Apakah kaitan selawat dengan sambutan Maulidur Rasul?

Ada seorang rakan bertanya, " Kenapa kita perlu berselawat ketika mengadakan perarakan sambutan Maulidur Rasul? ". Tergaru-garu juga kepala nak menjawab sebab di akhir soalan beliau menambah "Bukankah selawat dibaca ketika menyambut kedatangan Nabi S.A.W  apabila sampai dari Mekah ke Madinah ketika hijrah? Apa kaitannya dengan kelahiran Nabi?.

 


Sebagai seorang yang sangat kurang mendalami sirah, maka saya meminta sedikit masa untuk mencari jawapannya. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Berikut adalah linknya http://www.islamtoday.net/salman/quesshow-23-202346.htm

Terjemahannya lebih kurang begini.

Soalan: 

Terdapat orang yang mengatakan bahawa nasyid (طلع البدر علينا من ثنيات الوداع) adalah sumber yang tidak soheh. Ianya tidak pernah dibaca oleh para sahabat kepada Nabi S.A.W. Apa pandangan tuan?

Jawapan:

Para sahabat membaca nasyid yang terkenal ini  ketika menyambut kedatangan Baginda S.A.W :

 طَـلَعَ البدرُ علَيْنَا      مِنْ ثَنِيَّاتِ الوَداعْ

وَجَبَ الشُّكرُ علينَا     مَا دعَـا للهِ دَاعْ

Cuma persoalannya, adakah ianya dibaca ketika menyambut kedatangan Baginda dari Tabuk atau dari Mekah ketika hijrah. Di dalam hal ini, Ibn Qaiyyim menukilkan bahawa ianya dibacakan ketika Baginda pulang dari Tabuk. Ini kerana ثنياتِ الوداع (nama tempat) adalah dari arah Tabuk, bukan dari arah Madinah.