SJ-06-0086 : Solat ketika dalam plane

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0086 : Solat ketika dalam plane

Salam,

Solat dalam kapal terbang perlu menghadap qiblat. Soalan ini berkaitan tentang waktu solat. Saya dari Los Angeles ke Hong Kong dan perjalanan mengambil masa kira2 14 jam. Pada waktu mana perlu saya ikut jadual ketika perjalanan? Atau saya perlu pilih waktu kitaran zohor asar maghrib sekali sahaja? Jika ya, adakah mengikut keadaan di luar ? (bersandarkan matahari?)
Salam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Solat ketika dalam plane

:salam

Persoalan saudara telah pun kami jawab dan dibawah ini kami bawakan jawapan tersebut untuk rujukan dan semakan saudara.Semoga ianya bermanfaat...in sya Allah.

Quote:
Jelasnya bagi waktu Maghrib, Isyak, dan Subuh akan dapat diketahui dengan melihat kepada tanda-tanda masuknya waktu , seperti waktu Maghrib masuk apabila matahari tenggelam , hilangnya cahaya merah menandakan masuknya waktu Isyak dan terbitnya matahari, adalah tanda masuk waktu Subuh.
Adapun bagi waktu Zohor dan ‘Asar, boleh dikerjakan dengan cara melakukan ijtihad dan berusaha dengan apa sahaja cara yang termampu untukk mencari dan mengetahui masuknya waktu solat , apabila dapat diketahui waktunya di Negeri yang kamu berada di atasnya, maka kamu hendaklah melewatkan sedikit solat dari tempoh itu, kemudian barulah solat.Ini kerana waktu anda berada di dalam kapal terbang adalah tidak sama dengan waktu ketika berada di bumi. Anda juga boleh menjamakkan antara Zohor dengan ‘Asar, dan Maghrib dengan ‘Isyak samaada dengan cara jama’ al-Taqdim ataupun jama’ al-Ta’khir berdasarkan mana yang lebih mudah dan tidak membebankan bagi anda. Anda juga boleh bertanya kepada Kapten pesawat kerana dia memiliki peralatan yang boleh mengetahui waktu-waktu solat di udara.
Dan ketahuilah, sesiapa yang terlindung baginya (mana-mana) waktu solat, kemudian dia berijtihad dengan kadar kemampuannya, dan dia solat (berdasarkan ijtihadnya tadi) , maka solatnya dikira sah, kecualilah apabila jelas padanya (selepas itu) bahawa solatnya tadi dilakukan sebelum masuk waktu, maka hendaklah dia mengulangi solatnya.Jika tidak , maka tidak mengapa.

http://www.islam-qa.com/ar/ref/102449

Sumber : http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=95&t=37202

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com