SJ-06-0005 : Bermukim dan Bermastautin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0005 : Bermukim dan Bermastautin

:?
Assalammualaikum,

Pohon penjelasan mengenai sembahyang Jamak dan Qasar....

timbul masalah kepada saya apabila saya sampai ke kampung halaman saya (rumah ibubapa saya) kerana saya ada mendengar kuliah di surau yang mengatakan lebih kurang begini "seseorang yang bermusafir akan dikira tamat/habis setelah ia sampai kekampung tumpah darahnya" walaupun jumlah hari tidak melebihi yang dibenarkan.....kerana ia telah sampai ke tempat ia bermukim/bermastautin???

pohon penerangan yang jelas dari tuan ust. mengenai maksud :-

1. Bermukim dan
2. Bermastautin :idea:

SJ-06-0005 : Bermukim dan Bermastautin

Wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr assb4558 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Benar, apabila seorang musafir itu telah tiba kepada tempat yang dituju, dan tempat yang dituju itu merupakan tempat kelahirannya/kampungnya, maka tiada lagi lah kebenaran melakukan solat Qasar. Tempat kelahiran ini dikatakan : al-Watan al-Asli (ÇáæØä ÇáÃÕáí) atau tempat asal kita. Tempat tinggal isteri juga termasuk didalam istilah al-watan al-Asli.

Begitu juga dengan situasi seorang yang kembali dari bermusafir, lalu dia tiba disekitar tempat bermastautin atau bermukim, maka solat tidak lagi boleh di Qasarkan. Tempat bermastautin atau bermukim dinamakan tempat tinggal tetap (ãÍá ÇáÅÞÇãÉ ÇáÏÇÆãÉ) atau ada yang menamakan watan hakiki, yang merupakan tempat tinggalnya atau tempat cari reski. Mukim (ãõÞöíã ) disini dimaksudkan secara saakin (ÓÇßöä) atau tempat residen/ tempat tinggal, taman, residential area, dsb.

Contoh: Si-A kampungnya (rumah bapanya) di Alor Setar. Si-A tinggal di Gombak, Selangor. Didalam perjalanan si-A ke Alor Setar, Kedah bolehlah dia melakukan Solat Jama' dan Qasar. Setibanya si-A di Alor Setar (watan asli), maka beliau tidak lagi boleh melakukan solat secara Qasar.

Dua hari kemudian si-A pulang ke Gombak. Semasa didalam perjalanan dari Alor Setar ke Gombak, si-A boleh melakukan solat secara Jama' dan Qasar. Setibanya di kawasan Gombak (watan hakiki), maka solat tidak lagi boleh di qasarkan.

Perbincangan mengenai isu ini telah banyak dibincangkan didalam al-ahkam. Dibawah ini merupakan contoh url (dari arikib al-ahkam yang boleh dijadikan rujukan :-

1. SJ - 3222 : jamak dan qasar
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=22798

2. SJ - 3076: [U] Jamak/Qasar bila byk persinggahan
http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=20751

Rujukan :

1. Dr. Wahbah Zuhaily. Al-Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - 2. cetakan ke . Damsyik : Dar Al-Fikr, 1989. ms 340-341.
---------
wassalam

خيرالأمين