SJ-08-0088 : puasa arafah (urgent) & imam mahdi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0088 : puasa arafah (urgent) & imam mahdi

:salam
saya ada dua kemusykilan.diharap ustaz ahkam dapat membantu:

1) bilakah kita di m'sia disunat berpuasa arafah.selasa atau rabu krn kita m'sia beraya hari khamis..saya letakkan dua pendapat ustaz yg saya temui:
-hari selasa: sbb pada waktu itulah jmaah sdg wkuf di arafah
-hari rabu : krn bagi kita yg beraya hari khamis maka puasa hari rabu..jika ditanya kenapa tidak selasa?dijawab: kenapa awak tidak solat ikut waktu makkah??jadi, bagaimana penyelesaiannya??

2) apakah pegangan ASWJ yang benar dalam hal imam mahdi..adakah ulama ASWJ percaya berkenaan imam mahdi atau bagaimana??

sekian, :wassalam

SJ-08-0088 : puasa arafah (urgent) & imam mahdi

:wassalam

alJawab:

1) Isu bilakah puasa sunat arafah ialah isu khilafiah yang masih menunggu penyelesaian di peringkat antarabangsa melalui Majma' Fiqh Dunia. Ini memerlukan masa dan bila berlakunya MOU antara negara-negara umat Islam jika mereka serius untuk mencari titik kesatuan ummah.
Penyelesaian akan isu hari apakah yang paling afdhal berpuasa sunat arafah, maka ia bergantung kepada kemampuan kita meneliti hujah dan kepercayaan kita kepada siapakah yang berhujah.

Islam Online (IOL) menetapkan puasa sunat hari arafah ialah pada hari selasa kerana puasa ini sempena wukufnya para bakal haji di dataran Arafah. Ia tidak boleh diqiaskan dgn puasa Ramadhan dan waktu solat, kerana puasa sunat arafah memang khusus sempena perhimpunan raksaksa itu yang berlaku pada hari selasa.

Mereka yg meyakini pendapat yang mengatakan puasa arafah ialah mengikut kalendar hijrah tempatan pun adalah boleh kerana puasa itu jatuh pada tanggal 9 zulhijjah tanpa mengira bilakah jama'ah Haji berwukuf. Mereka berpegang dgn bilanya muncul 1 Zulhijjah mengikut cerapan tempatan bukannya di Hijaz, manakala golongan di atas berpegang dgn bilakah jama'ah Haji berhimpun di Arafah.
Perselisihan dalam menetapkan hal-hal teknikal begini bukanlah alasan untuk kita menuduh pihaknya benar dan pihak yg satu lagi adalah salah. Ini isu ijtihadi bukan qat'iy.
Rumusa: siapa yg puasa sunat arafah mengikut Saudi berpegang dgn maksud puasa arafah ialah kerana berhimpunnya jama'ah Haji di arafah, manakala mereka yg puasa pada hari rabu kerana mengikut ketetapan 1 Zulhijjah mengikut kalendar tempatan. sekian

2. Imam Mahdi termasuk dalam isu-isu keimanan yang wajib dipercayai oleh ASWJ kerana hadith2 sahih mengenainya memang mutawatir. Cuma ASWJ tidaklah mentakwilnya melainkan beriman sekadar yang terkandung dalam hadith2 itu seadanya. Manakala ASWJ juga tidak bersifat pasif dan mundur dengan mengambil konsep tunggu dan tidak berusaha lantaran keyakinan munculnya al-Mahdi. ASWJ akan berjihad tanpa perlu menunggu kemunculan alMahdi...(IOL)
WA