SJ-05-0324 : Solat Berjemaah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0324 : Solat Berjemaah

Assalamualaikum...

Maafkan ana jika terkasar bahasa kerana tak pandai berbahasa. Pertanyaan ana mengenai solat berjemaah tempoh hari adalah untuk meminta pihak THTL menjelaskan dalilnya. Ana tidak bermaksud untuk menggunakan bahasa kasar. Ana ingin mencari dalil daripada setiap imam mazhab. Harap pihak THTL tidak terasa hati dan tolong jelaskan kepada ana kerana ana masih setahun jagung dan bukanlah seorang guru ataupun ulama'...

jazakumullahu khaira

SJ-05-0324 : Solat Berjemaah

:wassalam

al-Jawab:

Hukum solat jama'ah mengikut madzhab utama:

Pendapat paling keras: madzhab Zahiri: fardhu 'ain terhadap sesiapa yang mendengar azan. jika dikerjakan juga secara sendirian, solatnya tidak sah.

Dalil AQ: " apabila kamu berada di tengah-tengah mereka, lalu kamu hendaklahlah mendirikan solat bersama mereka" AQT 4:102

" Ruku'lah bersama orang2 yang ruku'" AQT 2:43 (Ibn Hazm, alMuhalla, cet Beirut: Daar alAfaq, 4/188)

Madzhab yang keras: madzhab Hanbali, wajib aini tapi bukan syarat sah solat. maksudnya jika seseorang tidak pergi mesjid dan solat sendirian, solatnya tetap sah. Dalilnya sama spt madhab Zahiri, di tambah dengan hadith2, antaranya: hadith Bukhari-Muslim, di mana Nabi saw mengancam utk membakar rumah2 orang yang tidak hadir solat jama'ah (alMughni, 2/170)

Madzhab sederhana: madzhab Syafi'iy, yakni hukumny fardhu kifayah (jika dikerjakan sebahagian orang, maka yang lain tidak berdosa). Dalil hadith: jika terdapat (minima) tiga orang dalam satu kampung, jika tidak didirikan solat berjama'ah, melainkan mereka telah dikuasai oleh setan" HR Abu daud dan anNasa'iy dan disahihkan oleh Ibn Hibban alBusthi
(alMajmu' 4/184)

madzhab ringan: sunnat mu'akkad (sunat yang diberatkan nilainya), ia merupakan pegangan madzhab Hanafi dan Maliki. Dalilnya: HR Bukhari-Muslim dari ibn Umar, bahawa nabi saw bersabda, solat jama'ah itu lebih utama 27 derjat berbanding solat pesendirian. [Durr almukhtar, 1/515; Bidayah alMujtahid1/136]

Kebanyakan pejuang sunnah memilih pendapat Imam Ahmad, manakala pendapat yang lebih rajih ialah pendapat Imam Syafi'iy (fardhu kifayah). pendapat ini menjadi pendapat pertengahan di antara ahli rakyi (madzhab kufah) dan madzhab hadith (mekah-madina) sekian WA