SJ-09-0031 : Ljtn lagi-Tawaf-keputihan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0031 : Ljtn lagi-Tawaf-keputihan

Alhamdulillah.
Assalamualaikum.
Ustaz Kamin,
T kasih lagi sekali kerana reply begitu cepat. Maaf tanya lagi.

Kalau begitu, saya yg tlh berwudhu, boleh terus tawaf bila telah sampai di Masjidil Haram, tanpa check keluar/tidak walaupun telah berjalan sejauh 500m dari hotel? Kalau nak guna tandas di sekitar Masjidil Haram, queue pjg dan lambat.

Perlu kepastian bab berjalan dari hotel.
T.Kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-09-0031 : Ljtn lagi-Tawaf-keputihan

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Tempoh wudhu’ tersebut adalah dalam jangka satu solat. Bermakna anda hendaklah menunaikan solat wajib (Zohor misalnya), setelah selesai solat, lakukan apa-apa ibadat yang memerlukan seseorang itu mempunyai wudhu’; Solat Sunat, TAWAF dsb.

Beikut adalah kami petik jawapan al-Lajnah al-Daaemah Arab Saudi berkenaan dengan perkara yang sama. Jawapannya :-

ÅÐÇ ßÇä ÇáæÇÞÚ ßãÇ ÐßÑÊã ÝáÇ ÍÑÌ Úáíß Ýí ÇáÕáÇÉ æÇáØæÇÝ æáæ ÎÑÌ ãäß Èæá ãÇÏÇã ÎÑæÌå ãÓÊãÑÇð áÃäß Ýí Íßã ÃÕÍÇÈ ÇáÓáÓ æÚáíß Ãä ÊÓÊäÌí ÅÐÇ ÏÎá ßá æÞÊ Ëã ÊÊæÖà æÖæÁ ÇáÕáÇÉ æáÇ íÖÑß ÈÚÏ Ðáß ãÇ ÎÑÌ ãäß Åáì ÇáæÞÊ ÇáÂÎÑ
dir="ltr"> “Apabila situasi sebagaimana yang dinyatakan, tidak ada masalah dengan TAWAF dan SOLAT anda walaupun terdapat sedikit air kencing keluar, selama ia keluar berterusan, kerana anda termasuk didalam hukum mereka yang menghadapi penyakit tidak lawas kencing. Hendaklah kamu membersihkan diri anda, apabila masuk waktu solat, dan melakukan wudhu’ solat, dan selepas itu tidaklah mudharat keatas kamu apa yang keluar sehingga masuk waktu solat yang lain” [al-Lajnah al-Daaemah, 5/408].

Sekian, wassalam

خيرالأمين