SJ-06-0039 - adakah musafir kalau pergi+balik=90km- bhg 3

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0039 - adakah musafir kalau pergi+balik=90km- bhg 3

salam.

susahlah nak berinteraksi dengan panel ahkam sehinggga satu2 masalah selesai. nak tanya lagi, nak kena buat topic baru. lambat dan x best. sy cadangkan supaya only threadstater boleh reply. harap dipertimbangkan.

ththtl, sy pun boleh buka link tu, maksud sy yang x boleh buka ialah 2 link yang ada dalam link sj SJ 06 - 0020:

a. JAWAPAN soaljawab Feqh >> Sembahyang jamak dan qasar
URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewforum.php?selected_id=f96

b. Arkib Soaljawab Feqh >> ARKIB Sembahyang jamak dan qasar
URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewforum.php?selected_id=f63

... dia keluar page baru hitam2 sket, then in 2-3 scond, dia automatically masuk balik page list forum.
------------------------------------------

ok, masuk balik kepada persoalan

maaf kalau sy ni quite annoying. ththtl, daripada contoh kiasan f1 yang th bawakan tu, nampaknya, tipislahlah peluang bagi org awam seperti saya untuk beramal dengan sesuatu yang lebih ringan dan kuat hujahnya berdasarkan quran n sunnah.

tidak bolehkah sebagai org awam berpegangan begini:
- sy beramal dengan perkara ini...
- sebab hujahnya lebih kuat, iaitu...

mcm kereta f1, bukan semua org x boleh drive. cuma peluang susah dan terhad. apatah lagi sehingga nak mencapai tahap pemandu laju yg memandu dengan hebatnya. engineer tire, engine kereta f1 pun bukan pemandu hebat. apatah lagi audience luar track.

zakat fitrah misalnya, sy bayar dengan duit. bukan dengan beras kalau ikut mazhab syafie. sy cuma ikut org. begitu juga dengan sentuh isteri x batal wuduk. pasal air dua kolah... - ini sy belajar dari al-ahkam.

sy masih belum mampu nak capai tahap yg th maksudkan ni:

"...Maka langkah pertama bagi anda utk berpindah madzhab ialah mengisi ilmu2 asas, bagaimana para Imam berselisih dan bagaimana madzhab-madzhab fiqih ini tumbuh subur dalam tubuh umat Islam. Ini dinamakan Fiqh Ikhtilaf (fiqih berbeda pendapat di kalangan para Imam mujtahidin), maka utk bebas pilih madzhab ni bukanlah semudah yg anda impikan. Panjang lagi jalannya.... "

sy makin keliru. terima kasih atas respon. wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0039 - adakah musafir kalau pergi+balik=90km- bhg 3

:wassalam

Berkenaan aduan/cadangan anda itu mungkin boleh dipertimbangkan oleh Ust Zain kita.

Mengenai contoh F1 itu mungkin mengelirukan stut. Cth F1 ialah utk orang yg ingin berpindah mazhab dan melakukan tarjih secara sendirian tanpa perlu bertanya orang lain. Bagi anda, anda terpaksa kena tanya yang ahli sebelum nak pindah pegangan dalam urusan fiqih supaya tidak menjadi taqlid yg rojak.

bagi anda yg ingin berpindah pendapat Imam secara ittiba' (mengetahui dalil dan perbahasan fuqaha') dan meninggalkan cara taqlid (ikut tanpa mengetahui dalilnya), maka hendaklah mendapat bimbingan dari mereka yang pakar dalam fiqh muqaran, tapi dia juga perlu kepada ilmu asas serba sedikit supaya dia dapat appreciate atau dapat menyelami ruh perbahasan tersebut. Dia kena tahu bagaimana Maliki, Syafi'iy, hanafi dan Hanbali berhujah, juga cara Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim, Syaukani, Syun'ani, hatta kepada Lajnah KSA, al-Qardhawi, al-Albani, barulah dia boleh appreciate perpedzaan hukum itu.

Jika anda berharapkan kepada penjelasan kami, masih dianggap anda masih taqlid juga, cuma anda lebih baik dari taqlid buta atau fanatik madzhab.

Mari kita kembali kepada permasalah jarak jama'-qasar, di sana ada 20 pendapat fiqih yang memiliki hujah masing-masing. Masyarakat Malaysia mengamalkan pendapat madzhab Syafi'iy yakni 81 atau 89 KM (48 batu Mekah), madzhab Zahiri, 1 batu sahaja, dan Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim, kata penetapan jarak merosakkan maksud solat safar di syari'atkan. Cara menetapkan solat safar ialah apakah perjalanan itu layak dinamakan safar atau tidak? Maka di sisi Ibn taymiyah, jika uruf mengatakan perjalanan itu adalah safar, maka ia layak melakukan solat safar. Jadi utk memahami istilah-istilah ini memerlukan ilmu fiqih dan ilmu tarjih. Kalau anda tidak dapat menggarap istilah2 dan cara istidlal ini, maka macam mana anda boleh yakin dengan pendapat2 yg kami hidangkan.

Maka katakan thtl mengesyorkan pendapat Ibn Taymiyah ke atas 19 pendapat yg lain, maka sebenarnya anda cuma bertaqlid kepada thtl sahaja.

Ini bukan bertujuan melemahkan semangat anda, tapi membuka paradigma anda kepada dunia fiqih yg sebenar, memberi motivasi kpd anda, bahawa anda kena belajar agama sedikit demi sedikit. Tapi anda tidak boleh gopoh dan mahu cepat pandai berfiqih...dan mahu pindah madzhab dalam semua perkara. WA