SJ-05-0390 : pegang al-quran dalam solat tarawih

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0390 : pegang al-quran dalam solat tarawih

Salam..bolehkah saya solat terawih sambil memegang al-quran dan kalu boleh bgaimana sya hendak letak al-quran ketika sujud dan rukuk???

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0390 : pegang al-quran dalam solat tarawih

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Bagi makmum dalam solat tarawih berjemaah, tidak ada keperluan untuk memegang mushaf. Lebih-lebih lagi perbuatan memegang mushaf menyebabkan terabai beberapa sunnah seperti meletakkan dua tangan di atas dada, menyebabkan pergerakan anggota ketika membelek mushaf dan lain-lain. Maka, lebih utama ialah mendengar bacaan imam. (Fatawa Islamiyyah 4/8).

- Bagi imam atau orang yang bersolat bersendirian yang tidak menghafal quran, maka tidak mengapa membaca quran menggunakan mushaf.

- Aisyah pernah bersolat berimamkan hambanya Zakwan dan beliau membacanya pada mushaf. Disebut oleh Bukhari secara ta'liq (tanpa dibawakan sanad). Ibn Hajar dalam Taghliq Al-Taaliq membawakan sanad bagi atsar ini yang menyebut ia berlaku pada bulan Ramadhan.

- Ketika rukuk dan sujud, jika mushaf bersaiz kecil, boleh diletakkan dalam saku pakaian. Ia tidak dianggap merendah2kan quran. Sebagaimana dalam jawapan kami di: SJ-14-0105 : Quran lebih paras pusat

- Jika mushaf bersaiz besar, boleh menyediakan sebuah rehal (alas meletakkan mushaf) di sebelah kita dan apabila rukuk dan sujud boleh diletakkan di atasnya.

Wallahu A'lam.