SJ-11-0048 : Adakah Ini DiIktibar Sbg Rasuah???!!!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0048 : Adakah Ini DiIktibar Sbg Rasuah???!!!

:salam

Mogakita dirahmati Allah,

Situasi yg saya hadapi adalah begini:-

- Jika si Mamat membuat tender terbuka utk baikpulih bangunan pejabat, selepas itu, si Mamat membuat kenyataan kepada salah satu kontraktor: "Jika hang dapat projek ni, 2% drpd keuntungan, hang mesti beri ke Maahad Tahfiz" atau " Jika hang dapat projek nie, 200 kampit beras hang mesti beri pada Maahad Tahfiz"...

Adakah situasi begini di kira sbg RASUAH???!!!

- Tolong berikan situasi bagaimana yg tidak di iktibar kira rasuah...
Sekian, terima kasih

SJ-11-0048 : Adakah Ini DiIktibar Sbg Rasuah???!!!

:wassalam

alJawab:

Rasuah ialah suapan (pemberian) kepada pegawai utk mendapat pertulungan.

Dalam kes ini, pihak kontraktor tidak memberi pemberian apa-apa, maka ia bukan rasuah. Tapi sebaliknya pegawai tender pulak yg memberi syarat baru kepada pembida. Ini juga dilarang dalam Islam kerana sedeqah yg diwajibkan ialah zakat, manakala sedeqah biasa hanyalah berbentuk galakan dan bukannya dijadikan syarat transaksi.

Ibn Hajar alHaithami dalam majma' azZawaid membawa sebuah hadith bahawa urusniaga bersyarat atau transaksi bersyarat ini amat ditegah oleh syara'.

Ia mesti telus, jelas dan tidak ada syarat tambahan yang membebankan mana-mana pihak. [Dr Abdullah alTariqi, jarimah arrisyuah, terjemahan Syaikh Abdullah alQari, Toko alHidayah]