SJ-2269: Taubat-Sambungan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2269: Taubat-Sambungan

Assalamualaikum,

Sebagai lanjutan kepada perbincangan taubat saya ingin kemukan intipati lanjutan seperti yang disarankan dalam Hadis-hadis yang menyatakan tatacara perlakuan seseorg yang taubatnya diterima. Harap panel dapat kemukan hadis tersebut antara isinya kalau tidak silap saya syarat taubat seorg diterima adalah meninggalkan perilaku dosa dengan ikrar selamanya dan mengubah perilaku kepada seorg yg alim (mencari ilmu/amal) serta berusaha memperbaiki diri bukan sahaja dari segi ibadah fizikal malah spiritual. Yg tidak bertudung kena belajar bertudung, yg tidak solat 5 waktu kena solat 5 waktu dan yg akhlaknya suspect seperti masih berkeinginan nafsu seperti bergirl friend, kaki enjoy, kaki kumpul harta, pangkat, status dsb dan tidak serious dgn kampung akhirat perlu diubah dengan sifat perilaku solihin. Itu pun sebagai tambahan para yang bertaubat perlu perhatin bangun bersolat 5 waktu sahaja tidak cukup tetapi perlu secara fizikal dan batin faham kenapa perlu khusyuk, tunduk dan taat dalam solat jika tidak sia-sia sahaja taubat kerana tidak mengikuti pula suruhan menjaga solat dalam Al-Ouran jika tidak tetap menjadi ahli neraka.

Tujuan and maksud saya utarakan adalan konfusenya umat yang suka membicarakan sudah bertaubat dengan berkata aku sudah berhenti minum, aku tidak kaki perempuan and aku sudah mula solat dan aku dah tobat tak buat semua tu tapi dah tua nanti aku duduk masjid, tanpa memgetahui isu sebenarnya sesuai dengan Hadis Rasullulah SAW yang membicarakan perilaku mereka yang bertaubat. Harap panel dapat huraikan.

JKK.

Re: SJ-2269: Taubat-Sambungan

:wassalam
Jwb:
Benar, kita ada membahaskan topik ini beberapa kali sebelum ini. Rasanya ia mesti dibaca sendiri juga topik ini kerana ruangan dalam Ahkam amat terhad dan kita mengutamakan masail Fiqh. Kitab terbaik yg kita boleh syorkan:
1. atTawbah ilaLlah karya Dr Yusof Qardhawi, terj asyabab media bangi
2. Madarij asSalikin karya alHafeedz Imam Ibn Qayyim aljauzeah (terjemahan Indonesia sudah ada di pasaran)
Bagi saya kitab Dr Qardhawi sudah memadai sebab dia menghimpunkan kitab2 klasik yg lain termasuk madarij dan Ihya' oleh alGhazali.

Kita ringkaskan sebagaimana hasrat anda :
1. Tanda2 taubat yg diterima (Ibn Qayyim, ibid, Jld 1/186-187):
a. Ia menjadi lebih baik dari sebelumnya (sebelum taubat)
b. sentiasa rasa takut pada Allah SWT (Fussyilat: 30)
c. Hati rasa luluh dan hancur (kerana dosa yg telah dilakukan (atTawbah: 110)
d. Ia melahirkan suatu perasaan yg sukar digambarkan di atas kertas.

Hujjatul Islam alGhazali, Ihya' Jld 4/3-4:
Tiga rukun suksesnya taubat:
a. Ada ilmu/makrifat: dia mengetahui dosa yg dilakukannya dan beratnya dosa itu di sisi Allah SWT (ali Imran: 135)
b. Timbulnya sifat penyesalan (HR Ibn Majah, Ibn Hibban, alHakim dari Ibn Mas'ood ra,, (sabda)" Sesal itu Tawbat."
c. Di susuli dgn metod atau amal
* istighfar
** ubah persekitaran dan diri
*** susuli kejahatan lalu dgn kebaikan
alangkah baiknya anda sendiri memiliki kitab2 yg kita sebutkan itu. WA