SJ-2440: Ahmadiah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2440: Ahmadiah

apa pendapat ustaz mengenai tareqat ahmadiah yang sangat popular di n sembilan,terutamanya mengenai dakwaan yang pengasasnya Sheikh Ahmad bin Idris menerima aurad secara sedar daripada Rasulullah saw.Minta sedikit ulasan mengenai hukum najis muhalazah,jika mengikut mahzab maliki,sesuatu benda apabila sudah berubah sifat akan berubah hukum sebagai contoh emulsifier e471 jika dari babi tidak jatuh hukum najis berat kerana sudah hilang segala sifat2 asal?

Re: SJ-2440: Ahmadiah

Jawab:

alAhkam telah menyatakan pendiriannya yg jelas terhadap Tasawwuf dan Tariqat secara umum dan sila lawati Archive kami baik di ruangan Diskusi atau Fiqh. Dari segi menghukum mana-mana organisasi yg belum jelas, Ahkam memilih utk tidak berbuat demikian kerana ia dalam bidangkuasa pejabat Mufti.

Naqsyabandi dan Ahmadiah adalah dua aliran tariqat tertua dan paling berpengaruh di Malaysia. Tokoh Naqsyabandi di Malaya ialah Tok Ku Paloh (meninggal 1917M) di Terengganu dan Ahmadiah pula berpengaruh di Kelantan (Tuan Tabal, meninggal 1891M) dan negeri Sembilan termasuk bekas Muftinya. Di Kelantan ia bertapak di Pondok Bukit Abal (TG Hj Daud, m. 1976M). Kajian lanjut:
Sayyid Naguib alAttas, Some Aspects of Sufism, ms 32; Disertasi phD oleh Hamdan Hassan, 1985, Universiti Malaya.

2. Emulsifier dari bahan yg haram
Benar, jika dari madzhab Maliki ialah dari Imam Abu Bakar Ibn Arabi, Ahkam alQur'an: 1/59. Dari madzhab Hanafi: alBada'iy alKasani:1/85; Hasyiah Ibn Abidin: 1/326; Fatawa alHindiyah: 1/45. WA