SJ-01-0146 : Nur Muhammad

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0146 : Nur Muhammad

:salam

minta ustaz tafsirkan ayat di bawah sebab ada puak tarekat yg guna ayat ni untuk buktikan konsep Nur Muhammad

Nabi Muhammad S.A.W adalah cahaya; ini adalah benar. Allah S.W.T berfirman:

“Wahai ahli kitab, sesungguhnya telah datang kepada kamu, Rasul Kami, yang menjelaskan kepada kamu banyak dari isi al-Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu, cahaya dari Allah S.W.T, dan kitab yang menerangi (cahaya maksudnya adalah Nabi Muhammad S.A.W dan kitab maksudnya adalah al-Quran).”

Seterusnya lihat firman Allah dalam surah Al-Ahzab ayat 46.

“dan untuk jadi penyeru kepada Agama Allah dengan izin-Nya dan untuk jadi cahaya yang menerangi.”

Jadi, Nabi Muhammad S.A.W. adalah cahaya dan sinar yang menerangi. Tidak mengapa jika kita mengatakan bahawa Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W adalah cahaya selagimana Allah S.W.T menyatakan Baginda S.A.W dengan sifat itu dan menyebutnya sebagai cahaya.

Para sahabat r.a. juga memberitakan bahawa “Nabi S.A.W ketika memasuki kota Madinah, segala sesuatu bersinar terang darinya; dan ketika Baginda S.A.W wafat, segala sesuatu di sana gelap.”

Selain itu, masih banyak hadith dan atsar (pendapat Sahabat r.a.) yang menerangkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. adalah cahaya. Tidak sepatutnya kita menafikan bahawa cahaya tersebut adalah dalam bentuk fizikal kerana tidak ada yang bertentangan pada kenyataan bahawa Baginda S.A.W. bersifat menerangi dan mempunyai cahaya yang berbentuk material itu dengan prinsip dan dasar aqidah. Perkara yang dilarang adalah menafikan kemanusiaan daripada diri Nabi S.A.W. kerana menyalahi keterangan yang jelas di dalam al-Quran sebagaimana firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Kahfi, ayat 110.

“Katakanlah: Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa." Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya."

Terdapat juga ulama’-ulama’ yang menyebut perihal Nur Muhammad dalam kitab-kitab maulid karangan mereka seperti Maulid ad-Daibai’ karangan Imam ad-Daibai’, seorang ulama’ ahli hadith dan tarikh. Selain itu dalam kitab Madaariju as-Su’ud karangan Muhammad Nawawi Bantan, syarah kepada kitab Maulid Nabawi karangan Syed Jaafar yang lebih dikenali sebagai al-Barzanji. Sekiranya kita berpegang dengan prinsip dasar seperti diterangkan sebelum ini, kita tidak akan sewenang-wenang menuduh ulama’-ulama’ ini sebagai terpesong daripada landasan Ahlussunnah wal Jama’ah. Tambahan pula, antara tunjang dan intipati I’tiqad kaum Ahlus Sunnah wal Jama’ah hanya menggariskan supaya wajib mempercayai dan meyakini adanya ‘Arasy, Kursi, Qalam dan Lauh Mahfuz tanpa menjelaskan urutan kejadiannya secara terperinci kerana terdapat percanggahan pendapat ulama’ mengenai awal penciptaan makhluk. Meskipun demikian, adalah tidak mustahil bagi Allah untuk mengurniakan rahsia-rahsia berkaitan perkara-perkara ghaib bagi hamba-hamba yang dikehendakiNya.

Firman Allah Taala dalam surah al-Isra’ ayat 85:
“Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."

Menurut ayat tersebut, Allah Taala tetap mengurniakan pengetahuan kepada hambaNya meskipun sedikit walaupun pada hakikatnya urusan roh adalah berkaitan dengan perkara-perkara ghaib yang berada dalam lautan khazanah ilmu Allah Taala yang Maha Luas. Namun tidak kita nafikan bahawa terdapat segelintir penganut fahaman Syi’ah yang mereka-reka hadith palsu ataupun hadith maudu’ bertujuan memberi dokongan kepada fahaman mereka yang antaranya menyebut perihal Nur Muhammad dan kemudian dikaitkan dengan Imam-imam mereka.

Maka jalan selamat dalam masalah tersebut adalah kita menetapkan apa yang ditetapkan oleh Allah S.W.T. pada diri Nabi-Nya, Nabi Muhammad S.A.W. Dengan demikian, kita menetapkankan bahawa Nabi S.A.W. adalah cahaya dan menerangi dan bahawa Baginda S.A.W. adalah manusia tanpa memperincikan dan menteorikan. Kita memohon kepada Allah S.W.T. semoga memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Inilah penjelasan tentang masalah bahawa Nabi S.A.W itu adalah cahaya. Wallahua’lam.

:wassalame

SJ-01-0146 : Nur Muhammad

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Ayat al-Quran yang menyifatkan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam sebagai cahaya, bukan bermaksud baginda diciptakan daripada cahaya, dan cahaya tersebut adalah ciptaan paling awal sebagaimana yang dipercayai oleh pendokong konsep Nur Muhammad.

- Kerana, semua hadis-hadis tentang Nur Muhammad adalah bohong, tidak ada satu pun yang sahih ataupun dhaif.

- Maksud baginda adalah cahaya ialah dari sudut Allah menjadikannya sebab untuk memberi hidayah kepada hamba-hambanya.

- Sebagaimana baginda juga disifatkan sebagai ÓÑÇÌÇ ãäíÑÇ iaitu pelita yang menerangi. (Al-Ahzab: 46). Bukan bermaksud zat baginda adalah pelita. Tetapi baginda menjadi pelita yang yang menunjuk manusia dengan al-Quran kepada jalan yang benar.

- Penjelasan lanjut tentang kepalsuan konsep Nur Muhammad boleh ditonton dalam kuliah Maulana Asri: http://video.google.com/videoplay?docid=-5570128674957475866

- Pada minit ke 39:28 terdapat jawapan ringkas kepada persoalan Al-Quran menyifatkan Nabi sebagai cahaya, adakah ia bermaksud Nur Muhammad atau bukan.

Wallahu A'lam