Abduh Sang Reformis

Primary tabs

Dr Ahmad Nabil Amir |Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)

Al-Ustaz al-Imam Muhammad Abduh digambarkan sebagai figur dakwah yang terkemuka di dunia Islam yang telah mencetuskan gagasan pembaharuan dan menzahirkan pengaruh yang monumental dalam pemikiran Islam moden. Perjuangan Abduh berteraskan kepada ide Pan Islamisme yang digagaskan oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani yang menyeru kepada kebebasan fikiran dan pemugaran ijtihad.

Jelas pengaruh Abduh dalam akar pemikiran HAMKA Usaha kebangkitan dan pemberdayaan massa ini diungkapkan oleh Al-Haj Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Hamka) sebagai aspirasi perubahan yang merangkul ide modernis yang inklusif “berdasar al-Qur’an dan al-Hadith”. Mereka yang biasa melazimi karya  Buya Hamka pasti merumuskan bahawa asas pemikiran Abduh tentang perjuangan dan kefahaman politik Islam dan cita-cita perjuangannya adalah demi membawa kepada harakah perubahan yang bersendikan agenda islah dan tajdid.

 Pengaruh Abduh dalam Gerakan Reformis

Sesungguhnya telah terserlah kekuatan fikrah dan idealisme Abduh yang tuntas sebagai politikus dan mufti ad-dayyar yang besar yang mengungkapkan ide pembaharuan dan keadilan dan menzahirkan upayanya untuk melonjakkan semangat pembaharuan Islam yang substantif. Pandangan yang diketengahkan Abduh dalam makalah pentingnya al-Risalah al-Waridah telah membawa perubahan yang radikal di al-Azhar dan menggerakkan pemikiran islah dan idealisme mazhab yang segar dan fiqh sunni yang seminal.

Abduh merupakan penerus kepada cita-cita perjuangan yang dilandaskan oleh gurunya, Sayyid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan al-Afghani di Mesir, Iran, Paris, dan Afghanistan telah dizahirkan dalam karya dan fatwa Abduh yang memperlihatkan aspirasinya untuk mengangkat martabat agama, aqal, dan sains. Ide pencerahan yang diilhamkannya telah membawa perubahan penting dalam kehidupan masyarakat dan memangkin kekuatan baru dalam sejarah sosio-budaya umat.

Kesan pemikiran Abduh telah memberikan pengaruh yang meluas dalam gerakan Islam sedunia. Pendiri Muhammadiyah, Ahmad Dahlan, sang pencerah yang membawa gerakan pembaharuan di Indonesia telah terkesan dengan pengaruh perjuangan Abduh di Mesir. Sayid Shaykh al-Hadi yang melontarkan pesan pembaharuan dan meniupkan mesej nahdah di Tanah Melayu juga terkesan dengan gagasan pan-Islamisme yang digerakkan oleh Abduh. Demikian juga rakan-rakannya yang digelar Kaum Muda seperti Shaykh Tahir Jalaluddin, Burhanuddin al-Helmi dan Pendeta Za’ba.

Sang Pencerah, KH Ahmad Dahlan antara yang terkesan dengan AbduhPelajar-pelajar Melayu dan Indonesia yang menuntut di Mesir di zaman kebangkitan ketika itu terpukau dengan watak dakwah dan cetusan ide Abduh yang menzahirkan hasrat pembaharuannya dengan lantang dan memplokamirkan gagasan dan cita-cita perjuangan yang jitu terhadap gerakan Islam.

Abduh telah merakamkan sumbangan yang bermakna dalam mengangkat dan menggerakkan kekuatan dan semangat perjuangan Islam di seluruh dunia. Hasil karyanya yang ditulis sejak akhir kurun ke 19 telah menzahirkan corak dakwah yang revolusioner dan mewarnai pemikiran dan pandangan Islam kontemporer.

Pengaruh dan dampak yang jelas daripada pemikiran Abduh dalam karya tafsir, diperlihatkan dalam penulisan kitab magnum opus The Message of The Qur’an oleh Muhammad Asad, seperti dinyatakannya: “Pembaca akan dapati banyak rujukan yang dibuat daripada pandangan Muhammad Abduh (1849-1905) di nota kaki. Pengaruh beliau dalam dunia moden Islam tidak mampu untuk dijelaskan sepenuhnya. Cukup untuk dinyatakan bahawa setiap aliran pemikiran Islam yang tumbuh di zaman moden adalah berakar daripada pengaruh yang bercambah dari tradisi pemikiran dan idealisme beliau, secara langsung atau tidak”.

Abduh Selaku Syaikh al-Azhar

Muhammad Abduh diangkat sebagai ulama’ dan Syaikh al-Azhar pada 1899. Ketika menerajui Azhar dan menjawat mufti besar di Mesir, beliau meneruskan ide pencerahannya dengan menerapkan rencana pembaharuan yang digagaskan oleh al-Afghani. Perjuangannya yang tak mengenal kalah telah menzahirkan perobahan yang revolusioner terhadap struktur dan kaedah pengajian di al-Azhar yang membangkitkan sentimen di kalangan pemuka Islam dan ulama orthodoks di Mesir.

Universiti al-Azhar, MesirAbduh merombak sistem persekolahan dan pengajaran dan memperkenalkan subjek humanis, falsafah, sejarah dan mewajibkan mata pelajaran sains di kulliyyah. Gerakan pemikiran yang dibawa dan diterapkan secara radikal ini telah merobah secara tuntas pendekatan ulama’ dalam memahami tafsir dan hadith dan mencetuskan kekuatan dan keyakinan baru terhadap kelompok muda. Asas yang dibentuk oleh Abduh ini telah berhasil melahir dan membangkitkan kader bagi merealisasi cita-cita Islamiyahnya.

Sayyid Muhammad Rasyid Rida, murid al-Ustaz al-Imam yang palling ulung telah menulis sebuah kitab yang sangat bermanfaat berjudul Tarikh al-Ustadh al-Imam Muhammad ‘Abduh. Kitab yang ditulis oleh Sayyid Rasyid Rida ini merupakan rujukan teks yang penting dan autoritatif yang mengetengahkan pandangan dan ketangkasan ide sang reformis, ketahanan daya juang dan tekad perjuangannya yang kental, dan menampilkan sosok dan sudut humanis Abduh yang terbaik, sebagaimana diungkapkannya dalam majalah al-Manar: “Sesungguhnya ini merupakan sebuah suara lantang yang ditulis di dalam bahasa Arab yang cukup jelas. Ia adalah seruan kebenaran daripada bangsa Arab yang akan menusuk ke telinga bangsa Timur. Ia terbit dari tempat yang tidak jauh sehingga dapat didengari oleh orang Timur dan Barat, dibawa angin lantas dinikmati pula oleh orang-orang Turki dan Parsi.”

Penampilan Abduh sebagai mufassir besar dizahirkan dalam bab pertama dengan perbincangan teks yang analitis dan terperinci dalam mengupas surah-surah awal. Kitab yang dihasilkan dalam dua jilid besar ini merakamkan dengan terperinci biografi Imam Muhammad Abduh dan memuatkan memoir dan catatan-catatan penting yang dihasilkannya sepanjang berkempen di Mesir. Ia turut mencantumkan intisari penting dan tema-tema besar pemikirannya yang diilhamkan daripada pengaruh al-Afghani dan melampirkan makalah ringkas yang ditulisnya tentang tafsir al-Qur’an yang pernah dimuatkan dalam akhbar al-Mu’ayyid dan al-Manar.

Aliran Rasionalisma Abduh

Rasyid Rida adalah murid Abduh yang akrab. Watak dan syakhsiah Abduh yang revolusioner telah meresap dalam fikrah, dan karakter tafsirnya. Tafsir al-Manar yang diklaim sebagai tafsir terbaik di abad ini adalah penyempurna kepada hasrat pembaharuan yang diasaskan oleh al-Afghani dan Abduh. Kekagumannya terhadap Abduh terpahat dalam karya dan analisis yang dikemukakannya tentang kepentingan perjuangan dan pemikiran Abduh, yang digelarnya sebagai “Hakim al-Islam”.

Tafsir al-ManarPengaruh Rasyid Rida juga terpahat dalam politik Mesir yang bergolak ketika itu. Rida dikenal sebagai reformis, moralis, idealis, arabis, faqih, filasuf, mufassir, muhaddith dan historis yang hebat dalam sejarah pemikiran dan harakah kebudayaan Arab dan Islam. Keunggulannya sebagai peneraju wacana sosial dan pemikiran Islam diiktiraf dengan penghasilan yang mantap dan substantif dalam penulisan hadith, sirah, tasawwuf, tafsir, dan fiqh al-mu‘asir.

Tafsir al-Manar yang dilakarkannya adalah sebuah hasil tulisan yang populis dan kontemporer yang meraikan manhaj tafsir bi’l mathur dan tafsir bi’l ma‘qul sebagai landasan dan pijakan teks yang ideal. Tafsirnya diperkukuh dengan hujah dan dalil yang mendasar dan telah menzahirkan pengaruh besar kepada masyarakat Islam yang mula mendukung pandangannya yang bebas dan rasional.

Kaedah tafsir ini yang bukan hanya berdasarkan sumber yang sahih tetapi juga aqal yang rasional telah dipertahankan dengan tuntas oleh Shaykh al-Azhar kemudiannya iaitu Shaykh Mustafa al-Maraghi yang kemudiannya turut mengarang tafsir kontemporari yang sangat menarik sebanyak sepuluh jilid yang dikenali sebagai Tafsir al-Maraghi.

Bersandarkan idealisme Abduh dalam mengketengahkan rasionalisma, Syaikh Mustafa al-Maraghi menyatakan dalam mukaddimah tafsirnya: “Maka dengan itu kami tidak mendatangkan riwayat-riwayat kecuali riwayat yang dapat diterima dan dibenarkan berdasar ilmu pengetahuan. Dan kami tidak melihat di sana hal-hal yang menyimpang daripada permasalahan agama yang tidak diperselisihkan oleh para ahli.”

“Menurut kami, yang demikian itu lebih selamat untuk menafsirkan kitabullah serta menarik hati orang-orang yang berkebudayaan ilmiah yang tidak mungkin puas kecuali dengan bukti-bukti dan dalil-dalil serta cahaya pengetahuan yang benar.”

Demikian juga dinyatakan oleh penulis Tafsir al-Azhar iaitu Buya Hamka yang menyebut: “Syeikh Muhammmad Abduh adalah orang yang mula-mula membuka fikiran baru. Tegasnya fahaman muda di Mesir. Di dalam bahasa Inggeris ditulis: “The first leader of modern thought in Egypt” (Perintis pemikiran moden di Mesir).

Gandingan tokoh Afghani - Abduh - RedhaPetujuk al-Manar

Rasyid Rida telah menghuraikan fikrah Abduh yang disampaikan dalam kuliahnya tentang faham mazhab dan fiqh Islam yang luas yang disandarkan kepada keterangan ayat, hadith dan hikmah syarak.  Dalam muqaddimah Tafsirnya, beliau mengungkapkan: “Ini adalah satu-satunya tafsir yang mencantumkan tafsir al-ma’thur (berdasarkan hadith) yang sahih dan tafsir al-ma‘qul (aqliah) yang sarih (jelas), yang menjelaskan hukum syarak, dan sunan (ketentuan) Allah pada insan, dan kenyataan al-Qur’an sebagai hidayah (petunjuk) untuk manusia di setiap tempat dan masa”.

Katanya lagi: “Dan ia menimbangkan antara hidayahnya dengan kondisi manusia pada waktu ini, dan sesungguhnya mereka telah membelakangkannya, dan keadaan kaum salaf (terdahulu) daripada mereka yang mendakap talinya dengan erat, dengan meraikan kemudahan pada ta‘birnya (ungkapan), dan menjauhi perbahasan yang berkait dengan peristilahan sains dan seni, dengan cara yang difahami oleh umum. Sesungguhnya dengan itu ia tidak dapat disingkirkan olehnya kaum yang khusus, dan inilah haluan yang diikuti olehnya ketika menyampaikan durusnya (pengajian) di (Jami‘) al-Azhar oleh Hakim al-Islam al-Ustadh al-Imam al-Shaykh Muhammad Abduh.”

Demikianlah ungkapan Sayyid Muhammad Rasyid Rida dalam Tafsir al-Qur’an al-Hakim al-mushtahar bi ism Tafsir al-Manar yang dicetak oleh Dar al-Manar; Kaherah pada tahun 1947 bersamaan dengan 1366 Hijriah.

Abduh Sang Reformis

Dr Ahmad Nabil Amir

Abduh Study Group, Islamic Renaissance Front (IRF)

Al-Ustaz al-Imam Muhammad Abduh digambarkan sebagai figur dakwah yang terkemuka di dunia Islam yang telah mencetuskan gagasan pembaharuan dan menzahirkan pengaruh yang monumental dalam pemikiran Islam moden. Perjuangan Abduh berteraskan kepada ide Pan Islamisme yang digagaskan oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani yang menyeru kepada kebebasan fikiran dan pemugaran ijtihad.

Usaha kebangkitan dan pemberdayaan massa ini diungkapkan oleh Al-Haj Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (Hamka) sebagai aspirasi perubahan yang merangkul ide modernis yang inklusif “berdasar al-Qur’an dan al-Hadith”. Mereka yang biasa melazimi karya  Buya Hamka pasti merumuskan bahawa asas pemikiran Abduh tentang perjuangan dan kefahaman politik Islam dan cita-cita perjuangannya adalah demi membawa kepada harakah perubahan yang bersendikan agenda islah dan tajdid.

Pengaruh Abduh dalam Gerakan Reformis

Sesungguhnya telah terserlah kekuatan fikrah dan idealisme Abduh yang tuntas sebagai politikus dan mufti ad-dayyar yang besar yang mengungkapkan ide pembaharuan dan keadilan dan menzahirkan upayanya untuk melonjakkan semangat pembaharuan Islam yang substantif. Pandangan yang diketengahkan Abduh dalam makalah pentingnya al-Risalah al-Waridah telah membawa perubahan yang radikal di al-Azhar dan menggerakkan pemikiran islah dan idealisme mazhab yang segar dan fiqh sunni yang seminal.

Abduh merupakan penerus kepada cita-cita perjuangan yang dilandaskan oleh gurunya, Sayyid Jamaluddin al-Afghani. Perjuangan al-Afghani di Mesir, Iran, Paris, dan Afghanistan telah dizahirkan dalam karya dan fatwa Abduh yang memperlihatkan aspirasinya untuk mengangkat martabat agama, aqal, dan sains. Ide pencerahan yang diilhamkannya telah membawa perubahan penting dalam kehidupan masyarakat dan memangkin kekuatan baru dalam sejarah sosio-budaya umat.

Kesan pemikiran Abduh telah memberikan pengaruh yang meluas dalam gerakan Islam sedunia. Pendiri Muhammadiyah, Ahmad Dahlan, sang pencerah yang membawa gerakan pembaharuan di Indonesia telah terkesan dengan pengaruh perjuangan Abduh di Mesir. Sayid Shaykh al-Hadi yang melontarkan pesan pembaharuan dan meniupkan mesej nahdah di Tanah Melayu juga terkesan dengan gagasan pan-Islamisme yang digerakkan oleh Abduh. Demikian juga rakan-rakannya yang digelar Kaum Muda seperti Shaykh Tahir Jalaluddin, Burhanuddin al-Helmi dan Pendeta Za’ba.

Pelajar-pelajar Melayu dan Indonesia yang menuntut di Mesir di zaman kebangkitan ketika itu terpukau dengan watak dakwah dan cetusan ide Abduh yang menzahirkan hasrat pembaharuannya dengan lantang dan memplokamirkan gagasan dan cita-cita perjuangan yang jitu terhadap gerakan Islam.

Abduh telah merakamkan sumbangan yang bermakna dalam mengangkat dan menggerakkan kekuatan dan semangat perjuangan Islam di seluruh dunia. Hasil karyanya yang ditulis sejak akhir kurun ke 19 telah menzahirkan corak dakwah yang revolusioner dan mewarnai pemikiran dan pandangan Islam kontemporer. 

Pengaruh dan dampak yang jelas daripada pemikiran Abduh dalam karya tafsir, diperlihatkan dalam penulisan kitab magnum opus The Message of The Qur’an oleh Muhammad Asad, seperti dinyatakannya: “Pembaca akan dapati banyak rujukan yang dibuat daripada pandangan Muhammad Abduh (1849-1905) di nota kaki. Pengaruh beliau dalam dunia moden Islam tidak mampu untuk dijelaskan sepenuhnya. Cukup untuk dinyatakan bahawa setiap aliran pemikiran Islam yang tumbuh di zaman moden adalah berakar daripada pengaruh yang bercambah dari tradisi pemikiran dan idealisme beliau, secara langsung atau tidak”.

Abduh Selaku Syaikh al-Azhar

Muhammad Abduh diangkat sebagai ulama’ dan Syaikh al-Azhar pada 1899. Ketika menerajui Azhar dan menjawat mufti besar di Mesir, beliau meneruskan ide pencerahannya dengan menerapkan rencana pembaharuan yang digagaskan oleh al-Afghani. Perjuangannya yang tak mengenal kalah telah menzahirkan perobahan yang revolusioner terhadap struktur dan kaedah pengajian di al-Azhar yang membangkitkan sentimen di kalangan pemuka Islam dan ulama orthodoks di Mesir.

Abduh merombak sistem persekolahan dan pengajaran dan memperkenalkan subjek humanis, falsafah, sejarah dan mewajibkan mata pelajaran sains di kulliyyah. Gerakan pemikiran yang dibawa dan diterapkan secara radikal ini telah merobah secara tuntas pendekatan ulama’ dalam memahami tafsir dan hadith dan mencetuskan kekuatan dan keyakinan baru terhadap kelompok muda. Asas yang dibentuk oleh Abduh ini telah berhasil melahir dan membangkitkan kader bagi merealisasi cita-cita Islamiyahnya.

Sayyid Muhammad Rasyid Rida, murid al-Ustaz al-Imam yang palling ulung telah menulis sebuah kitab yang sangat bermanfaat berjudul Tarikh al-Ustadh al-Imam Muhammad ‘Abduh. Kitab yang ditulis oleh Sayyid Rasyid Rida ini merupakan rujukan teks yang penting dan autoritatif yang mengetengahkan pandangan dan ketangkasan ide sang reformis, ketahanan daya juang dan tekad perjuangannya yang kental, dan menampilkan sosok dan sudut humanis Abduh yang terbaik, sebagaimana diungkapkannya dalam majalah al-Manar: “Sesungguhnya ini merupakan sebuah suara lantang yang ditulis di dalam bahasa Arab yang cukup jelas. Ia adalah seruan kebenaran daripada bangsa Arab yang akan menusuk ke telinga bangsa Timur. Ia terbit dari tempat yang tidak jauh sehingga dapat didengari oleh orang Timur dan Barat, dibawa angin lantas dinikmati pula oleh orang-orang Turki dan Parsi.”

Penampilan Abduh sebagai mufassir besar dizahirkan dalam bab pertama dengan perbincangan teks yang analitis dan terperinci dalam mengupas surah-surah awal. Kitab yang dihasilkan dalam dua jilid besar ini merakamkan dengan terperinci biografi Imam Muhammad Abduh dan memuatkan memoir dan catatan-catatan penting yang dihasilkannya sepanjang berkempen di Mesir. Ia turut mencantumkan intisari penting dan tema-tema besar pemikirannya yang diilhamkan daripada pengaruh al-Afghani dan melampirkan makalah ringkas yang ditulisnya tentang tafsir al-Qur’an yang pernah dimuatkan dalam akhbar al-Mu’ayyid dan al-Manar.

Aliran Rasionalisma Abduh

Rasyid Rida adalah murid Abduh yang akrab. Watak dan syakhsiah Abduh yang revolusioner telah meresap dalam fikrah, dan karakter tafsirnya. Tafsir al-Manar yang diklaim sebagai tafsir terbaik di abad ini adalah penyempurna kepada hasrat pembaharuan yang diasaskan oleh al-Afghani dan Abduh. Kekagumannya terhadap Abduh terpahat dalam karya dan analisis yang dikemukakannya tentang kepentingan perjuangan dan pemikiran Abduh, yang digelarnya sebagai “Hakim al-Islam”.

Pengaruh Rasyid Rida juga terpahat dalam politik Mesir yang bergolak ketika itu. Rida dikenal sebagai reformis, moralis, idealis, arabis, faqih, filasuf, mufassir, muhaddith dan historis yang hebat dalam sejarah pemikiran dan harakah kebudayaan Arab dan Islam. Keunggulannya sebagai peneraju wacana sosial dan pemikiran Islam diiktiraf dengan penghasilan yang mantap dan substantif dalam penulisan hadith, sirah, tasawwuf, tafsir, dan fiqh al-mu‘asir.

Tafsir al-Manar yang dilakarkannya adalah sebuah hasil tulisan yang populis dan kontemporer yang meraikan manhaj tafsir bi’l mathur dan tafsir bi’l ma‘qul sebagai landasan dan pijakan teks yang ideal. Tafsirnya diperkukuh dengan hujah dan dalil yang mendasar dan telah menzahirkan pengaruh besar kepada masyarakat Islam yang mula mendukung pandangannya yang bebas dan rasional.

Kaedah tafsir ini yang bukan hanya berdasarkan sumber yang sahih tetapi juga aqal yang rasional telah dipertahankan dengan tuntas oleh Shaykh al-Azhar kemudiannya iaitu Shaykh Mustafa al-Maraghi yang kemudiannya turut mengarang tafsir kontemporari yang sangat menarik sebanyak sepuluh jilid yang dikenali sebagai Tafsir al-Maraghi.

Bersandarkan idealisme Abduh dalam mengketengahkan rasionalisma, Syaikh Mustafa al-Maraghi menyatakan dalam mukaddimah tafsirnya: “Maka dengan itu kami tidak mendatangkan riwayat-riwayat kecuali riwayat yang dapat diterima dan dibenarkan berdasar ilmu pengetahuan. Dan kami tidak melihat di sana hal-hal yang menyimpang daripada permasalahan agama yang tidak diperselisihkan oleh para ahli.”

“Menurut kami, yang demikian itu lebih selamat untuk menafsirkan kitabullah serta menarik hati orang-orang yang berkebudayaan ilmiah yang tidak mungkin puas kecuali dengan bukti-bukti dan dalil-dalil serta cahaya pengetahuan yang benar.”

Demikian juga dinyatakan oleh penulis Tafsir al-Azhar iaitu Buya Hamka yang menyebut: “Syeikh Muhammmad Abduh adalah orang yang mula-mula membuka fikiran baru. Tegasnya fahaman muda di Mesir. Di dalam bahasa Inggeris ditulis: “The first leader of modern thought in Egypt” (Perintis pemikiran moden di Mesir).

Petujuk al-Manar