Fatwa perlukan 'Ilmu-ilmu Alat'

Primary tabs

Artikel oleh Datuk Zainul Rijal Abu Bakar Presiden Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia dalam Utusan 09 Feb 2012.

Petikan: Pemahaman sesuatu hukum dalam Islam itu bukan sekadar membaca dari teks-teks terjemahan semata-mata sebagaimana yang didakwa sesetengah golongan tertentu tetapi perlu diambil dari sumber asalnya berdasarkan 'ilmu-ilmu alat' yang tertentu.

Ia tidak semudah menukar pakaian. Pemahaman itu pula perlu dipandu oleh guru-guru yang mursyid dan tidak sekadar membaca terjemahan ataupun melalui internet sahaja.

Dalam konteks ini saya tidak bersetuju dengan pandangan seorang hakim di mahkamah sivil di dalam penghakimannya yang menyatakan undang-undang Islam tidak memerlukan pakar kerana terdapat cukup banyak buku-buku rujukan yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris yang boleh dijadikan rujukan.

Baca artikel penuh di bawah ini: