Assalamualaikum:
Saya ingin kemukakan soalan. Adakah Hadith Sahih yg mana menceritakan bahawa Nabi saw. halang saidina Ali dari berkahwin poligami, kecuali dengan syarat diceraikan dulu isterinya Siti Fatimah.
Saya dapat maklumat ini dari Kenyataan akhbar Sisters in Islam Malaysia berkaitan isu Monogami. Saya paste kan petikan sebahagian nya:
1. Kami percaya bahawa amalan monogomi mengikut kehendak hukum syarak.
2. Kami percaya bahawa poligami dibenarkan hanya dalam keadaan tertentu sahaja.
3. Kami percaya bahawa monogami adalah bentuk perkahwinan paling sempurna dalam Islam. Surah an-Nisa' 4: 3 menyatakan: "jika kamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja."
4. Kami tidak menuntut supaya poligami diharamkan.
5. Kami meminta supaya wanita yang tidak sanggup hidup berpoligami diberi pilihan untuk menuntut cerai ta’liq. Dalam sebuah hadith sahih, Nabi Muhammad s.a.w. tidak membenarkan menantunya Ali ibn Abi Talib (r.a.) berkahwin dengan perempuan lain kecuali jika Ali menceraikan puteri Rasullulah (s.a.w.), Fatimah. Cicit Rasullulah (s.a.w) Sakinah binti Hussain, cucu kepada Ali dan Fatimah, meletakkan berbagai syarat dalam perjanjian perkahwinannya, termasuklah syarat bahawa suaminya tidak boleh berkahwin lain selagi masih berkahwin dengannya.
Minta penjelasan mengenai fakta nombor 5 khasnya. Ini penting kerana mereka buat kenyataan akhbar dan fakta ini disiarkan. Kalau benar Hadith tersebut wujud, adakah memang itu tafsiran yang tepat.
Maklumat laman web mereka disertakan di sini:
http://www.sistersinislam.org.my/
Terima kasih
:mad: puas tunggu jawapan ustaz2 kite
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ - 2402 : POLIGAMI & RESPON TERHADAP SISTERS IN ISLAM
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Mohdzin . Saya memohon maaf drp saudara dan juga saudara Blaze di atas kelewatan saya menjawab soalan yang ditimbulkan itu . Dan alhamdulillah berikut ini adalah jawapan saya setelah " bercuti " semenjak tercetusnya Perang Teluk ke-II .
Isu dan topik POLIGAMI kembali " panas " . Sama ada ia dipanaskan oleh para politikus ataupun oleh mereka yang seolah-olah tidak suka ia dilaksanakannya ataupun mereka yang memang benci dan meluat terhadap poligami .
Sebelum jawapan dan respon saya berikan terhadap permasalahan yang ditimbulkan , marilah kita sama-sama meneliti terlebih dahulu beberapa permasalahan berikut .
1 - Baginda Rasulullah s.a.w sekalipun adalah manusia biasa . Akan tetapi ini tidaklah bermakna kita mesti melupai segala kelebihan Baginda s.a.w selaku makhluk yang paling dicintai Allah Ta'ala , selaku seorang nabi dan rasul dan selaku seorang yang diberi wahyu ilahi .
2 - Para penentang Islam sama ada drp kalangan Orientalis ( Orang-orang Barat yang mengkhusukan pengajian dan pengkajian mereka mengenai Dunia Timur , khasnya yang berkaitan dengan Islam dan umatnya ) , drp kalangan Sekularis dan hatta drp kalangan umat Islam yang termakan "racun" mereka yang disuap dan dihidang memandang kepada Baginda Rasulullah s.a.w dengan pandangan biasa sahaja . Bagi mereka , tiada beza di antara kita dengan Baginda Rasulullah s.a.w melainkan kehebatan dan ketokohan Baginda s.a.w di dalam kepimpinan .
Kepimpinan yang mereka fahami ini pula disempitkan pula skopnya oleh golongan-golongan ini lalu mereka pun " berfatwa " seperti :
" Baginda Rasulullah s.a.w hanyalah pemimpin untuk Bangsa Arab di zamannya " .
" Baginda Rasulullah s.a.w adalah manusia biasa macam kita , boleh dipuji dan boleh dikritik " .
Maka , bagi mereka yang " berpenyakit kronik " ini , Baginda Rasulullah s.a.w tidak lebih melainkan seperti Hitler, Ghandi , Napoleon Banorparte dan lain-lain tokoh besar dunia .
Tidak syak lagi iktiqad ( kepercayaan ) seperti ini adalah satu kepercayaan yang menjadi asas kesesatan dan kegelinciran seseorang di dalam memahami Islam dan Rasulnya s.a.w .
3 - Baginda Rasulullah s.a.w sama sekali tidak akan melakukan sesuatu perkara yang sia-sia , yang tidak berfaedah , yang memudharatkan dan segala perkara yang tidak sesuai dengan kedudukan Baginda s.a.w sebagai seorang Rasul Teragung dan Makhluk Termulia di sisi Allah Ta'ala .
Segala tindak-tanduk Baginda s.a.w adalah dibimbing oleh wahyu Ilahi . Sila pelajari ayat 3-4 drp Surah an-Najm .
Lantaran itu sudah tentulah juga perbuatan Baginda Rasulullah s.a.w seperti berkahwin secara poligami itu bukanlah satu perkara yang sepatutnya dikritik ataupun dipandang serong .
Dan sekaligus perbuatan Baginda Rasulullah s.a.w berkahwin lebih daripada seorang itu bukanlah disebabkan " gila seks " sbg mana dakwaan Orientalis keparat , malah perbuatan itu adalah sebagai satu pengabdian dan perlaksanaan terhadap perintah Allah Ta'ala ke atas diri Baginda Rasulullah s.a.w .
4 - Kaum Musyrikin Quraisy di Mekkah , sekalipun mereka sangat memusuhi Baginda Rasulullah s.a.w , mereka tidak pernah pun menuduh Baginda Rasulullah s.a.w berpoligami kerana " gila seks " kerana kaum Quraisy itu lebih kenal keperibadian yang terlalu mulia yang dimiliki oleh seorang yang bernama Muhammad Bin 'Abdullah Bin 'Abdul Muttolib s.a.w .
Bagaimana mungkin kaum Quraisy itu menuduh Baginda Rasulullah s.a.w walhal merekalah yang memberikan anugerah dan gelaran " AL - AMIN " ( Orang yang boleh dipercayai ) kepada diri Baginda Rasulullah s.a.w !? .
Dan ternyata , Orientalis dan kaum-kaum yang " sekepala " dengannya lebih jahat drp puak Musyrikin Quraisy itu ! .
****************************************
Berikut adalah respon saya terhadap kenyataan Sisters In Islam ( SII ) di atas .
Kata SII :
1. Kami percaya bahawa amalan monogomi mengikut kehendak hukum syarak.
Respon saya :
Ya , bukan amalan monogami sahaja yang mengikuti kehendak hukum syarak , malah amalan poligami juga adalah berdasarkan dan menepati kehendak hukum syarak .
Yang lebih jelas ia , amalan zina dan menyimpan " perempuan simpanan " adalah penyimpangan drp kehendak hukum syarak dan ia merupakan satu jenayah dan maksiat besar menurut pandangan Islam.
Kalau ada orang Islam yang menyalah-gunakan poligami , maka itu bukanlah alasan untuk ditentang amalan poligami .
Samalah jika ada orang yang menyalah-gunakan dadah , adakah ini menuntut agar kita menutup setiap hospital / klinik yang menggunakan dadah di dalam kaedah rawatan dan perubatan mereka ( allophaty ) ? .
Wajarkah bersikap sedemikian ? .
" Jangan disebabkan marahkan nyamuk , kelambu pula dibakar " .
****************************************
Kata SII lagi :
2. Kami percaya bahawa poligami dibenarkan hanya dalam keadaan tertentu sahaja.
Respon saya :
Apakah maksud " dalam keadaan tertentu sahaja " yang dikehendaki oleh SII , adakah ia bermakna " situasi " tertentu sahaja ??? .
Jika YA , maka sila jelaskan apakah situasi yang dibenarkan seseorang lelaki muslim itu berpoligami .
Atau , adakah SII bermaksud " dalam keadaan tertentu sahaja " iaitu hanya di dalam keadaan peperangan sahaja ? .
Jika YA dan ini maksud yang dikehendaki oleh SII , maka ini adalah satu kesilapan besar . Silalah kemukakan hujah-hujah ilmiah drp mana-mana cendekiawan Islam yang muktabar , khasnya drp kalangan salafus-solihin r.a yang MENGKHUSUSKAN sebab dan keadaan ini ( perang ) semata-mata ! .
Atau , adakah SII bermaksud " dalam keadaan tertentu sahaja " ialah " dengan disyaratkan agar si suami itu adil " ? .
Kalau YA dan kalau itulah maksud SII , maka keadilan ini bukan sahaja tertakluk kepada mereka yang hendak berpoligami , bahkan bagi semua manusia dituntut agar melaksanakan keadilan hatta bagi suami yang bermonogami , bagi ayah yang mempunyai beberapa orang anak dan juga bagi seorang pemimpin .
Maka syarat " ADIL " ini tidaklah wajar dikhususkan bagi mereka yang hendak berpoligami sahaja lantaran keadilan itu adalah tuntutan asasi agama Islam dlm segenap sudut kehidupan ! .
Sebab-sebab mengapa poligami wajar dilaksanakan :
a - Peperangan ~ Sejarah membuktikan peperangan menyebabkan ramai lelaki terkorban dan meninggalkan ramai balu dan anak-anak perempuan mereka tanpa seorang penjaga yang boleh diharap . Lihatlah sahaja Perang Dunia ke-II yang mengorbankan 20 juta jiwa para lelaki ! .
b - Bertambahnya bilangan janda-janda dan balu-balu .
c - Apabila si isteri mandul walhal si suaminya sangat berharap adanya / ramainya zuriat yang bakal menyambung cita-citanya ataupun yang boleh menyambung nama dan keturunannya .
d - Apabila si isteri sudah tidak lagi boleh memberikan khidmatnya kepada suaminya - seperti menderita sakit ataupun monopose ataupun sudah tidak berdaya . Termasuk di dalam kategori ini ialah apabila si suami masih lagi ingin menunaikah kehendak syahwatnya secara mulia ( mengikut kehendak syarak ) walhal isterinya yang berada di sisinya tidak mampu pula untuk " melayan " kehendak suaminya itu . Ini demi menutup kemas pintu-pintu perzinaan .
e - Segala sebab di atas adalah sebagai contoh dan bukanlah bertujuan untuk menghadkan sebab-sebab yang mengharuskan / menggalakkan amalan poligami .
****************************************
Kata SII lagi :
3. Kami percaya bahawa monogami adalah bentuk perkahwinan paling sempurna dalam Islam. Surah an-Nisa' 4: 3 menyatakan: "jika kamu khuatir tidak akan berlaku adil, maka berkahwinlah satu sahaja."
Respon saya :
Firman Allah Ta'ala di dalam Surah an-Nisa' , ayat 3 , Juz ke-4 :
æóÅöäú ÎöÝúÊõãú ÃóáÇøó ÊõÞúÓöØõæÇú Ýöí ÇáúíóÊóÇãóì ÝóÇäßöÍõæÇú ãóÇ ØóÇÈó áóßõã ãøöäó ÇáäøöÓóÇÁ ãóËúäóì æóËõáÇóËó æóÑõÈóÇÚó ÝóÅöäú ÎöÝúÊõãú ÃóáÇøó ÊóÚúÏöáõæÇú ÝóæóÇÍöÏóÉð Ãóæú ãóÇ ãóáóßóÊú ÃóíúãóÇäõßõãú Ðóáößó ÃóÏúäóì ÃóáÇøó ÊóÚõæáõæÇú
Ertinya : " Dan jika kamu khuatir tidak dapat berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim itu ( apabila kamu ingin mengahwini mereka ) , maka nikahilah kamu dengan mana-mana wanita ( selain mereka ) yang baik bagi kamu sama ada dua orang , tiga orang ataupun empat . Maka , jika kamu khuatir yang kamu tidak dapat berlaku adil maka cukuplah seorang sahaja ( drp kalangan isteri ataupun hamba sahaya ) . Itulah lebih hampir kepada tidak kamu berlaku aniaya " .
Inilah ayat yang menjadi topik utama permasalahan yang ditimbulkan itu .
Kaedah asasi drp ayat di atas ialah : KEADILAN MESTILAH DITEGAKKAN .
Kaedah pecahan ( pengecualian drp kaedah asasi ) pula ialah : KHUATIR TIDAK DAPAT BERLAKU ADIL .
Perkataan : ( Åöä ) di dalam ayat di atas diterjemahkan ke dalam bahasa kita bererti : JIKA
Perkataan ini menurut kaedah tatabahasa Bahasa Arab menunjukkan apa-apa yang jarang- jarang berlaku .
Manakala jika digunakan perkataan ( óÅöÐóÇ ) : " APABILA " ( salah - satu huruf syarat ) , maka ia menunjukkan keadaan yang biasanya berlaku . Contohnya firman Allah Ta'ala di dalam ayat 7 , Surah al-Israk :
Åöäú ÃóÍúÓóäÊõãú ÃóÍúÓóäÊõãú áöÃóäÝõÓößõãú æóÅöäú ÃóÓóÃúÊõãú ÝóáóåóÇ ÝóÅöÐóÇ ÌóÇÁ æóÚúÏõ ÇáÂÎöÑóÉö áöíóÓõæÄõæÇú æõÌõæåóßõãú æóáöíóÏúÎõáõæÇú ÇáúãóÓúÌöÏó ßóãóÇ ÏóÎóáõæåõ Ãóæøóáó ãóÑøóÉò æóáöíõÊóÈøöÑõæÇú ãóÇ ÚóáóæúÇú ÊóÊúÈöíÑðÇ
" Ertinya : Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat, maka (kejahatan) itu bagi dirimu sendiri, dan [b]APABILA datang saat hukuman bagi (kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk menyuramkan muka-muka kamu dan mereka masuk ke dalam mesjid, sebagaimana musuh-musuhmu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai ". [/b]
Oleh itu ( sbg mana yang telah dijelaskan juga di atas ) syarat MESTI BERLAKU ADIL bukanlah syarat mutlaq ( semata-mata ) bagi perkahwinan poligami sahaja , malahan KEADILAN itu sendiri mestilah ditegakkan di dalam segenap aspek kehidupan .
Dan jika SII yakin bahawa monogami adalah bentuk perkahwinan yang paling sempurna , maka kami pula yakin bahawa perkahwinan ( sama ada dlm bentuk monogami ataupun poligami ) yang berdasarkan keadilan dan saling bertimbang-rasa dan saling amanah adalah bentuk perkahwinan yang paling sempurna lagi paling utama ! .
Kalau bermonogami sekalipun tanpa berdasarkan keadilan yang dituntut oleh Islam , maka tiada ertinya juga walhal ketidak-adilan ( kezaliman ) wajib ditentang di dalam segenap aspek kehidupan !!! .
****************************************
Kata SII lagi :
4. Kami tidak menuntut supaya poligami diharamkan.
Respon saya pula :
Alhamdulillah lah kalau benar begitu . Tapi nampaknya kempen dan kenyataan yang dikeluarkan oleh SII selama ni nampaknya seolah-olah mahu menentang amalan poligami ! .
Adakah SII mahu meneruskan agenda Harakah Tahrir Mar'ah ( Gerakan Pembebasan Wanita / Women Liberation ) yang menjadi " lidah penyambung " Yahudi , Kristian dan Sekularisme !? .
Kalau SII benar-benar tidak menuntut agar poligami diharamkan , maka silalah tuntut drp Kerajaan Malaysia agar mengharamkan apa yang telah jelas diharamkan oleh Islam seperti amalan perzinaan , lesen kebenaran membuka rumah-rumah pelacuran dan menyimpan " wanita simpanan " . Amalan ini terang-terang menjatuhkan status kaum hawa .
Gesaan ini agar SII lebih kelihatan benar-benar ikhlas di dalam memperjuangkan nasib kaum Hawa dan bukannya sebagai salah-satu wadah penyambung lidah-lidah para penentang Islam ! .
[b] ****************************************
Kata SII lagi :
5 - Dalam sebuah hadith sahih, Nabi Muhammad s.a.w. tidak membenarkan menantunya Ali ibn Abi Talib (r.a.) berkahwin dengan perempuan lain kecuali jika Ali menceraikan puteri Rasullulah (s.a.w.), Fatimah. Cicit Rasullulah (s.a.w) Sakinah binti Hussain, cucu kepada Ali dan Fatimah, meletakkan berbagai syarat dalam perjanjian perkahwinannya, termasuklah syarat bahawa suaminya tidak boleh berkahwin lain selagi masih berkahwin dengannya.
Respon kami :
Alangkah baiknya jika SII dapat membawakan hadis yang dinyatakan di atas ataupun disebut secara jelas sumber hadis / sirah tersebut .
Tapi kami yakin , SII tidak mampu untuk memeriksa kitab-kitab hadis sendiri , apatah lagi kitab-kitab hadis yang diwarisi oleh umat Islam zaman berzaman .
Kami juga yakin bukan itu sahaja , malahan SII juga sebenarnya tidak mampu memahami kehendak dan uslub ( metode ) Bahasa Arab dengan baik walaupun belajar drp Astora Jabat ! .
Dan bukan itu sahaja , malahan kami juga yakin yang SII pun tidak mampu untuk memahami dengan baik kehendak-kehendak Islam lantaran kedangkalan ilmu-ilmu yang boleh "mencerahkan hati seseorang Islam" itu terhadap tuntutan-tuntutan agama Islam .
Namun kami tetap akan memberikan respon kami terhadap masalah ke-5 di atas .
"TIDAK MEMBENARKAN " di dalam kisah di antara Baginda Rasulullah s.a.w - Saidina Ali r.a bukanlah bermaksud HARAM , tetap ia bermaksud satu harapan drp Baginda Rasulullah s.a.w sbg seorang bapa mertua terhadap menantunya .
Maknanya , permintaan Baginda s.a.w ini adalah permintaan sebagai seorang bapa mertua yang terlalu sayangkan anaknya yang dikahwini oleh Saidina Ali r.a .
Ataupun , ia juga bermakna , ini ( agar Saidina Ali r.a hanya menikahi Saiyidah Fatimah az-Zahra' r.a ) adalah syarat yang tidak lazim .
Ataupun di dalam perkataan yang mudah difahami : Rasulullah s.a.w sama sekali TIDAKLAH MENGHARAMKAN Saidina Ali r.a berpoligami .
Tidak mungkin sama-sekali Baginda Rasulullah s.a.w mengharamkan poligami bagi Saidina Ali r.a ataupun menikahi mana-mana wanita selain isterinya yang sedia ada di sisinya ( Saiyidah Fatimah r.a ) kerana selepas kewafatan Saiyidah Fatimah r.a , Saidina Ali r.a telah pun menikahi seorang wanita yang drp kabilah al-Hanafiah sehingga lahirlah seorang lagi zuriat baginya yang bernama " Muhammad " selain daripada zuriat yang telah dimiliki oleh Saidina Ali r.a ( iaitu Saidina Hasan r.a dan Saidina Hussein r.a ~ hasil perkongsian hidupnya dengan Saiyidah Fatimah r.a ) .
Permintaan Baginda Rasulullah s.a.w di atas juga BUKANLAH KHUSUS untuk Saidina Ali r.a sahaja , malahan Baginda Rasulullah s.a.w juga pernah meminta drp menantunya iaitu Saidina 'Utsman Bin al-'Affan r.a agar tidak "menduakan" Saiyidah Zainab r.a ( puteri Baginda Rasulullah s.a.w ) ketika beliau r.a masih hidup .
Selepas kewafatan Saiyidah Zainab r.a , Baginda Rasulullah s.a.w mengahwinkan pula puterinya seorang lagi iaitu Saiyidah Ruqayyah r.a dengan Saidina 'Ustman r.a . Dan Saidina 'Utsman r.a tetap tidak " menduakan " Saiyidah Ruqayyah r.a sehinggalah beliau r.a menemui Allah 'Azza Wa Jalla .
Selepas kematian kedua-dua puteri kesayangan Baginda Rasulullah s.a.w itulah Saidina 'Ustman r.a menikahi wanita-wanita lain demi menyelamatkan mereka drp berbagai tribulasi kehidupan .
Inilah bukti bahawa permintaan Baginda Rasulullah s.a.w di atas TIDAKLAH BERMAKSUD HARAM SECARA MUTLAQ .
Silalah perlajari Sirah Baginda Rasulullah s.a.w dan Sejarah Para Khulafa' ar-Rasyidin dan Para Sahabat r.a drp sumber-sumber yang boleh dipercayai ! .
Namun perlu juga kita fahami apabila ditimbulkan masalah Kami meminta supaya wanita yang tidak sanggup hidup berpoligami diberi pilihan untuk menuntut cerai ta’liq oleh SII maka ini bergantung kepada isi kontrak ( aqad ) nikah di antara seseorang suami dengan isterinya .
Jika si isteri ( bakal isteri ) telah meletakkan syarat ( di dalam aqad nikah ) bahawa dia tidak rela "dimadukan" , maka aqad ini adalah sah kerana aqad ini adalah satu kontrak di antara kedua-dua pemegangnya iaitu si suami dan si isteri .
Samalah sekiranya si isteri meletakkan syarat di dalam aqad nikah itu bahawa si isteri mahukan sebuah kereta ataupun hanya rela "ditiduri" oleh suaminya selepas berkahwin 44 hari , maka jika si suami itu redha dengan syarat itu , maka sahlah aqad nikah itu . Ataupun dengan lain perkataan : " Di saat itu boleh mereka diijab-qabulkan sebagai sepasang suami-isteri yang sah " .
Tapi syarat ini TIDAKLAH SAMA SEKALI bermakna si suami MESTILAH mendapatkan keizinan si isteri jika si suami hendak berkahwin seorang lagi .
Peraturan yang mewajibkan si suami MESTILAH mendapatkan keizinan isteri untuk berpoligami adalah satu " PENCABULAN HAK ASASI SI SUAMI " dan ianya tidak terdapat di dalam mana-mana kitab Hadis , Fiqh ataupun Perundangan Islam .
Ia adalah satu bid'ah dholalah daripada golongan yang takut kepada bini ( queen control ) ataupun golongan wanita yang tidak mendapat bimbingan agama secukupnya ! .
Si suami sebagai ketua rumah-tangga dan sebagai orang pertama yang akan disoal oleh Allah Ta'ala mengenai urusan rumah-tangganya . Maka apa gunanya si suami ini dipanggil KETUA rumah-tangga jika dia MESTI dapatkan keizinan drp isterinya untuk berpoligami !? .
Si Suami dituntut dan dianjurkan agar memaklumkan hati si isterinya jika dia hendak berpoligami , tetapi ini tidaklah bermaksud MESTI ataupun WAJIB .
"Memaklumkan " pula berbeza dengan " Mendapatkan Izin " . Silah memahaminya baik-baik !!! .
Baiklah jika si isteri itu tetap mahu diceraikan kerana tidak rela dimadukan , maka adakah SII sanggup menyara kehidupan semua isteri yang sebegini !? .
Dan kalau SII menentang poligami ( jika menentang ) , maka adakah SII sanggup memikul amanah menjaga dan mengurus semua wanita yang kematian para suami !? .
Bagaimana pula dengan janda-janda yang hidup di dalam kesusahan dan kemiskinan !? .
Bagaimana pula dengan andartu-andartu yang saban hari menunggu kedatangan seorang lelaki yang sudi " menyunting " diri mereka !? .
Adakah SII sanggup membiarkan semua golongan ini " bergayut " di tengkuk-tengkuk setiap ahli SII asalkan tidak berpoligami !? .
Janganlah disebabkan keegoan anda , menyebabkan ramai lagi wanita terus teraniaya dan susah apatah lagi nisbah wanita berbanding lelaki sekarang ialah 9 : 1 .
Apakah SII masih belum faham-faham lagi akan kelebihan poligami yang tunjukkan oleh ajaran Islam yang suci-murni ini !? .
Saya sarankan agar sidang pengunjung al-Ahkam Online dan pihak SII dapat melanjutkan lagi pengetahuan mengenai masalah ini , sama ada dengan SEARCH jawapan-jawapan al-Fadhil Ust thtl mengenai POLIGAMI . Ataupun dengan membaca artikel al-Fadhil Ust Asri Zainul Abidin di dalam Ruangan Artikel . http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=ust_asri&Number=11612
Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä
****************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1 - AL-ISTISYRAQ BAINAL HAQIQAH WAT TADHLIL
( Orientalisme : Di Antara Kebenaran & Kesesatan ) ~ Teks Pengajian Fak. Usuluddin ( Aqidah & Falsafah ) , Al-Azhar Cawangan El-Mansoora
Oleh : al-'Allamah Dr. Ismail 'Ali Muhammad
Halaman : 153 - 182 .
Terbitan : Darul Kalimah Lin Nasyr Wat Tauzie' , El-Mansoora , Mesir ( 1998 )
2 - BUHUST FI at-TABSHIR WAL ILTISYRAQ
( Kajian Mengenai Kritianisasi & Oreintelalisme ) ~ Teks Fak. Usuluddin ( Bhg Tafsir & Hadis ) , Al-Azhar , Kaherah ( 2003 )
Oleh : al-'Allamah Hasan 'Abdul Rauf al-Badawi
Halaman : 71 - 95
3 - QATFU as-SAMAR MIN SIRAH KHAIRIL BASYAR S.A.W
( Memetik Buah Daripada Perjalanan Hidup Sebaik-Baik Manusia s.a.w ) ~ Teks Pengajian Fak. Usuluddin Universiti al-Azhar .
Oleh : Syaikhuna Dr. Sobri 'Atiah Hussein
Halaman : 176 - 177
Terbitan : Maktabah al-Iman , el-Mansoora , Mesir .
4 - FATHUL 'ALLAM FI SIRAH KHAIRIL ANAM
( Pembukaan Oleh Tuhan Yang Maha Mengetahui Mengenai Perjalanan Hidup Sebaik-Baik Makhluk )
Oleh : Syaikhuna Dr. Kamal 'Ali 'Ali Jamal ~ Teks Pengajian Fak. Usuluddin Universiti al-Azhar .
Halaman : 120 - 121 ( Bab Islam Saiyidah Raihanah r.a )
5 - AZWAJIN NABI S.A.W
( Isteri-Isteri Baginda s.a.w )
Oleh : al-'Allamah Prof. Dr. Musa Syahin Lasyin
Terbitan : Maktabah al-Ma'arif , Riyadh , Arab Saudi .
6 - TARAJUM NISA' BAIT an-NABI S.A.W
( Paparan Hidup Wanita-Wanita Yang Menghuni Rumah Baginda Nabi s.a.w )
Oleh : al-'Allamah Syekh Ibrahim Muhammad al-Jamal
Terbitan : Darul Qalam Lit Turast , Kaherah
7 - HAQAIQ al-ISLAM FI MUWAJAHAH SYUBHAT al-MUSYAKKIKIN
( Beberapa Kenyataan Sebenar Drp Ajaran Islam Untuk Menghadapi Keraguan-Keraguan Yang Ditimbulkan Oleh Golongan Yang Menimbulkan Keraguan-Keraguan ) .
Oleh : Para Pensyarah Pusat-Pusat Pengajian Islam di Mesir .
Halaman : 353 - 368
Terbitan : Kementerian Waqaf Rep. Arab Mesir .
8 - PADERI BERTANYA , PELAJAR ISLAM MENJAWAB
Oleh : Dr. Abdul Muta'al as-So'iedy
Terjemahan : Drs . M . Thalib
Halaman : 159 - 186
Terbitan : Pustaka Syuhada , K. Lumpur
9 - 20 MOST COMMON QUESTIONS ABOUT ISLAM
Oleh : al-'Allamah Dr. Zakir Naik
Halaman : 3-6
Terbitan : SABA Islamic Media
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
2 / Safar / 1424 H
4 / April / 2003 M
JUMAAT – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum