SJ-03-0065 : nak mandi wajib,tunggu satu hari ke?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0065 : nak mandi wajib,tunggu satu hari ke?

assalamualaikum......ade tak dalil ni...?boleh bagitau sbb saya dah tanye banyak orang.,masing2 beri pendapat yg berlainan.....

dan solat yg ditinggal satu hari tu tak payah ganti betul ke

saye ade satu lagi...kalau sorang tu..die dah piriet 7 hari...pastu dlm 10hari die smyang..die kene balik...tu kire istihadah atau tak...sile la jawab secepat mungkin..da lame soklan ni terperap dlm minda saya ni...harap ssiapa boleh bantu..

SJ-03-0065 : nak mandi wajib,tunggu satu hari ke?

:salam

Ini adalah satu kekeliruan dan tidak ada dalil utk tunggu sehari mandi berkenaan.

Allahu ta’ala a’lam, yg benar, apabila didapati dirinya telah suci dgn yakin, maka ia perlu terus mandi wajib dan melaksanakan solat fardhu yg dalam waktunya beserta mengqadha’kan solat 1 waktu sebelumnya.

Sebagai cth, sekiranya seseorang itu suci dalam waktu Asar, maka hendaklah dia mandi dan menunaikan solat Asar serta mengqadha’kan solat Zuhur.(al-Majmu’ 3/68; Mughni al-Muhtaj 1/131)

Utk soalan kedua, silat lihat SJ sebelum ini utk jawapan lebih lengkap. Di sini saya jwb ringkas:

Berdasarkan pendpt yg ashah dalam mazhab syafi’I, darah berkenaan dikira darah istihadhah krn jumlah hari berkenaan telahpun melebihi 15 hari.

Tetapi jika dipegang pendapat Maliki dan Hanbali, maka darah yg dtg kemudian itu dikira darah haid sehingga jumlah hari menjadi 15 hari (7 hari yg pertama + 8 hari yg kedua). Sekiranya masih terdapat darah kemudian dari itu, maka barulah ia darah istihadhah.( Hukum dan Persoalan Darah2 Haid, Nifas dan Istihadhah oleh Sheikh Muhammad Nuruddin al-Makki)
Sekian. WA.

:wassalam