SJ-10-0060 : Perlaksanaan ibadah korban/aqiqah yg lbh utama?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0060 : Perlaksanaan ibadah korban/aqiqah yg lbh utama?

Assalamu 'alaikum...

Panel fiqh al-ahkam.net yang dihormati,

A) Terdapat kini program korban/aqiqah yang murah, efektif dan mudah ditawarkan oleh pihak2 tertentu. Perkhidmatan yang bagus ini ditambahi lagi kebagusannya dengan mengagihkan daging2 korban/aqiqah kepada masyarakat muslim yang lebih memerlukan, khususnya di negara2 ummat ISLAM yang dilanda masalah kemiskinan, sosial & dsb.

B) Ibadah korban/aqiqah yang biasa dilakukan di tempat sendiri lebih mahal, namun hikmah yang ada padanya tetap besar.

Soalan:
Yang manakah lebih patut diutamakan oleh seseorang yang mahu melakukan ibadah korban/aqiqah ini? Mohon panduan...

Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-10-0060 : Perlaksanaan ibadah korban/aqiqah yg lbh utama?

:wassalam

al-Jawab:

Prof Dr al-Imam Yusof al-Qardhawi ketika diajukan soalan kepadanya berkata, yang paling afdhal ialah berkurban di tempat anda untuk menghidupkan syi'ar Islam. Dalilnya:
AQ 108:2 (maka dirikanlah solat untuk Robbmu dan berkorbanlah)

Tetapi jika syi'ar itu sudah dilaksanakan orang lain dan keluarga dan sedikitnya orang miskin di tempat anda, maka boleh saja dipindahkan dana korban itu ke negara Islam yg miskin.

Dua ahli majlis fatwa Islam Online (IOL) , syaikh Mohammad Noor, Pres ISNA dan Syaikh Ja'far al-Talhawii memperingatkan syarikat atau wakil yg mengendalikan pakej korban dan akikah itu hendaklah yang benar-benar bertauliah dan terpercaya. Ini kerana sudah banyak terjadi, terdapat agen-agen pengendali korban dan akikah ini telah mengkhianati dan melarikan wang yg banyak yg terkumpul dari program atas nama korban dan akikah. Maka berhati-hatilah.

Rumusan: dari segi fiqh aulawiyaat (fikih keutamaan), hendaklah diutamakan lokaliti atau persekitaran kita utk menghidupkan syi'ar Islam, menggembirakan keluarga kita dan meraikan fuqara' disekitar kita dulu. Jika mereka sudah mencukupi dan tidak berapa berhajat, maka boleh saja dipindahkan dana korban itu kenegara Islam lain yg lebih memerlukan dgn syarat pengendalinya terdiri dari organisasi yg terpercaya dan amanah.

sekian