Mimpi Bertemu Rasulullah s.a.w. Siri 2

Daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Barangsiapa yang bermimpi melihatku maka sesungguhnya dia telah benar-benar melihatku.

Apa Maksud: Sesungguhnya Dia Telah Benar-benar Melihatku:

  • Pendapat 1: Memang benar-benar melihat zat atau diri Nabi s.a.w.
  • Pendapat 2: Bukan melihat zat sebenar Nabi s.a.w. tetapi dia melihat gambarannya.
  • Pendapat 3: Al-Qadhi Ibnul Arabi: Jika dia bermimpi melihat Nabi s.a.w. dengan sifat-sifat seperti yang ada dalam hadis-hadis yang sahih , maka dia telah melihat zat diri Nabi s.a.w. Jika tidak, maka dia telah melihat gambaran Nabi s.a.w. bukan zatnya.
  • Pendapat 4: Al-Imam al-Ghazali rhm: Melihatku bukan bermaksud melihat jisim dan tubuh zat Nabi s.a.w., tetapi hanya melihat gambarannya sahaja yang mana ia menjadi saluran untuk Baginda s.a.w. menyampaikan mesejnya.

{youtube}Kll8tqBEG78{/youtube}