contoh perbezaan penilaian darjat hadis (mutaqaddimun vs mutaakhirun)

Primary tabs

Tulisan ini adalah sebagai menyokong terhadap perbincangan article ust alitantawi berkenaan manhaj mutaqaddimun dalam kajian hadis:

http://www.al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=15595

 

HADIS MAKAN & MINUM BERDIRI:

(satu perbandingan penilaian Mutaqaddimun dan Mutaakhirun)

izinkan ana mencelah..lagi contoh yg ana rasa sesuai ialah hadis makan dan minum berdiri iaitu hadis yg ditanya kepada al-Muhaddith Sulaiman bin Nasir al-Ulwan, apabila disemak hadis ini:

 

matan:

كنا نأكل على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم ونحن نمشي ونشرب ونحن قيام

(kami biasa makan pada masa Rasulullah SAW hidup dan kami berjalan, kami minum dan kami berdiri)

takhrij ringkas:

Tirmizi (no.1880), Ibn Majah (no.3301), Ibn Hibban (no. 5243,5322,5325), Ahmad (no. 4765,4833,5874), Darimi (no. 2125), Musnad Ibn Abi Syaibah (no. 24115,24118), al-Baihaqi dlm Syuab al-Iman (no. 5988), Syarah Mani Athar (no. 6351,6352), Abd bin Hmid (no. 785), Ibn al-Jarud (no. 867)

sanad (ana cerita secara ringkas): Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Umar (Sahabi) kepada dua perawi yg lain iaitu:

1) Nafi

2) Yazid bin Utharid (Abu Bazari) …jalan periwayatan daripada Yazid tertolak krn Yazid MAJHUL sebagaimana kata az-Zahabi dalam Tahzib al-Kamal dan dalam Tahrir Taqrib Tahzib juga Yazid dinilai sebagai MAJHUL

Yang menjadi persoalan ialah jalan periwayatan Nafi iaitu:                                            Daripada Nafi kepada Ubaidullah ibn Umar kepada Hasf bin Ghiyath kepada Abd. Bin Muhd bin Abi Syaibah kepada Ayah (kpd Abdullah) kepada Abdullah…jika diperhatikan dari segi zahir sanad hadis ini ianya sahih, dan ini menyebabkan sesetengah ulama hadis mutaakhirun menSAHIHkannya/atau menilainya Jayyid seperti:

 

Penilaian Mutaakhirun:

1) al-Alamah Muhammad Nasiruddin al-Albani (rahimahullah) menilainya Sahih dalam tahqiq Sunan Tirmizi (no. 1880) dan tahqiq Sunan Ibn Majah (no. 3301)

2) Husin Salim Asad menilai sanad ini sebagai Jayyid dalam tahqiq Sunan Darimi (no. 2125)

3) al-Alamah Syuaib al-Arnaouth (hafizahullah) turut menilainya Sahih dalam tahqiq Sahih Ibn Hibban (no. 5322, 5325) akan tetapi beliau kemuadiannya menarik balik penilaian Sahih ini kepada Dhaif dalam tahqiqnya terhadap Musnad Ahmad (no. 4765,4833,5874) – al-Arnaouth menarik balik penilaian ini mungkin setelah beliau mengetahui penilaian mutaqaddimun mungkin-

Chart jalur periwayatan secara ringkas:

Nabi SAW

Ibn Umar --->Yazid bin Utharid [Abu Bazari] (Majhul)--->Imran bin Hudayr

Nafi ---> Ubaidullah--->Hasf bin Ghiyath (Tsiqah)--->

Sekarang kita lihat penilaian Mutaqaddium pula terhadap jalur Hasf yg jika dilihat dari segi jarh wa tadil semuanya tiada masalah:

Penilaian Mutaqaddimun:

1) al-Bukhari : "haza hadis fi hi Nadzar- hadis ini cacat/dikritik"

2) Abu Hatim : "hadis ini tiada asalnya dgn sanad ini"

3) Yahya ibn Main: "tidak meriwayatkan seorangpun hadis ini kecuali Hasf dan aku tidak nampak kecuali Hasf telah melakukan kesilapan ketika meriwayatkannya, aku lihat dia telah mendengar hadis Imran bin Hudayr dan dia tertukar (tersilap) dengan yang ini "

 

Kesimpulan:

Dapat kita lihat daripada kata-kata Yahya ibn Main bahawa Hasf telah TERSILAP dalam meriwayatkan hadis ini, sepatutnya dari Yazid kepada Imran bin Hudayr akan tetapi Hasf TERSILAP meriwayatkannya dgn jalur Nafi yang sebenarnya TIDAK WUJUD seperti kata Abu Hatim "hadis ini tiada asalnya dgn sanad ini", dan kita dapat lihat al-Bukhari mengkritik berat hadis itu dgn kata "fi hi Nadzar", oleh itu sebenarnya jalur sanad ini DHAIF krn adanya Yazid yang Majhul dan jalur Nafi adalah TIDAK WUJUD dan merupakan KESILAPAN perawi bernama Hasf.

 

wassalam

Abu Ismail @ TC                                                                                                                                    15 April 2007