SJ-05-0033 : Perihal Solat Sunat Tahiyatul Masjid (2)

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0033 : Perihal Solat Sunat Tahiyatul Masjid (2)

Assalamualaikum,
Sewaktu solat jenazah. Adakah ia boleh termasuk dalam solat sunat tahiyatul masjid. Kerana ada pendapat menyatakan bahawa solat jenazah tidak mempunyai rukun solah spt yang sepatutnya iaitu rukuk dan sujud?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ-05-0033 : Perihal Solat Sunat Tahiyatul Masjid (2)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar yang termampu, Insyaallah.

Biasanya, dua solat sunat yang sama sistem/kaifiat boleh dimunafaatkan fadilatnya dengan memadai hanya melakukan satu solat didalam situasi tertentu. Kes yang biasa berlaku ialah situasi solat sunat qabliyah persoalannya ialah eg: apabila seseorang masuk ke masjid ketika waktu subuh telah masuk, adakah mencukupi hanya dengan solat sunat Tahiyyatul masjid, atau selepasnya melakukan solat sunat fajar? Fatwa al-Lajnah al-Daa'imah menyatakan :-

ÅÐÇ ÏÎá ÇáãÓÌÏ æÕáì ÓäÉ ÇáÝÌÑ ÃÌÒÃÊå Úä ÊÍíÉ ÇáãÓÌÏ ¡ æÅä äæÇåãÇ ãÚÇ ÝÍÓä .
"Jika seseorang memasuki masjid ke masjid dan melakukan solat sunat Fajar, adalah memadai tidak bersolat tahiyat al-masjid, dan jika ia berniat akan kedua-dua solat bersama maka lebih baik baginya." - [Al-Lajnah al-Daa'imah Li al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa al-Iftaa’, 7/371]

Disini kita melihat bahawa kaifiat solat sunah tahiyyatul masjid dan solat al-fajar adalah sama sahaj, mencukupi solat sunat fajar dimasa yang suntuk dan mendapat fadilat tahiyyatul masjid, Insyaallah. Begitu juga dengan solat berjemaah, salah satu syaratnya didalam Mazhab Syafie ialah Imam dan Makmum tidak boleh berlainan kaifiat solatnya. Dr Wahbah Zuhaily memetik pandangan Al-Syafie dari Mughni al-Muhtaaj yang menyebut :-

æÇßÊÝì ÇáÔÇÝÚíÉ ÈÇÔÊÑÇØ ÊæÇÝÞ äÙã ÕáÇÊí ÇáÅãÇã æÇáãÞÊÏí¡ ÝÅä ÇÎÊáÝ äÙã ÕáÇÊíåÇ ßÕáÇÉ ãßÊæÈÉ æÕáÇÉ ßÓæÝ¡ Ãæ ãßÊæÈÉ æÕáÇÉ ÌäÇÒÉ¡ áã ÊÕÍ ÇáÞÏæÉ ÝíåÇ Úáì ÇáÕÍíͺ áÊÚÐÑ ÇáãÊÇÈÚÉ ÈÇÎÊáÇÝ ÝÚáåãÇ.
"Al-Syafie mensyaratkan bahawa sistem solat makmum dan Imam mesti yang dipersetujui/sistem yang sama, maka jika berbeza sistem solatnya seperti solat wajib dan solat gerhana, atau solat wajib dan solat Jenazah, tidaklah sah ikutan/qudwahnya menurut pandangan yang sahih, adalah tidak wajar (impossible) mengikuti yang berbeza cara/amalan kedua-duanya"-[al-Fiqh al-Islami 2/237]

Kesimpulannya eloklah dilakukan solat sunat tahiyyatul masjid secara berasingan oleh kerana kaifiat solat jenazah berlainan dengan solat tahiyyatul masjid. WA.

wassalam
===========
Rujukan :

1. Al-Lajnah al-Daa'imah Li al-Buhooth al-'Ilmiyyah wa al-Iftaa’ - 7. cetakan ke 3. Riyad : Dar al-Muayyad, 2000. ms 371

2. Dr Wahbah Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adilatuhu - 2. cetakan ke 3. Damsyik : dar al-Fikr, 1989. ms 237.

خيرالأمين