SJ – 2483 : KELIRU DENGAN GAJI @ PENDAPATAN YANG DITERIMA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2483 : KELIRU DENGAN GAJI @ PENDAPATAN YANG DITERIMA

:salam
semoga Allah merahmati seluruh umat Islam di dunia ini,

maaf sekiranya persoalan dibawah pernah diajukan....

ada beberapa situasi yang pernah di alami oleh diri saya dan juga sahabat2 saya yang amat membimbangkan. Ia berkenaan hasil pendapatan dari syarikat seperti berikut:

Situasi 1: sahabat saya berkerja di syarikat Motorola....yang kebanyakan kita tahu ia adalah kepunyaan yahudi...bagaimana dengan pendapatannya??? (kini dia dah berhenti)

Situasi 2: sahabat saya pernah bekerja di salah sebuah syarikat konsultan (mekanikal dan elektrikal) yang mana ada salah satu projek nya adalah "kes studi untuk sebuah ladang babi - sistem pengairan" dan ada projek " menyiapakan sebuah hotel beserta dengan kasino". Walaupun dia tidak terlibat secara langsung dengan projek tersebut, adakah hasil pendapatannya shubhat/haram??? (dia pun dah berhenti kerja dr situ)

Situasi 3: sahabat bekerja di salah sebuah syarikat automotif.... masalahnya syarikat gergasi (syarikat ni ada di selluruh dunia) ini ada menaja sebuah pasukan bolasepak dari israel kalau tak silap Kelab Hapoel Tel Aviv....bagaimana dengan pendapatannya.....

Harapan saya semoga adalah sahabat yang dapat memberi penyalesaian atas situasi di atas kerana dr hasil inilah kita makan dan memberi makan keluarga kita

Wassalam...
Abientot....

Re: SJ – 2483 : KELIRU DENGAN GAJI @ PENDAPATAN YANG DITERIM


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2483 : KELIRU DENGAN GAJI @ PENDAPATAN YANG DITERIMA

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara alzarq di atas soalan yang dikemukakan itu . Tidaklah mengapa soalan yang berkaitan dengan FIQH al-MU’AMALAT ini diajukan selalu memandangkan semakin maju dan pesatnya dunia , maka semakin banyaklah pula jenis-jenis perkerjaan . Dan sudah tentulah berbagai perkerjaan itu perlu ditinjau drp sudut Islam agar pendapatan yang diterima itu diredhai oleh Allah Ta’ala . :doa

Lantaran itulah kami selalu mengatakan , Masalah kerja adalah satu masalah yang agak rumit kerana di zaman moden ini kerja-kerja itu sudah begitu banyak jenis dan rupanya .

Selain itu , kalau kita terlalu meluaskan skop HARAM dan SYUBHAT di dalam bidang pekerjaan , sudah tentu tidak ada seorang pun di kalangan umat Islam yang selamat daripada kedua-duanya . Kalau tidak terlibat secara langsung sudah pasti secara tidak langsung . Dan kalau tidak terjerumus , pasti debu-debu haram dan syubhat akan mengenainya jua. :spamafote

Oleh itu , tidak boleh kita terlalu meluaskan skop haram dan syubhat , kerana ia akan membawa kepada kesukaran yang amat sangat di dalam hidup , sedangkan Islam adalah agama yang memudahkan kehidupan manusia ( PERHATIAN : Sila fahami istilah memudahkan dengan memudah-mudah ataupun ambil mudah = sambil lewa ) .

Beirkut adalah jawapannya dengan taufiq dan hidayah Ilahi ;

JAWAPAN BAGI SITUASI PERTAMA :

Hubungan baik di antara Syarikat MOTOROLA dengan pihak Yahudi Israel adalah di antara perkara-perkara yang baru diketahui oleh umat Islam . Ianya lebih baru berbanding dengan maklumat yang diterima bahawa Motorola sebelum ini adalah di antara penaja terbesar Gerakan Kristianisasi di negara – negara kita .

Secara dasarnya tidak salah seseorang muslim itu berkerja dengan majikannya yang bukan beragama Islam , apatah lagi jika di lihat senario hari ini sendiri menunjukkan bahawa umat bukan Islam lah yang memegang tampuk ekonomi negara ( hatta di peringkat antarabangsa sendiri ) . Walaupun begitu , umat Islam lebih digalakkan untuk menjadi tuan kepada diri mereka sendiri , bukannya asyik menjadi “ budak suruhan “ kepada golongan yang bukan Islam .

Sila lihat SJ berikut untuk mendalami permasalahan ini :

SJ – 2242 : BERKERJA DENGAN MAJIKAN YANG BUKAN ISLAM
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10393

Yang dilarang ialah berkerja dengan sesiapa sahaja yang memusuhi umat Islam dan agama mereka . Ataupun melakukan apa-apa kerja yang bertentangan dengan tuntutan Islam dan ajarannya .

Berkenaan dengan Motorola , oleh kerana syarikat itu sendiri sudah diketahui umum sebagai salah-sebuah syarikat yang memberikan sumbangan terbesar kepada penubuhan Negara Haram Yahudi Israel dan juga Gerakan Pemurtadan , maka tidak syak lagi hukumnya adalah HARAM berkerja dengan syarikat ini .

Adapun jika seseorang muslim itu baru tahu akan perkara tersebut , maka tidaklah mengapa dengan gajinya itu . Insya-Allah , ianya dimaafkan di atas dasar tidak tahu . Mudah-mudahan Allah Ta’ala memaafkan kesilapan-kesilapan kita yang lalu disebabkan kejahilan kita [="#800000" size="4"][b] ( ÚóÝóÇ Çááøåõ ÚóãøóÇ ÓóáóÝ ) .

Dan selepas diketahui hubungan di antara Motorola – Yahudi Israel – Gerakan Pemurtadan , maka TIDAK ADA SEBAB LAGI untuk seseorang muslim itu berkerja dengan syarikat itu . [/b]

Bukankah masih banyak lagi syarikat yang tidak menunjukkan permusuhan mereka terhadap Islam ini yang boleh menawarkan peluang perkerjaan kepada kita ? .

Usahalah mencari peluang perkerjaan yang diredhai oleh Allah Ta’ala .

JAWAPAN BAGI SITUASI KEDUA :

Syarikat yang menjadi tempat berkerja rakan saudara itu ;

( 1 ) Adakah semata-mata mendapatkan keuntungan hasil projek penternakan babi dan hotel yang mempunyai kasino itu sahaja ATAU ,

( 2 ) Projek penternakan babi dan pembinaan hotel berkasino itu hanyalah SALAH-SATU drp berbagai projek yang diuruskan oleh syarikat itu ? .

Kalau yang ( 1 ) itu maka jawapannya haramlah gaji yang diterima oleh rakan saudara itu disebabkan hasilnya HANYA datang daripada sumber yang haram .

Kalau yang ( 2 ) pula , maka ini bererti syarikatnya sendiri menerima pendapatan hasil berbagai projek ( halal – haram – syubhat ) .

Menurut kenyataan saudara di atas , nampaknya rakan saudara berada di dalam keadaan ( 2 ) kerana syarikatnya itu menerima keuntungan drp berbagai sumber .

Dan oleh kerana rakan itu tidaklah berkerja untuk projek yang haram itu , maka insya-Allah gajinya itu tidaklah dapat dikatakan Haram ataupun Syubhat .

Situasi rakan saudara itu samalah dengan situasi seseorang yang berkerja dengan Kerajaan Pusat yang mendapat keuntungan daripada berbagai sumber , termasuklah sumber yang halal dan juga yang haram ( seperti Loteri Kebajikan Masyarakat , Lesen Arak , Lesen Judi , Lesen Pelacuran , Lesen Fun Fair dan berbagai lagi tempat maksiat ) .

Adakah seorang guru yang berkerja di bawah Kem. Pendidikan ( Kerajaan Pusat ) boleh dikatakan HARAM ataupun Syubhat gajinya lantaran K’jaan Pusat sendiri mendapat hasil drp berbagai sumber termasuklah sumber yang haram dan syubhat itu ? .

Adakah seorang kerani yang berkerja di Jabatan Perkhidmatan Awam ( JPA ) haram ataupun syubhat gajinya disebabkan majikannya ( Kerajaan Pusat ) turut sama mendapatkan hasil pendapatan drp sumber-sumber yang haram ataupun syubhat ? .

Tentulah tidak !!! .

Oleh itu gaji rakan saudara itu , tetap HALAL .

Namun kalau dia mahu mencari perkerjaan di firma yang tidak terlibat langsung dengan sebarang urusan Haram ataupun Syubhat , maka itu lebih baik lagi dan merupakan ciri-ciri orang-orang yang bertaqwa .

JAWAPAN BAGI SITUASI KETIGA :

Syarikat automotif gergasi itu ,;

( 1 ) Adakah menerima keuntungan HANYA dengan menaja pasukan bola sepak Israel itu ? .

( 2 ) Atau , syarikat automotif itu juga mempunyai berbagai sumber masuk kewangan ( keuntungan ) daripada berbagai sumber ? .

Situasi ketiga ini nampaknya sama dengan situasi kedua di atas .

Mari kita fikirkan , sebagai contoh : Kita berkerja dengan Pejabat Tanah , dan pejabat tanah itu juga mendapat keuntungan dengan menaja majlis-majlis hiburan yang bertentangan dengan Islam. Selain itu , D.O nya juga “ makan suap “ ( setelah tokey-tokey karaoke dan fun fair bagi demi mendapatkan lesen perniagaan mereka ) .

Maka adakah ini bermakna semua orang yang berkerja HARAM berkerja di pejabat-pejabat tanah ? . Tentulah tidak !!! .

Menurut pandangan kami ( dengan sekadar ilmu yang sedikit pada kami ini ) perkerjaan rakan saudara itu juga adalah HALAL .

Silalah perlajari kembali Soal-Jawab berikut untuk lebih menambah kefahaman saudara / I sekalian di dalam masalah pendapatan : dilema di antara Halal – Syubhat – Haram :

SJ – 2243 : BACAAN TIDAK FASIH & HALAL-HARAM-SYUBHAT DALAM PENDAPATAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10543

SJ - 1805 : TERBABIT DENGAN ARAK DI DALAM PERKERJAAN
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=7875

SJ - 2207 : HUKUM MEMBUKA CYBER CAFE & MENGGUNAKAN PROGRAM SOFTWARE “ CETAK-ROMPAK “
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10062

SJ-1204: HALALKAH PENDAPATAN SEBAGAI PENYANYI ?
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=5551

Sekian . Semoga ada jawapan di atas boleh membantu dan bermanfaat .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
04 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
06 / Mei / 2003 M

SELASA – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum