:salam
ana ingin mengetahui adakah berdehem semasa / selepas membuang air adalah sunnah Rasulullah?ada dalil kah?kerana sesetengah sahabat ana kata ia sunnah, sesetengah lagi kata ia bukan sunnah Rasulullah, cuma ia adalah perbuatan sahabat? yang mana kah benar?mohon pencerahan...
:wassalam
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan myzyruz sekadar yang termampu, Insya-Allah.
Berdehem (ÇáÊäÍäÍ ÈÚÏ ÇáÈæá) selepas buang air kecil menurut Syeikh Ibn Taimiyah rh. bukanlah wajib dan tidak juga mustahab menurut Imam-Imam Muslimin (Majmu' al-Fataawa, 13/106).
Walau bagaimanapun terdapat beberapa kalangan ulama Syafie mengatakan bahawa digalakkan berdehem berserta beberapa amalan lain. Menurut Imam Nawawi rh didalam Majmu' Sharh Muhazzab :-
"mengenai beberapa ulama' dikalangan mazhab Syafie (mengatakan bahawa) : sesungguhnya adalah mustahab (digalakkan) bersabar selepas beristinja', mengurut Zakar sambil berdehem".
Imam al-Nawawi rh mempunyai pilihan menarik yang boleh dinukilkan menurut perkataan saya :-
"Perkara ini diperselisihkan oleh pelbagai manusia. Matlamatnya ialah memastikan air kencing keluar dan ia menghilangkan kekhuatiran akan tertinggal saki-bakinya. Maka caranya berbeza menurut setiap indivirdi. Ada yang perlu melakukan beberapa kali, ada yang berdehem, dan juga berjalan sambil melangkah, dan ada juga yang hanya perlu bersabar sekejap sahaja dan ada yang tidak perlu melakukan apa-apa. Yang paling penting, mereka ini tidak terkena was-was."
Kesimpulannya, berdehem merupakan salah kaedah yang diperkenalkan oleh ulama' bagi mengeluarkan saki-baki kencing yang tertinggal walaupun tidak didatangi oleh nas yang sahih. Ikutlah kesesuaian masing2 untuk membersihkan saki-baki air kencing. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين