

4 – JAMI’E al-‘ULUM WAL HIKAM
Oleh : Al-Imam al-‘Allamah Ibnu Rajab al-Hanbali ( rh )
Disemak semula oleh : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Khalaf Yusuf ( ha )
Hadis ke- 9 ( ms 109 ) & Hadis ke-11 ( ms 138 )

5 – AL-MUSTAKHLAS FI TAZKIYAH al-ANFUS
Oleh : Al-‘Allamah asy-Syeikh Sa’id Hawa ( rh )
Halaman 429 – seterusnya.
Terbitan : Dar ‘Ammar , Beirut – ‘Amman

6 – TALBIS IBLIS
Oleh : Al-Imam al-Muhaddist Ibnul Jauzi ( rh )
Halaman : 122
Terbitan : Darul Hadist , Kaherah

7 – HALAL DAN HARAM DALAM PANDANGAN ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Diterjemah Oleh : Almarhum Ustadz Mu’ammal Hamidy ( rh )
Jilid Pertama , Halaman : 22
Terbitan : P.T Bina Ilmu , Surabaya
http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/101.html

8 – PERANAN SUFI DALAM GERAKAN ISLAM
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Lutfi Mustafa El-Batnani ( ha )
Pengantar Oleh : Tuan Guru MB Kelantan Darul Naim
Halaman : 152
Terbitan : Pustaka Syuhada , Sentul Ulu , Kuala Lumpur

9 – KIAT SUKSES DALAM MENUNTUT ILMU ( Terjemahan Kitab Ta’alimul Muta’allim Toriqut Ta’alum )
Oleh : Almarhum Syeikh Az-Zarnuji ( rh )
Diterjemahkan Oleh : Ghazali KH
Halaman : 24
Terbitan : Rica Grafika , Jakarta

10 - KASET : SUKA TANYA YANG BUKAN-BUKAN YANG TIDAK PERLU
Oleh : Tuan Guru MB Kelantan Darul Naim
Terbitan : Pustaka an-Nadwah , Terengganu Darul Iman

11 - KASET : KELEBIHAN DAN ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad
Terbitan : Perniagaan Muaz , Seberang Prai.
Edaran : Perniagaan Monas , Kuala Lumpur .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
25 / Dzulqa’edah / 1423 H
27 / Januari / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum

Re: SJ - 2210 :BERTANYA SOALAN-SOALAN YANG BUKAN-BUKAN MENUR

:wassalam
Tujuan asal bukan nak komen, tapi nak koreksi sistem nombor SJ yg sudah bercelaru.
Bacaan tambahan dalam topik ini:

1. Muqaddimah kitab Fatawa Mu'asirat, Prof DR alQaradawi, Jld 1
2. Muqaddimah kitab Fiqh Sunnah, Allamah almarhum Sayyid Sabiq.
WA