SJ-05-0062 : Antara Solat dgn Isteri di rumah dan Di surau

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0062 : Antara Solat dgn Isteri di rumah dan Di surau

Assalamualaikum wbh,
Manakah lebih utama antara solat berjemaah dgn Isteri dirumah atau solat berjemaah di masjid? Tolong berikan penjelasan beserta dalil..
Terima kasih

Re: Antara Solat Jemaah dgn Isteri di rumah dan Di surau

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr serai dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bagi mereka yang duduk berhampiran dengan masjid, tuntutan bersolat dimasjid adalah diutamakan dari bersolat jemaah di rumah. Syiekh Ibn Qayyim rh. telah menyenaraikan beberapa pandangan para sahabat berkenaan keutamaan solat berjemaah dimasjid (Al-Salaah wa Hukm Taarikiha, ms.153) :-

a. Berkata Ibn Mas'ud ra.:-

æáÞÏ ÑÃíÊäÇ æãÇ íÊÎáÝ ÚäåÇ ÅáÇ ãäÇÝÞ ãÚáæã ÇáäÝÇÞ .
"Aku telah melihat Kita (semasa hayat Nabi :saw) dan tidak ada yang tinggal (tidak bersolat di masjid) melainkan orang munafiq yang diketahui akan kemunafikannya"

b. Berkata Ibn Mas'ud ra. juga :-

ãä ÓãÚ ÇáãäÇÏí Ýáã íÌÈ ãä ÛíÑ ÚÐÑ ÝáÇ ÕáÇÉ áå .
"Barangsiapa yang mendengar muazzin dan tidak menyahutnya tanpa sebarang keuzuran, maka tidak ada solat baginya"

c. Abu Musa al-Asha'ari ra. berkata :-

æÚä ÃÈí ãæÓì ÇáÃÔÚÑí ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá : ãä ÓãÚ ÇáãäÇÏí Ýáã íÌÈ ÈÛíÑ ÚÐÑ ÝáÇ ÕáÇÉ áå .
"Barangsiapa yag mendengar muazzin dan tidak menyahutnya dengan sebarang keuzuran, maka tidak ada solat baginya"

d. 'Ali ra. berkata :-

áÇ ÕáÇÉ áÌÇÑ ÇáãÓÌÏ ÅáÇ Ýí ÇáãÓÌÏ ¡ Þíá : æãóä ÌÇÑ ÇáãÓÌÏ ¿ ÞÇá : ãóä ÓãÚ ÇáãäÇÏí
"Tidak ada solat seorang yang berjiran dengan masjid kecuali di masjid itu". Ada yang berkata :"Siapakah yang berjiran dengan masjid?", beliau berkata,"Barangsiapa yang boleh mendengar muazzin".

e. Diriwayatkan bahawa Hasan ibn 'Ali ra. berkata :-

ãä ÓãÚ ÇáäÏÇÁ Ýáã íÃÊå áã ÊÌÇæÒ ÕáÇÊå ÑÃÓå ÅáÇ ãä ÚÐÑ
"Barangsiapa yang mendengar azan dan tidak datang, maka solatnya tidak melepasi kepalanya melainkan dia uzur"

f. Diriwayatkan bahawa 'Ali ra. berkata :-

æÚä Úáí ÑÖí Çááå Úäå ÞÇá : ãä ÓãÚ ÇáäÏÇÁ ãä ÌíÑÇä ÇáãÓÌÏ æåæ ÕÍíÍ ãä ÛíÑ ÚÐÑ ÝáÇ ÕáÇÉ áå .
"Barangsiapa yang mendengar azan dari kalangan jiran kepada masjid, dan dia sihat dan tidak uzur, maka tidak ada solat baginya"

Kata2 dari para sahabat diatas menggambarkan bahawa keutamaan bagi mereka yang berjiran dengan masjid, atau dengan kata lain, mereka yang dapat mendengar azan dari masjid (diandaikan tanpa bantuan alat pembesar suara), ialah menunaikan solat secara berjemaah di masjid! Imam Ahmad mengandaikan bahawa suara muazzin akan tidak kedengaran jika lebih dari satu farsakh atau lebih kurang 5km.

Berkata bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syiekh Abdul Aziz bin Baaz rh :-

ÃãÇ ãä íÓÊØíÚ ÇáæÕæá Åáì ÇáãÓÌÏ ÝÅäå íÌÈ Úáíå Ðáß ÚãáÇð ÈÇáÃÏáÉ ÇáÔÑÚíÉ ¡ æãäåÇ Þæáå Õáì Çááå Úáíå æÓáã : ( ãä ÓãÚ ÇáäÏÇÁ Ýáã íÃÊ ÝáÇ ÕáÇÉ áå ÅáÇ ãä ÚÐÑ ) Þíá áÇÈä ÚÈÇÓ ÑÖí Çááå ÚäåãÇ : ãÇ åæ ÇáÚÐÑ ¿ ÞÇá : ( ÎæÝ Ãæ ãÑÖ ) . ÑæÇå ÇÈä ãÇÌå æÇáÏÇÑ ÞØäí æÕÍÍå ÇÈä ÍÈÇä æÇáÍÇßã æÅÓäÇÏå ÕÍíÍ .
"Bagi mereka yang boleh sampai kepada masjid, maka sesungguhnya hendaklah dia melakukannya sebagaimana amalan ini merupakan dalil syariah, dimana Nabi :saw bersabda :'Barangsiapa yang mendengar seruan solat (azan) dan tidak datang, maka tidak ada solat baginya melainkan uzur'. Berkata Ibn Abbas ra :'Apakah dia uzur itu?' jawabnya :'Takut atau sakit'. [Hadith riwayat Ibn Maajah dan al-Daaraqutni; dikelaskan sebagai sahih oleh Ibn Hibban dan al-Hakim; Sanadnya sahih)" - [Majmu' Fataawa wa Maqaalaat li al-Syiekh Ibn Baaz, 6/23]

Bagi mereka yang jauh tempat tinggalnya dari masjid, hendaklah dia menunaikan solat berjemaah bersama2 dengan isteri dan anak2nya. :aklam.

wassalam

خيرالأمين