SJ – 2686 : HUKUM BELAJAR ILMU DARIPADA BARAT

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2686 : HUKUM BELAJAR ILMU DARIPADA BARAT

Ana ada sedikit kemusykilan...

Apa hukumnya kita belajar dan membaca bahan-bahan berunsur kemanusiaan yg kebanyakannya datang dari barat... ilmu duniawi (ILMU FALSAFAH)...cth...psikologi dsb?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2686 : HUKUM BELAJAR ILMU DARIPADA BARAT


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2686 : HUKUM BELAJAR ILMU DARIPADA BARAT

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara VhoutenJr yang selalu mengunjungi kami di web al-Ahkam Online ini khasnya di musim cuti sekolah . Alanhkah bertuahnya Islam sekiranya kesemua pemuda-pemudinya bersemangat tinggi untuk menuntut ilmu seperti saudara .

Topik yang dikemukakan ini samalah juga dengan topik : “ APAKAH HUKUMNYA MEMPELAJARI ILMU MANTIQ ( LOGIK ) ATAUPUN FALSAFAH DARIPADA BARAT ? “ .

Sebagai mana biasanya , sebelum kami menjawab terus soalan saudara di atas , marilah kita memerhatikan baik-baik butiran-butiran berikut :

{ 1 } ~ Islam adalah satu-satunya agama yang sentiasa menggesa umatnya agar berilmu pengetahuan . Dalil yang paling nyata ialah di dalam al-Quranul Karim dan as-Sunnah sendiri terdapat banyak nas yang menggalakkan , mewajibkan dan menyatakan kelebihan menuntut ilmu . Dan dalil yang paling kuat sekali yang menunjukkan bahawa ISLAM ADALAH AGAMA ILMU PENGETAHUAN ialah ayat pertama yang diturunkan ialah IQRA’ …. ( Bacalah ! ) .

{ 2 } ~ Islam TIDAK PERNAH MENGAJAR KITA bahawa lawan bagi Ilmu-Ilmu Dunia ialah Ilmu-Ilmu Agama . Ini disebabkan lawan ( antonim ) dunia ialah akhirat dan Agama pula meliputi kedua-dua alam itu .

{ 3 } ~ Islam juga TIDAK PERNAH MENGHARAMKAN umatnya untuk mengambil faedah daripada mana-mana pihak , khasnya menuntut ilmu-ilmu yang berfaedah walaupun ianya berasal daripada golongan bukan Islam .

{ 4 } ~ Para Sarjana Islam di zaman kegemilangan Islam BUKANLAH SAHAJA pakar di dalam ilmu-ilmu yang berkait-rapat dengan persoalan Islam sahaja ( tauhid , fiqh , tasawwuf dsbgnya ) , bahkan mereka juga adalah “ Mahaguru “ di dalam ilmu-ilmu keperluan hidup seperti Matematik , Sains , Perubatan , Kimia dan sebagainya .

Pelajarilah sejarah kehidupan Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rh , al-‘allamah al-Imam Ibnu Rusyd ( Averrouse ) rh , al-Imam Ibnu Sina rh ( Avecine ) , al-Imam Jabir Ibnul Haiyan rh , al-Imam al-Kindi rh , al-Imam Ibnu Farabi rh dan selain mereka yang dikenali sebagai “ Failosof Islam “ .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

Di antara topik yang “ PANAS “ diperbincangkan oleh para sarjana Islam sekitar masalah ini ialah : “ Apakah Hukumnya Mempelajari Ilmu Mantiq ( Logik ) ataupun Falsafah ? “ .

Mengapakah soalan itu berbentuk sedemikian rupa ? .

Ini disebabkan ramai yang menyangka bahawa Ilmu Mantiq dan Falsafah itu 100% diimport daripada Barat dan kemudian “ diislamkan “ ( islamisasi ilmu ) , khasnya di zaman khalifah al-Muktasim BilLah ( ‘Abbasiah ) yang sedang dilanda “ revolusi penterjemahan dan penyebaran berbagai ilmu “ .

Ilmu Mantiq dan Falsafah ini juga DIHUKUM dengan berbagai hukum syariah yang masyhur sehingga melahirkan 3 jenis pandangan , 2 daripada pandangan ulama’ silam dan bakinya daripada ulama’ di zaman ini . Ringkasannya seperti berikut :

{ a } ~ GOLONGAN PERTAMA :

HARAM mempelajari Ilmu Mantiq & Falsafah kerana ianya menyebabkan umat islam sibuk dengan teori-teori dan khayalan-khayalan serta kemungkinan itu dan ini .

Pendapat ini dinisbahkan kepada sejumlah ulama’ salafus solihin r.a yang menjadi ikutan umat islam , seperti al-Imam asy-Syafi’e rh , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh , al-Imam Ibnu Solah rh , al-Imam an-Nawawi rh dan al-Imam as-Suyuthi rh .

{ b } ~ GOLONGAN KEDUA :

HARUS mempelajari Ilmu Mantiq / Falsafah dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya DENGAN SYARAT ianya memang mendatangkan faedah bagi Islam dan umatnya serta TIDAK MEROSAKKAN ‘AQIDAH .

Pandangan ini dinisbahkan kepada Hujjatul Islam al-Imam al-Ghazali rh , al-Imam Ibnu Hazm rh , al-Imam Ibnu Rusyd rh dan sejumlah filosof islam yang telah dinyatakan di atas .

{ c } ~ GOLONGAN KETIGA ;

HARAM ataupun HARUS mempelajarinya BERGANTUNG kepada siapakah yang mempelajarinya .

Jika si pelajar itu “ kuat “ pegangan agamanya , “ tinggi “ pengetahuan islamnya khasnya berkenaan ‘aqidah dan syari’ah , maka TIDAKLAH MENGAPA dia mempelajari ilmu-ilmu seperti itu .

Dan kadang-kadang ianya menjadi WAJIB / FARDHU KIFAYAH bagi seseorang pelajar itu , demi membela Islam daripada golongan bukan Islam apabila tiada orang lain selain dia sahaja yang menceburi pengajian itu .

Dan kalau si pelajar itu “ BELUM KUAT ILMUNYA MENGENAI SELOK-BELOK ISLAM DAN IMANNYA PULA MUDAH GOYANG “ maka HARAM bagi dia mempelajari Ilmu-Ilmu Mantiq / Falsafah kerana dikhuatiri dia akan menjadi seorang yang sesat dan rosak pegangannya .

Pandangan ini dinisbahkan kepada segolongan ulama’ di zaman moden , khasnya para mahaguru di Universiti al-Azhar asy-Syarif , seperti : al-Imam asy-Syeikh Abdul Halim Mahmud rh , al-Imam asy-Syeikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi rh dan al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr rh .

Di atas dasar inilah , Ilmu Mantiq dan Falsafah diajar dan dikembangkan di al-Azhar asy-Syarif dan menjadi satu pelajaran yang wajib dipelajari ( dan wajib pula lulus di dalam peperiksaannya ) , khasnya bagi para mahasiswa/i di Fakulti Pengajian Usuluddin Dan Dakwah .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

REALITI SEMASA :

Ilmu Mantiq / Falsafah BUKANLAH SEMATA-MATA ilmu berdebat , ilmu berbahas , ilmu teori dan seumpamanya sebagai mana difahami oleh sebahagian orang . Malahan ia JAUH LEBIH LUAS daripada itu kerana kaitannya yang rapat dengan pengajian Islam ( khasnya di dalam pengajian Tauhid , Usul-Fiqh dan juga Tasawwuf ) . Begitulah juga dengan Ilmu-Ilmu seperti Matematik , Sains , Architecture ( Seni Bina ) , Ilmu Kejuruteraan , Ilmu Kedoktoran , Ilmu Penyiasatan , Ilmu Undang-Undang dan sebagainya .

Ada juga di zaman sekarang sekelompok umat Islam yang menolak secara totok ilmu-ilmu seperti itu kerana kata mereka ia : “ BERASAL DARI BARAT “ , “ BID’AH “ dan sebagainya . Tapi , jika golongan ini benar-benar memerhatikan tuntutan ajaran islam yang tulin dan sejarah perkembangan ilmu-ilmu Islam , tentulah mereka ini akan akur dengan realiti semasa iaitu BUKAN SEMUA DARIPADA BARAT ( BUKAN ISLAM ) ITU SEMESTINYA SESAT ! .

Khazanah Ilmu-Ilmu Umat Islam pernah dirampas di Baghdad dan di Sepanyol di zaman penjajahan Tatar Moghul dan Kristian Eropah , lalu mereka “ melabelkan “ kesemua ilmu-ilmu kita yang dicuri dan dirampas itu sebagai : “ BERASAL DARIPADA MEREKA “ walhal mereka inilah dahulunya yang belajar daripada mahaguru-mahaguru umat Islam dalam berbagai ilmu pengetahuan .

Ulama’ silam yang pakar di dalam selok-belok pengetahuan Islam sendiri adalah orang yang tidak menolak “ mentah-mentah “ ilmu-ilmu yang dibawa pulang daripada Barat . Bahkan al-Imam Abu Hanifah rh sendiri adalah pakar di dalam Ilmu Mantiq & Falsafah sehingga menjadi pakar juga di dalam masalah QIYAS ( Perbandingan ) . Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah rh sendiri apabila berbicara mengenai Tauhid , tidak terlepas juga membicarakannya dengan gaya / ala-Falsafah seperti “ JAUHAR “ , “ JISIM “ , penggunaan teori itu dan ini , walhal kesemua istilah dan teori itu TIDAK PERNAH DIKENALI oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.a !!! .

Kalau orang barat sendiri boleh menjadi Islam , takkanlah ilmu-ilmu Barat tidak boleh diISLAMkan !!?? .

Ini tidaklah bermaksud bahawa kita perlu menafsirkan ajaran-ajaran Islam itu agar sesuai dengan acuan dan kehendak masyarakat Barat yang bukan Islam . Tidak !!! . Bukan begitu !!! .

Yang kita mahukan ialah : Kita menerima ataupun menolak ilmu-ilmu mereka itu dengan waras dan sesuai dengan kaedah yang diajar oleh Islam . Diterima apabila bermanfaat dan lebih mendekatkan diri kita kepada Allah Ta’ala , dan menolak apabila ianya merosakkan dan menjauhkan pula kita daripada Allah Ta’ala .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RENUNGKANLAH DENGAN INSAF !!! :

Di dalam sebuah hadis yang masyhur ada berbunyi :


ÇáúßóáöãóÉõ ÇáúÍößúãóÉõ ÖóÇáøóÉõ ÇáúãõÄúãöäö ÝóÍóíúËõ æóÌóÏóåóÇ Ýóåõæó ÃóÍóÞøõ ÈöåóÇ

Ertinya : “ Perkataan yang berhikmah ( bermanfaat dan bijaksana ) itu adalah ( ibarat ) sesuatu yang tercicir daripada seorang yang beriman . Maka , di mana sahaja ditemui barang yang tercicir itu , maka dialah yang lebih layak untuk mengutipnya “ ~ diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzie rh ( 5 / 2687 ) , al-Imam Ibnu Majah rh ( 2 / 4169 ) , al-Imam Ibn ‘Asakir rh ( 16 / 44089 ) dan al-Imam al-Qodha’ie rh ( 1 / 52 ) .

Walaupun hadis ini berstatus : DHO’IEF JIDDAN ( sangat lemah ) kerana di dalam sanadnya ( jalan periwayatannya ) terdapat seseorang yang bernama : “ Ibrahim Bin al-Fadhl al-Madani al-Makhzumi “ yang dihukum sebagai “ perawi yang MATRUK “ ( yang dituduh suka berdusta , banyak kelalaiannya dan kecuainnya ) oleh al-Imam at-Tirmidize rh dan juga Syeikh al-Albani rh , AKAN TETAPI isi / teks / matan dan makna hadis di atas TIDAKLAH BERCANGGAH SAMA-SEKALI dengan ajaran dan tuntutan Islam yang sentiasa menyeru ke arah menambah ilmu pengetahuan ! .

Walaupun ia TIDAK BOLEH DIANGGAP sebagai sabda yang benar-benar diucapkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w , akan tetapi TIADA HALANGAN untuk ianya dianggap sebagai KATA-KATA HIKMAH / MUTIARA KATA-KATA !!! .

Oleh itu : AMBILLAH apa sahaja ilmu , kemajuan , sikap , budi-pekerti daripada Barat / Non-Muslims SELAGI IANYA TIDAK BERCANGGAH dengan Islam dan JANGANLAH PULA BERSIKAP BERTAQLID BUTA walaupun terhadap sarjana-sarjana Islam itu sendiri . Dan kalau dengan sarjana-sarjana Islam itu sendiri kita TIDAK BOLEH bertaqlid buta , maka apatah lagi dengan sarjana-sarjana bukan Islam !? .

Semuanya itu mestilah di” timbang-timbang”kan dan di”perhati-perhati”kan dengan sumber tertinggi perundangan dan keilmuan Islam iaitu : AL-QURANUL KARIM dan SUNNAH YANG SAHIH !!! .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-'Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha
( Bekas Pengerusi Lajnah Fatwa al-Azhar )
Jilid ke-2 , Bahagian ke-10 , Halaman : 276 - 277
Terbitan : Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah

Lihat juga : Fatwa : Hukum Mempelajari Ilmu Falsafah
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB2&Number=14010

2 –al-JAMIE’ LIL FATAWA
Oleh : Al-‘Allamah al-Imam Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi rh
Halaman : 43
Terbitan : Darul ‘Alamiah Lil Kutub Wan Nasyr , Kaherah

3 – at-TAFKIR al-FALSAFI FIL ISLAM
Oleh : Syeikhul Azhar al-Asbaq al-Imam Prof. Dr. ‘Abdul Halim Mahmud rh
Halaman : 93 – seterusnya
Terbitan : Darul Ma’arif , Kaherah

4 – al-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : al-Imam al-Hafiz as-Suyuthi rh
Jilid 3 , Halaman : 1315
Terbitan : Maktabah Nazar Mustofa al-Baz , Makkah al-Mukarramah

5 – as-SIRAJUL MUNIR FI SYARH al-JAMIE’ as-SOGHIR
Oleh : al-‘Allamah asy-Syeikh al-‘Azizi ( 1357 H )
Jilid : 3 , Halaman : 109
Terbitan : Maktabah ‘Isa al-Babi al-Halabi , Kaherah

6 – PENGANTAR ILMU MANTIK
Oleh : al-Fadhil Ustaz Ab. Latif Muda & al-Fadhilah Ustazah Rosmawati Ali
Terbitan : Pustaka Salam , Kuala Lumpur
Harga : RM 16.00 /=


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
2 / Jumadi Awwal / 1424 H
2 / Julai / 2003 M

RABU ~ Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2