SJ – 2184 : APABILA UBAN SUDAH MULAI MUNCUL

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2184 : APABILA UBAN SUDAH MULAI MUNCUL

Assalamualaikum w.b.

Ana ada sedikit kemusykilan…

Betulke uban ni petanda umur seseorang tu dah nak habis…? Kalau ya..bgmana pulak dengan yang uban jenis penyakit…di mana bebudak sek rendah pun kekadang tu ada yang adh beruban? Bukan apa…ana pernah dengar ada org cakap…yg benda ni ada dia punya dalil…. Betulke?

Wallahua’lam

Re: SJ – 2184 : APABILA UBAN SUDAH MULAI MUNCUL


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2184 : APABILA UBAN SUDAH MULAI MUNCUL

Alhamdulillah , segala puja-puji hanyalah untuk Allah Ta’ala ; Tuhan seru sekalian alam . Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w , isteri-isteri baginda , ahli keluarga baginda , para sahabat dan mereka yang sentiasa berpegang teguh dengan ajaran dan panduan mereka a.s sehinggalah ke hari akhirat . Amin .

Selamat bersua kembali dan terima kasih kami ucapkan kepada Saudara VhoutenJr yang budiman . Nampaknya setelah sekian lama saudara tidak pulang bercuti di kampung , saudara sekarang dapat juga sekarang bersenang-senang di kampung dan juga “ membalas dendam apabila dapat “ mengadap komputer “ dengan menghantar banyak soalan ke al-Ahkam Online .

Alangkah bagusnya kalau semua pemuda / I bersemangat seperti saudara untuk mempelajari agama Islam .
:yess

Ishh…macam-macam dan beraneka rupa pula soalan Saudara VHOutenJr ni ya . Walau bagaimana sekalipun , kami akan tetap cuba menjawabnya sekadar ilmu dan kemampuan kami yang sedikit , yang dikurniakan oleh Allah Ta’ala ini .

Beruban adalah salah-satu tanda seseorang itu makin hampir dengan ajalnya . Ya , ini sudah pasti benar menurut hukum adat ( kebiasaan ) kerana semakin tua seseorang itu , maka semakin dekatlah ajalnya . Walaupun begitu ramai juga yang mati muda walaupun tidak sempat beruban . Dan perkara ini tidak perlu kepada dalil kerana dalil ( bukti ) nya sendiri sudah sering dilihat ( adat kebiasaan ) . Sebagai mana hukum adat mengatakan bahawa : “ Api kebiasaannya membakar “ , maka tidaklah perlu ditanya apakah pula dalil syarak yang mengatakan demikian ( sbb kalau masih tak percaya , silalah rasai kepanasan api itu ! ) .

Almarhum Buya HAMKA rh di dalam salah-satu kuliah subuhnya ada membawa serangkap kata “ orang-orang lama “ sebagai tazkirah kepada kita semua , kata beliau rh :

“ Kalau uban sudah bertabur ,
Mata pula mulai kabur ,
Kulit pula mulai kendur ,
Gigi pula mulai gugur ,
Maka tunggulah masuk lubang kubur “ .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
03 / Rabi’ul Akhir / 1424 H
03 / Jun / 2003 M

SELASA – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum