SJ-04-0035 : wanita haidh berwudhu

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0035 : wanita haidh berwudhu

aslm wbt..

adakah dalil di bwh boleh digunakan utk kes wanita haid berwudhu

Perkara yang Disenangi untuk Dilakukan Seorang yang Junub
1. Wudhu sebelum tidur dan sebelum makan. Bila seseorang yang junub belum sempat mandi atau ingin menunda mandinya sementara ia hendak tidur, maka disenangi baginya untuk berwudhu terlebih dahulu. Hal ini dipahami dari riwayat Ibnu ‘Umar z ketika ia mengisahkan tentang ayahnya ‘Umar ibnul Khaththab z yang junub pada suatu malam, lalu ‘Umar menyebutkan hal tersebut kepada Rasulullah n. Beliau pun bersabda:

ÊóæóÖøóÃú¡ æóÇÛúÓöáú ÐóßóÑóßó¡ Ëõãøó äóãú

“Berwudhulah dan (sebelumnya) cucilah kemaluanmu, kemudian baru engkau tidur.”8
Demikian pula ketika orang yang junub tersebut hendak makan dan minum, disenangi baginya untuk berwudhu, demikian kesepakatan ulama (Al-Majmu’ 2/178, Ar-Raudhul Murbi’ 1/63, Subulus Salam 1/138, Nailul Authar 1/304, Asy-Syarhul Mumti’ 1/238), sebagaimana ditunjukkan dari perbuatan Rasulullah n yang disebutkan Aisyah x:

ßÇóäó ÇáäøóÈöíøõ Õóáìøó Çááåõ Úóáóíöåö æóÓóáøóãó ÅöÐóÇ ßóÇäó ÌõäõÈðÇ ÝóÃóÑóÇÏó Ãóäú íøóÃúßõáó Ãóæú íóäóÇãó¡ ÊóæóÖøóÃó æõÖõæúÁóåõ áöáÕøóáÇóÉö

“Adalah Nabi n bila beliau junubkemudian hendak makan atau tidur, beliau berwudhu seperti wudhunya untuk mengerjakan shalat.”9
Wudhu dalam keadaan ini hukumnya sunnah/mustahab, menurut pendapat jumhur ulama. Dan inilah pendapat yang rajih insya Allah k, menyelisihi pendapat ahlu zhahir yang mewajibkan wudhu ketika seorang yang junub hendak tidur. (Fathul Bari 1/511, Al-Minhaj 3/208-209, Subulus Salam 1/138, Nailul Authar 1/303, Asy-Syarhul Mumti’ 1/239, Taudhihul Ahkam 1/393)

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0035 : wanita haidh berwudhu

:wassalam

Tidak boleh diqiaskan kepada wanita haidh dan nifas.Tidak ada dalil khusus memerintahkan wanita haidh dan nifas berwudhu' memandangkan tempoh udzur mereka yang agak lama: 7-10 hari (haidh) dan 40 hari (nifas)