SJ-03-0134 : membersihkan najis gune spray

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0134 : membersihkan najis gune spray

salam,

kalo basuh najis gune spray/penyembur air yg dalam bentuk botol/seumpamanya boleh tak?
ke dalil naqli mengkhususkan utk menjirus je.

contoh:
taik cicak kena kat laptop
kencing budak atas lantai
seat kene kencing budak (sikit)
buang air kecil di tandas Western yg gune tisu dan tak selesa gune tisu, tapi ada bawak spray yg boleh menyucikan air tu.

ape pendapat tuan? ade orang tak setuju gune spray, dia kata renjis tu bukan "ghusl" . tapi dalam perintah wuduk "ghusl" jugak, boleh pulak gune spray utk wuduk

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: membersihkan najis gune spray

Salam ,

Apa yang penting dalam menyucikan anggota atau tempat yang terkena najis ialah dengan menghilangkan samada bau , warna dan rasa najis tersebut.

Sekiranya dengan menggunakan spray yang dipancit berkali-kali boleh membuatkan ain najis tersebut dan ketiga-tiga sifat yang disebutkan di atas terhapus , maka ianya dikira telah suci.

Perlu diingat , tenpat yang terkena najis tersebut tidak boleh dianggap suci sekiranya ketiga-tiga sifat tersebut tidak terhapus.Ini berbeza dengan kaedah menyucikan air kencing bayi yang tidak makan apa-apa kecuali susu ibunya , kerana dalam menyucikan najis tersebut disyarat hanya dengan menrenjiskan sahaja bahagian yang terkena najis tersebut tanpa perlu memastikan hilangnya ketiga-tiga sifat tersebut.

Maka untuk menghilangkan ketiga-tiga sifat najis itu kebiasaannya ialah dengan menggunakan air yang banyak.Adakah dengan menggunakan spray sudah memadai??...

WA
WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com