SJ-06-0083 : Watan Asli

2 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0083 : Watan Asli

:salam

Ana inginkan penjelasan yang lebih lanjut perihal watan hakiki/asli. Ini krn setelah merujuk pd kebykan kitab, ana merasakan (setakat ilmu/keupayaan yang cukup terbatas) bhw mengatakan kesemua 4 mazhab sepakat dalam hal gugurnya kemudahan utk mengqasar solat apabila tiba di watan asli agar menyimpang.

Ini krn, dalam mazhab syafi'i sendiri membenarkannya seperti yg dijelaskan oleh al-Imam asySyafi'i dalam kitabnya alUmm dan diperkuatkan pula oleh Imam Nawawi dalam kitab2nya seperti Raudhatuh tholibin dan juga ketika mensyarahkan hadis Aisyah ra perihal beliau dan Utsman mengitmamkan solatnya di Makkah dalam Syarah Sahih Muslim jil 3.

Kalau dilihat pula dalam Fiqh Islami jil 2, semmgnya ada dibahaskan perihal watan ini dengan agak detail. Namun, jika diteliti, kita akan dapati bhw istilah dan hukum watan asli (yakni gugur bolehnya qasar) tidaklah disepakati oleh semua mazhab. Bahkan dalam kitab yg sama dan bab yang sama, Dr Wahbah menukilkan pendpt syafiiyah dengan menyatakan hukum bagi watan iqamah, bukannya watan asli. Dan disimpulkan dari penjelasan dalam fiqh islami bhw pada pandangan mazhab syafi'i, boleh saja diqasarkan solat itu apabila pulang ke watan asli selagimana dia tidak lagi tinggal di sana, meskipun ayah dan ibunya masih ada. Namun, sekiranya dia berniat utk bermukim lebih dari 4 hari, maka barulah gugur taraf musafirnya itu.

Pendpt bolehnya qasar ini, disokong pula oleh perbuatan Nabi saw dan juga para sahabatnya, yang mana Baginda saw dan sahabat2nya mengqasarkan solat di Makkah, sedangkan Makkah itu watan asli bagi mereka. Adapun itmamnya solat oleh Aisyah ra dan juga Utsman ra setelah wafatnya Baginda saw di Makkah itu, dipahami (sepertimana kata Imam NAwawi dalan syarah Sahih Muslim) bahawa mereka berhasrat utk menyatakan kpd org ramai, bahawa hukum qasar itu tidaklah wajib.

Apapun, apa yg ana nyatakan di atas adalah pemahaman ana melalui pertanyaan dan juga pembacaan. Ana post di sini, tidak lain dan tidak bukan utk mendapatkan penjelasan yg lebih mendalam perihal yang ditanyakan ini krn apa yg ana pahami barangkali salah disebabkan kefahaman dan ilmu yg sgt kurang. Oleh itu, sekirana mmg benar ana tersilap, maka diharapkan para 'alim al-Ahkam dapat memperbetulkan ana di samping memberikan rujukan2 yg membahaskan perkara ini dgn lebih mendalam.

WA. wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Watan Asli

Waalaikumussalam..

Terima kasih Ust g@y@t atas penjelasan tentang kedudukan watan asli. Jazakumullah khairan. Semoga dimanfaatkan. Sekian.