SJ-10-0014 : Feqah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0014 : Feqah

Saya ada membuat lawatan ke sebuah kilang mengeluarkan minyak kelapa sawit dan sebelum itu juga ada melawat ke ladang tanaman kelapa sawit,di sana saya melihat peroses penuaian kelapa sawit dan juga peroses pengeluaran minyak di kilang,saya dapati buah kelapa sawit tersebut banyak dicemari oleh bahan-bahan yg boleh dianggap najis,ini termasuklah,semasa di pokok ianya didapati di sentoh oleh babi semasa mencari makan,begitu juga terdapat binatang-binatang lain seperti cicak,biawak dll.Itu adalah situasi di ladang,manakala di kilang pula saya lihat dengan longgokan yang begitu banyak macam bukit ,saya dapati di sekelilingnya terdapat banyak binatang yang mencari makan,termasuklah cicak,biawak dan juga tikus.Semasa dikaut untuk dimasukan ke dalam relau pemanas maka ada diantara binatang ini termasuk sama dan terus dimasak bersama minyak yg dijadikan minyak masak untuk kegunaan manusia.Persoalan saya boleh atau haruskah kita memakan makanan yg diperoses yg ada bersama peroses tersebut barangan yg najis,sedangkan kalau dari segi hukum tahi cicak yg sekecil itu dikira najis dan menanggungnya dikira membatalkan sembahyang,inikan pula ibu cicak,biawak,tikus dan lebihan makanan yg dimakan babi.Apakah penapisan yg dilakukan dengan "Fuller earth" itu dikira membersihkan najis.Mohon kajian dan jawapan daripada tuan.Wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-10-0013 : Feqah

:salam

Proses ini telah mengalami perubahan chemical yg dinamakan istihalah. jadi, ia adalah halal utk digunakan oleh muslim utk kegunaan memasak atau sebagainya. (Al-fiqh islami wal adillatuhu al-juz Awwal, Dr Wahbah Az-Zuhaili)

:aklam