SJ-05-0218 : solat jemaah: buat saf baru sorang2!?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0218 : solat jemaah: buat saf baru sorang2!?

salam. benarkan ada larangan membuat saf baru bersendirian? saya pernah mendengar bhw klu nak saf depan dah penuh, utk buat saf baru, kita kena tarik seorang dari saf depan utk join saf baru. mohon pencerahan beserta dalil2nya.. jazakumullahu khair.. wslm

SJ-05-0218 : solat jemaah: buat saf baru sorang2!?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan akhi af_feirays dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Terdapat hadith yang melarang solat berseorangan dibelakang saf. Sabda Nabi :saw :-

áÇ ÕáÇÉ áãäÝÑÏ ÎáÝ ÇáÕÝ
dir="ltr">"Tidak ada solat berseorangan dibelakang saf" [hadith Riwayat Ahmad dan Ibn Maajah].

Persoalannya, apakah SAH solat berseorangan di belakang saf? Ulama' khilaf didalam membicarakan persoalan ini.

Imam Malik, al-Syafie dan Abu Hanifah berpendapat bahawa sah solat tersebut, akan tetapi ada dikalangan mereka mengatakan makruh. Mereka mengambil hadith yang mengkisahkan seorang wanita solat berseorangan di belakang saf, kerana bagi mereka, wanita dan lelaki adalah dikira sama sahaja dari segi hukum solat.

Didalam menjawab hadith diatas, mereka mengatakan bahawa hadith itu bukan melarang, akan tetapi perbuatan solat berseorangan di belakang saf adalah kurang baiknya. Begitu juga hadith yang sama permulaannya dimana Nabi :saw bersabda :-

áÇ ÕáÇÉ ÈÍÖÑÉ ØÚÇã
dir="ltr">"Tidak ada solat apabila makan sudah disediakan" [hadith Riwayat Muslim #560].
Hadith ini tidak bermaksud tidak sah solat jika makanan telah disediakan, cuma kurang baik sahaja perbuatan tersebut.

Imam Ahmad rh. pula berpendapat bahawa solat tersebut tidak sah.

Bagaimana pula jika seseorang yang mendapati saf depan telah penuh (tiada ruang langsung), apakah dia perlu menarik makmum di hadapannya? Terdapat didalam sebuah Riwayat dimana dikatakan Nabi :saw melihat seorang yang bersolat bersendirian dibelakang saf, lalu baginda berkata :-

ÃáÇ ÏÎáÊ ãÚåã Ãæ ÇÌÊÑÑÊ ÃÍÏÇð
dir="ltr">"Kenapa anda tidak masuk bersama mereka atau tarik seseorang keluar?" [Hadith Riwayat al-Tabaraani, al-Awsat 8/374]

Hadith ini sangat Dhaef kata al-Haitami rh, dan ia tidak boleh dijadikan hujah.

Ibn Taimiyah rh. didalam komentar beliau mengenai hadith diatas menyebut bahawasanya pembentukan saf itu wajib. Tidak mungkin orang yang bersolat itu dibenarkan membuat saf sesuka hati mereka. [Lihat perbincangan detail didalam Majmu' Fataawa, 23/393-395]. Akan tetapi, beliau berpendapat bahawa Solat orang yang berseorangan di belakang saf adalah SAH, dengan sebab TIDAK ADA RUANG untuk dia menyertai saf tersebut.

Sheikh bn Utsaimin rh mengatakan :-

æáßä ÇáÑÇÌÍ ÃäåÇ áÇ ÊÕÍ ÎáÝ ÇáÕÝ ãäÝÑÏÇ ¡ ÅáÇ ÅÐÇ ÊÚÐÑ ÇáæÞæÝ Ýí ÇáÕÝ º ÈÍíË íßæä ÇáÕÝ ÊÇãÇð , ÝÅäå íÕáí ÎáÝ ÇáÕÝ ãäÝÑÏÇð ÊÈÚÇð ááÅãÇã º áÃäå ãÚÐæÑ , æáÇ æÇÌÈ ãÚ ÇáÚÌÒ ßãÇ ÞÇáå Ãåá ÇáÚáã – ÑÍãåã Çááå .
dir="ltr">"Akan tetapi pandangan yang rajih (benar) adalah tidak sah solat berseorangan dibelakang saf, melainkan tidak ada ruang lagi untuk dia berdiri didalam saf. Jika saf itu penuh dan seseorang yang berdiri bersendirian itu mengikut Imam, maka sesungguhnya dia dibolehkan (dia uzur, dikecualikan), dan tidak wajib keatas orang yang menghadapi keuzuran melakukan demikian menurut ulama'" [Fataawa Ibn Utsaimin, 15/193].

Begitu juga Dr Abdullah al-Faqih berpendapat bahawa :-

Ýãä áã íÌÏ ãßÇäÇð Ýí ÇáÕÝ¡ æáã íÌÏ ãä íÕÝ ãÚå ÝáíÕá ÎáÝ ÇáÕÝ¡ æÕáÇÊå ÕÍíÍÉ Úáì ÇáÑÇÌÍ¡ áÃäå ÈÐá æÓÚå¡ æÇááå ÓÈÍÇäå æÊÚÇáì íÞæá: (áÇ íßáÝ Çááå äÝÓÇð ÅáÇ æÓÚåÇ) [ÇáÈÞÑÉ:286]
dir="ltr">"Maka sesiapa yang tidak berjumpa tempat didalam saf, dan tidak berjumpa dengan jemaah yang bersolat bersamanya (sebelah), maka solatlah dibelakang saf, dan solat tersebut SAH menurut pandangan rajih kerana keterbatasan usahanya, firman Allah swt : Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya : al-Baqarah : 286". [fatwa IslamWeb # 4825]

Kesimpulannya : bersolat jemaah didalam saf adalah wajib. Jika seseorang yang datang untuk bersolat mendapati tiada ruang untuk dia bersama didalam saf, maka hendaklah dia bersolat dibelakang saf bersendirian. Ini merupakan satu keuzuran. Janganlah dia berdiri disebelah Imam atau menarik makmum di hadapan bersolat bersamanya atau tidak meneruskan solat tersebut. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين