SJ-01-0021: ASTEROID dan ramalan kiamat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0021: ASTEROID dan ramalan kiamat

Ana ada sedikit kemusykilan...

Baru-baru ini, saintis ada meramalkan bahawa ada asteroid yg cujkup besar akan merempuh bumi mungkin pada tahun 2014... Kenyataan mereka itu adalah berdasarkan alasan yg pelbagai... dan kerosakan yg diramalkan juga adalah cukup teruk...

Islam itu menerima bukti yg ditunjukkan sains kerana sains itu juga berasal dari al-quran...

Namu, apabila ditanyakan kepada ana soalan itu oleh sahabat-sahabat, "KIAMAT ke?"

Ana telah jawab, " Ya, ramalan itu berkemungkinan akan berlaku.. dan kerosakan juga tidak mustahil akan berlaku di sesetenag tempat di bumi... TAPI INGAT, ITU ADALAH BUKAN KIAMAT , kerana jika anda kata itu adalah kiamat, SEOLAH-OLAH ANDA CUBA UNTUK MENGATAKAN BAHAWA MANUSIA TELAH BERJAYA MERAMALKAN TARIKH QIAMAT !!!"

Kemusykilan ana ialah... betul ke apa yg ana cakap tu ?

WA

zain-ys's picture
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0021: ASTEROID dan ramalan kiamat

:salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:

Allah berfirman.
"Artinya : Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka. Sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling (daripadanya)". (Al-Anbiya : 1)

Allah berfirman.
"Artinya : Dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya". (Al-Ahzab : 63)

Allah berfirman.
"Artinya : Sesungguhnya mereka memandang siksaan itu jauh (mustahil). Sedangkan Kami memandangnya dekat (pasti terjadi)". (Al-Ma'arij : 6-7)

Allah berfirman.
"Artinya : Telah dekat (datangnya) saat itu dan telah terbelah bulan". (Al-Qamar : 1)

Ada hadis sahih riwayat al-Bukhari di mana Rasul s.a.w. pernah mengatakan aku diutus dan hari qiamat seperti dua perkara ini. Dan baginda s.a.w. mengisyaratkan dua jari-jarinya dan memanjangkannya.

Ayat2 dan hadis sahih di atas menunjukkan bahawa hari kiamat hampir tiba. Bila harinya, tiada siapa yang tahu melainkan Allah sahaja. Tidak ada sumber yang sah dari Rasul s.a.w. tentang tarikh bila qiamat akan berlaku. Atas asas ini sesiapa yang mendakwa bahawa dia tahu tarikh berlakunya qiamat, maka jelaslah dakwaan itu adalah pendustaan yang amat nyata.

Masalah:

Quote:
Kemusykilan ana ialah... betul ke apa yg ana cakap tu ?

Ya memang benar, kerana tiada siapa yang boleh meramal bila datangnya kiamat secara pasti.

Semoga bermanfaat...

:wassalam