SJ-05-0115 : Baca kuat bagi makmum masbu' untuk solat jahar

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0115 : Baca kuat bagi makmum masbu' untuk solat jahar

:salam
Bila imam bagi salam, makmum masbu' akan bangun sempurnakan solatnya. Soalan saya adakah makmum masbu' ini kena baca dengan kuat pada solat yang jahar semacammana biasa?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0115 : Baca kuat bagi makmum masbu' untuk solat jahar

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalam ann86 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Bacaan jahr didalam solat-solat Fajr, Maghrib dan Isya' merupakan perkara yang mustahab (sunat). Bagi orang masbuq yang masih mempunyai rakaat berbaki yang didalamnya disunatkan membaca jahr mempunyai 2 pilihan :-

a. Jika dia seorang sahaja yang masbuq, dia mempunyai pilihan untuk membaca secara jahr (kuat) atau sirr (perlahan). Dr Abdul Karim Zaidan menyatakankan bahawa didalam Mazhab Hanbali, seorang yang bersolat bersendirian diberi peluang samada ingin membaca secara kuat atau perlahan. [al-Mufassal al-Mufassal li Ahkaam al-Mar’ah, ms220].

b. Jika terdapat ramai masbuq bersolat sewaktu itu, pilihan yang terbaik adalah membaca secara perlahan (sirr). Ini adalah kerana dikhautiri akan mengganggu makmum lain yang sedang bersolat (masbuq) bersama-sama dimasa tersebut. Ibn Utsaimin menyebut :

æíäÙÑ ãÇ åæ ÃäÔØ áå æÃÞÑÈ Åáì ÇáÎÔæÚ ÝíÞæã Èå
"Dan hendakanlah dia melihat apa yang boleh meningkatkan kehampiran dan kekhusyuknya (fokus) didalam solat, dan melakukannya" [Majmu' fatawa wa rasaail ibn Utsaimin, 13/73].

WA. wassalam

خيرالأمين